BAB 12

Humor Completed 11778

Alhamdulillah dia sudah semakin sihat dan ceria. Jadual harian kini bertukar total. Pagi sesudah sarapan dia akan ke bilik bacaannya. Dia sekarang bekerja dari rumah. Setiap hari aku lihat Kak Ira bawa balik fail-fail dokumen untuk penelitian Arman. Perkembangan yang sangat baik!

Seperti selalu waktu lepas Arman Lunch aku akan pulang ke rumah. Jam 2.30 aku akan datang kembali. Ketika sampai ke banglo Arman aku lihat ada dua buah kereta mewah dihalaman banglo. Kereta Kak Ira juga ada. Awalnya dia balik hari ni. Aku masuk ikut pintu belakang. Diruang tamu kedengaran suara orang sedang berbincang.

“Ada apa dekat luar tu Bik?”tanyaku pada Bibik Ainon.

“Itu.. Non Qistina sama keluarganya datang,”jawab Bibik Ainon.

“Qistina bekas tunang Tuan Arman tu?”tanya aku.

“Sebenarnya Osem, mereka belum resmi putus,”kata Bibik Ainon. Keningku berkerut.

Rupa-rupanya kata putus itu hanya keluar dari mulut Qistina tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pertemuan yang dirancang oleh Papa Qistina ini bertujuan menjernihkan kembali keadaan. Keluarganya datang mohon maaf dan minta agar pertunangan diteruskan hingga ke jinjang pelamin.

Aku curi-curi pandang Arman yang duduk disisi ibunya Makcik Kamariah. Dia terangguk-angguk bila Papa Qistina berbicara sesuatu dengannya. Seketika aku melihat Qistina memaut jari-jemari Arman. Arman tidak menolak. Dibiarkan saja jari-jemarinya disentuh Qistina. Aku yakin kasih yang putus dulu kini terjalin kembali.

Aku meletakkan tapak tangan ke dada. Hatiku sakit. Sejujurnya aku tidak mahu Arman dimiliki oleh Qistina tapi mendoakan perkara yang tidak baik, tidak akan aku lakukan. Pada bibik aku suruh sampaikan pesan pada Arman yang aku tak sihat dan mahu pulang. Ya, aku mahu pulang.

——————–

Nekadku sudah bulat. Aku ingin berhenti kerja. Kaki Arman kini sudah semakin sembuh. Cuma dia hanya perlu waktu untuk benar-benar tegap seperti dahulu. Dia juga tidak murung seperti dulu. Makan sudah berselera. Sudah pun mula bekerja dan yang utama, tunangnya Qistina sudah kembali padanya. Apakah aku perlu disisi dia lagi?

“Kenapa nak berhenti?”soal Arman. Glup! Aku telan airliur. Apa pasal dia serius sangat ni?

“Saya.. Err.. den..kena balik kampung. Tolong Omak jago kobun,”aku kelentong.

“Habis aku siapa nak jaga?”tanya Arman.

“Tuan kan dah sihat. Lagipula Cik Qistina kan ado,”jawabku. Arman melepaskan keluhan. Seketika dia mengajak aku duduk ke tepi kolam renang.

“Semalam keluarga Qis datang berbincang tentang pertunangan kami. Papa Qis minta kami fikir balik keputusan yang dah dibuat,”ayatnya mati. Nafas ditarik dalam-dalam.

“Qis merayu agar pertunangan kami diteruskan. Dia menyesal sebab terburu-buru buat keputusan. Dia kata, dia masih cintakan aku. Dia sanggup hidup susah senang bersama dan minta aku terima dia balik. Dia ….”

“Alah… Itu semua alasan! Kalau betullah dio sayangkan Tuan, dio takkan nak tinggalkan Tuan maso Tuan sakit dulu. Sepatut eh, dio sabar menunggu kesembuhan Tuan dan yang penting, dio patut eh jadi pembakar semangat untuk Tuan kembali sihat,” kataku dengan penuh emosi.

“Tapi Osem, bila hati dah terlalu mencintai… automatik kita akan lupakan kesalahan kekasih kita. Aku dah maafkan dia dan bagi dia peluang kedua.Sebab aku juga masih sayang pada dia,” kata Arman.Aku terdiam. Mataku pejamkan rapat. Berharap airmata tak akan gugur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience