Bab 18

Romance Series 4820

Farah Nabella menekan loceng rumah sahabatnya, Erny Liana. Tercengang Erny Liana bila melihat Farah Nabella di depan pintunya.

"Huiii...mimpi apa beb datang rumah aku ni?". Ternaik mata Farah Nabella bila keluar soalan daripada mulut sahabatnya.

"Erny, aku tumpang tidur rumah kau ye...dalam seminggu, boleh?". Erny Liana mengangguk tanda setuju.

"Masuk la...tapi rumah aku ni...kau faham-faham jer la...parents aku tak ada...maid aku pun parents aku bawa pindah ke Singapore...papa aku kena stay kat syarikat sana...so, kita kena masak sendiri la...tak ada orang nak layan bagai". Erny Liana memandang Farah Nabella, matanya kaku pada leher sahabatnya.

"Bella!! Kau daripada mana sebenarnya? Banyak gigitan nyamuk kat leher kau tu" Jari Erny Liana menujuk lurus pada leher Farah Nabella.

"Aku sebenarnya kena rogol...kau tahu tak!" Lantang suara Farah Nabella. Lalu airmatanya laju turun ke pipi.

"What? Rogol? Siapa yang buat kat kau ni Bella?" Erny Liana memeluk sahabatnya.

"Kau kena buat report polis, Farah" Sambung Erny Liana lagi.

"Tak! Aku tak nak ayah aku dapat malu...family aku dapat malu...no...no!" Farah Nabella mengelengkan kepalanya.

"Tak apa la Bella...kau rehatkan diri dulu...kalau ada apa-apa aku kat bawah ni...aku nak masak...kau bersihkan la badan kau tu...baju2 ada kat dalam bilik aku...kau pakai la" Erny Liana menolak tubuh Farah Nabella ke arah tangga. Farah Nabella mendaki anak tangga sambil menoleh ke Erny Liana.

"Terima kasih Erny...kau la sahabat aku dunia akhirat" Erny Liana memberi senyuman kepada sahabatnya.

Banglo Nazri Kamal...

"Idah, anak-anak mana? Tak turun sarapan ke?" Nazri Kamal mengintai isterinya di dapur.

"Bella tidur di rumah rakannya Erny. Adik pagi-pagi lagi dah berjogging...sekejap lagi balik la" Puan Faridah tersenyum kepada suaminya. Lalu, menuangkan air ke cawan suaminya.

"Abang, Bella kata dia nak cari kerja dengan Erny. Dia duduk lama cikit di rumah Erny". Nazri Kamal mendongak melihat isterinya.

"Kenapa nak duduk lama rumah orang? Abang tak suka la buat perangai macam tu...tak elok menyusahkan orang" Nazri Kamal mencicip airnya. Hatinya resah seketika. Puan Faridah menarik nafas matanya memandang suaminya.

"Abang jangan risau...nanti balik la Bella tu. Kalau abang risau...apa kata abang tanyakan pada kawan-kawan abang...mana la tahu syarikat mereka ada kekosongan kerja". Puan Faridah memberi cadangan. Nazri Kamal termenung dan otaknya cuba mencerna kata-kata isterinya.

"Nanti la...abang cuba tanyakan...andai ada rezeki Bella...In Sha Allah". Nazri Kamal lantas bangun dan menghulurkan tangannya kepada isterinya. Lantas berlalu melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience