Bab 11

Romance Series 4820

KLIA MALAYSIA...

Farid Nakhael tercari - cari bayangan pemandu bapanya. Pak Karim belum kelihatan. Dia menoleh ke belakang sambil melambaikan tangan kepada pembantunya Ariff. Laju Ariff menolak troli bagasi.

"Ada apa Boss?". Tanya Ariff sambil menarik nafas.

"Call Pak Karim...dia kat mana?." Kata Farid Nakhael.

"Dia dah nak sampai Boss...tadi saya dah call...datuk suruh kita terus ke pejabat". Kata Ariff kembali.

"Ok la kalau macam tu...aku boleh siapkan kerja yang tertangguh". Kata Farid Nakhael. Dia melihat ke depan...kelihatan kereta Velfire milik bapanya sampai meluncur laju memasuki perkarangan pintu masuk.

Terkocoh - kocoh Pak Karim turun...mengambil bagasi lalu memasukan dalam bonet kereta.

"Kita terus ke pejabat ye tuan muda...daddy tuan muda arahkan saya terus ke sana". Kata Pak Karim.

"Ok saya dah tahu...marilah kita gerak". Kata Farid Nakhael lantas terus masuk ke dalam kereta.

Pejabat Megah Bena Sdn Bhd...

"Assalamualaikum, daddy". Farid Nakhael menegur bapanya sambil menyalami tangan bapanya.

"Waalaikumussalam...how project at UK? Ok?". Tanya Datuk Ibrahim Alhaj kepada anak terunanya.

"Aduh...daddy ni...bagi la Farid duduk dulu ambil nafas kejap...penat tak hilang lagi...projek semua ok...jangan risau...daddy kena percaya pada Farid". Kata Farid Nakhael sambil menarik kerusi dihadapan meja Datuk Ibrahim Alhaj. Datuk Ibrahim Alhaj ketawa.

"Farid...daddy bercadang nak buat kenduri...dah lama kita tak buat kenduri...hari Jumaat ni ok tak? Buat lepas solat Isyak". Kata Datuk Ibrahim sambil memandang wajah Farid Nakhael.

"Farid ikut jer daddy...boleh kita berkumpul beramai - ramai....lama juga tak ketemu sedara mara kita". Jawab Farid Nakhael. Riang hatinya bila mendengar rancangan bapanya.

"Ok la daddy...Farid masuk office dulu...nak siapkan tugasan Farid yang melambak tu". Kata Farid lalu bangun menuju ke pintu tuk keluar.
Bapaknya mengangguk sambil berkata.

"Kata penat...tapi nak buat kerja juga...kalau dah dipanggil workaholic...memang tak duduk diam la". Farid Nakhael tersenyum medengar kata - kata bapanya.

"You know me...like father like son". Kata Farid Nakhael sambil ketawa. Lalu terus keluar dari pejabat bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience