Bab 17

Romance Series 4820

Farah Nabella merasa badannya membahang kepanasan. Dia mula membuka dan menenyeh matanya.

"Di mana aku ni?" Bisik hati Farah Nabella.

Dia mengerling disebelah kanannya. Terkejut apabila melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang. Lalu melihat dirinya pula. Hatinya mula membuak.

"Akmar! Apa yang kau dah buat pada aku, hah? Kenapa rogol aku?" Farah Nabella menanggis sambil menumbuk dada Fattah Akmar. Kemaluannya terasa sakit dan ngilu.

"Sayang, you dah bangunnn...sorry, i penat sangat...kita rehat sekejap ye" Pujuk Fattah Akmar. Matanya ingin terpejam semula.

"Bodoh la kau...kenapa kau buat aku" Jerit Farah Nabella lagi. Badannya terasa sakit-sakit. Dia memakai pakaiannya dengan susah sekali.

"Hoiii...bangun la bodoh...jantan tak guna!" Farah Nabella menumbuk dada Fattah Akmar lagi.

"Sayang, boleh tak jangan jerit-jerit...bingit tau telinga B ni" Fattah Akmar bingkas memakai pakaiannya. Farah Nabella dijeling dan berpaling menghadap wajah Farah Nabella.

"Sorry sayang...B tak boleh kawal nafsu B...lama B idamkan sayang" Tangan Fattah Akmar cuba mengusap pipi Farah Nabella. Tapi pantas Farah Nabella menepis. Farah Nabella masih bersisa tanggisannya.

"Kau memang jantan tak gunakan. Aku nak kau bertanggungjawab atas apa yang kau lakukan pada aku" Kemarahan Farah Nabella masih meluap. Telefon bimbit dicapai dalam beg tangannya. Melihat banyak panggilan daripada mamanya. Hatinya mulai merasa takut. Alasan apa yang nak diberikan pada orang tuanya nanti. Dia tekad untuk tidak kembali ke rumah dalam masa seminggu. Dia perlukan ketenangan. Matanya mengerling ke Fattah Akmar.

"Kau hantar aku ke rumah kawan aku di Skudai...lepas ni aku nak kau bertanggaungjawab...jangan lari" Farah Nabella menunding jarinya pada wajah Fattah Akmar.

"Ok sayang, B janji akan kahwin dengan sayang...promise!" Fattah Akmar mengangkat tangannya tanda berjanji.

Farah Nabella keluar kereta lalu mengambil telefonnya lantas mendail nombor mamanya Puan Faridah. Hatinya rasa gusar. Takut tanggisannya akan keluar. Lalu menarik nafas panjang. Panggilannya disambut orang disana.

"Hello, assalamualaikum mama" Farah Nabella mulai bicara.

"Waalaikumussalam, Ya Allah Bella...ke mana kamu sayang. Mama risau sangat" Farah Nabella menutup mulutnya. Matanya mulai kabur ditutupi airmata.

"Bella tidur rumah kawan...mama jangan risau...Bella tak balik dalam seminggu tau ma...Bella nak cari kerja dengan kawan Bella. Nanti mama beritahu papa ye" Farah Nabella terpaksa menipu orang tuanya.

"Bella tidur rumah siapa? Nanti papa tanya senang mama nak menjawab...jaga diri tu baik-baik...kalau duit tak ada nak belanja cari kerja...balik ye" Pesan Puan Faridah.

"Bella tidur rumah Erny Liana...kawan satu universiti dengan Bella...mama jangan risaulah...oklah ma, Bella nak mandi...nanti ada masa Bella call...bye ma" Farah Nabella menutup dengan pantas telefonnya sebelum Puan Faridah bertanya lebih lanjut.

Farah Nabella masuk ke dalam kereta kembali. Mengerling kepada Fattah Akmar.

"Dah cepat! Bawa aku ke Taman Skudai Kiri...aku nak mandi...aku nak rehat" Farah Nabella mengarahkan Fattah Akmar.

"Marah lagi la tu...bahasa pun kasar dengan aku" Tanpa banyak tanya, Fattah Akmar menghidupkan keretanya lalu meluncur ke luar ke jalan raya.

Share this novel

...
2020-10-25 16:58:29 

jgnlh trtuka rmbngn plk.. so cliche nnt


NovelPlus Premium

The best ads free experience