Bab 14

Romance Series 4820

Dua Bulan Kemudian UK...

Hari ini bermula peperiksaan akhir buat Farah Nabilah. Di awal pagi, dia telah menghubungi ibunya di Malaysia untuk memohon restu agar dipermudahkan segala urusannya untuk menghadapi peperiksaaan.

"Assalamualaikum...mama". Ucap Farah Nabilah memulai bicara.

Dikejauhan menjawab salamnya.

"Mama, maaf ganggu mama tidur...cuma Farah nak beritahu mama yang harini Farah ada exam...tolong doakan Farah ye mama". Kata Farah Nabilah sayu...rindu dengan ibunya.

"Ya Allah, Farah...lama mama tak dengar suara kamu...kamu sihat? Ye, mama sentiasa doakan Farah...agar diberikan ketenangan dan kejayaan buat Farah". Kata Puan Faridah sambil menarik nafas. Nafasnya rasa sesak mengenangkan anak yang jauh di mata. Rindu tak terhingga.

"Alhamdulillah...Farah sihat. Terima kasih mama doakan Farah. Sayang mama...muah...muah...muah". Ucap Farah pada ibunya.

"Ok lah mama...Farah off dulu telefon ye...mama nak tidur...nanti Farah call mama lg ye...bye mama...i love you". Sambung Farah Nabilah lagi.

"I love you to anak mama...jaga diri baik - baik". Ucap Puan Faridah. Lalu talian diputuskan.

Dalam Perjalanan Pulang...

Farah terasa dirinya diekori oleh sesorang. Dia menoleh ke belakang...tapi tiada orang. Dia meneruskan lagi langkahnya. Hari ni dia kena balik sendirian...memandangkan 3 sahabatnya pulang lewat sebab mencari buku rujukan di perputakaan. Sedang dia berkhayal...dirinya terlanggar sesuatu...hidungnya sakit terkena benda keras. Lalu dia mendongak...spontan kakinya berundur ke belakang.

"Assalamualaikum Farah". Ucap sesorang dengan suara huskynya. Dia melemparkan senyuman pada Farah Nabilah. Farah Nabilah merenung jejaka mata hazel tersebut. Hatinya sudah tak keruan. Farah Nabilah menarik nafas bagi menenangkan hatinya.

"Waalaikumussalam...macamana you boleh tahu nama i? You stalker i ye". Tanya Farah Nabilah kepada jejaka tersebut.

"Mana ada stalker...kan kita pernah berjumpa...dengar sahabat you panggil dengan nama Farah. So, i assumed nama tu milik you la" Terang jejaka tersebut.

"My name is Farid Nakhael Bin Datuk Ibrahim Alhaj...nice to meet you". Sambung jejaka mata hazel tersebut sambil mengenyitkan mata pada Farah Nabilah.

"Nama penuh Farah siapa? Farah jer ke? Bagi la secara detail". Farid Nakahel meneruskan bicaranya.

"For what?". Tanya Farah Nabilah sambil mengerutkan dahi. Namun dia melemparkan senyuman kepada jejaka dihadapannya.

Farid Nakhael terpana...dia mengusap dada bagi menenangkan hatinya. Senyuman yang amat dirindui. Lantas Farid Nakahel membalas senyuman Farah Nabilah.

"Sangat penting...manalah tahu...boleh masuk meminang". Kata Farid Nakhael sambil ketawa. Farah Nabilah menundukan kepalanya. Rasa malu bersarang dihati. Hati menjadi walang bila mendengar kata - kata Farid Nakahel.

"Jangan macam - macamlah...siapa nak terima you?" Kata Farah Nabilah.

"Ok lah...kalau i tak bagitahu...lama - lama berdiri sini jer la selamanya kita berdua ni...nama i Farah Nabilah Binti Nazri Kamal". Farah Nabilah meneruskan bicara.

"Puashati?". Sambung Farah Nabilah. Farid Nakhael terdiam...otaknya mencerna nama sesorang yang diperkenalkan oleh bapanya ketika kenduri yang lalu.

"Macam sama plak...nama dan binti sekali". Bisik hati Farid Nakhael. Farah Nabilah merenung Farid Nakhael. Dia ingin berlalu pergi. Tidak mahu berlama dengan jejaka bermata hazel tersebut. Hatinya gundah.

"Excuse me...beri laluan...i nak balik rumah. I nak study. so, may i?" Kata Farah Nabilah menyentap lamunan Farid Nakahel.

"Eh, janganlah...kita minum dulu ke...i nak kenal you dengan lebih rapat lagi". Kata Farid Nakhael. Dia cuba menghalang Farah Nabilah.

"Sorry...i dah lewat". Kata Farah Nabilah ringkas.

"Beri laluan, please...ada jodoh kita ketemu lagi...assalamualaikum". Sambung Farah Nabilah lagi...lalu berlalu pergi setelah Farid Nakhael berundur ketepi. Farid Nakhael menghantar Farah Nabilah dengan renungan mata yang bersinar. Jantungnya berdegup kencang.

"Waalaikumussalam...". Jawab Farid Nakhael dalam hati.

"Alamak...no phone dia lupa nak ambil...apalah aku ni...macamana nak jumpa lagi...tak pe...kalau ada jodoh tak ke mana...pasti jumpa kembali". Kata Farid Nakhael bersendirian. Hatinya bersorak riang.

Farah Nabilah berjalan laju...tanpa menoleh kebelakang. Debaran jantungnya turut laju seperti orang berlari 200 meter gamaknya.

"Wahai hati...adakah aku sudah jatuh cinta?". Bisik Farah Nabilah. Dia mengelengkan kepala.

"Tak...tu cuma khayalan aku sahaja. Aku tak kenal dia...entah - entah suami orang...hish, tak nak lah". Desir hati Farah Nabilah kembali. Kerana banyak berfikir...akhirnya sampai kakinya ke depan pintu rumah sewanya. Hatinya berasa lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience