Bab 13

Romance Series 4820

Banglo Mewah Kediaman Datuk Ibrahim Alhaj...

Kelihatan ramai tetamu yang datang ke majlis kenduri dikediaman Datuk Ibrahim Alhaj. Turut kelihatan rakan baiknya Superintendent Nazri Kamal, isterinya Puan Faridah dan anak - anaknya Farah Nabella dan Fariz Nabil yang datang daripada Johor. Datuk Ibrahim Alhaj memeluk rakannya. Datuk Ibrahim Alhaj turut memperkenalkan isterinya Datin Fatimah alzehra kepada rakannya.

Di tepi kolam kelihatan Farid Nakhael duduk sambil merenung telefonnya...melihat gambar gadis yang dirinduinya...belum mengenali dengan rapat tapi sudah merindui gadis tersebut. Tanpa disedari Farid Nakhael...bahunya disentuh lembut oleh sesorang. Terhinjut bahu Farid Nakhael...lalu menoleh disebelahnya. Farid Nakhael kelihatan tidak selesa...rimas...lalu menepis tangan tersebut.

"Ni dh kenapa tangan tak reti nak diam...rimas tau tak!!". Tegas kata Farid Nakhael kepada gadis disebelahnya...iaitu sepupunya Marina Edora.

"Rindulah dengan Abang Farid". Kata Marina Edora lalu ingin memeluk Farid Nakhael. Farid Nakhael bingkas bangun.

"Kau ni dah kenapa? Kena miang buluh ke apa...gedik semacam...rimaslah...boleh tak main jauh - jauh". Kata Farid Nakhael sambil matanya menjeling ke Marina Edora.

"Behave yourself Edora...tak malu ke jadi ulat bulu". Sambung Farid Nakhael lagi. Dengan tergesa - gesa berlalu meninggalkan Marina Edora. Marina Edora kelihatan mengigit bibirnya.

"Tunggulah...kau akan tetap jadi milik aku Abang Farid". Bisik hati Marina Edora. Bergelora hatinya menahan marah. Lelaki yang dicintainya sejak zaman remaja.

Datuk Ibrahim Alhaj melambai kepada anak terunanya. Farid Nakhael terus mendapatkan bapanya.

"Farid...ni kenalkan aunty Faridah, Farah Nabella dan Fariz Nabil. Mereka ahli keluarga uncle Nazri". Datuk Ibrahim Alhaj memperkenalkan keluarga rakannya. Farid Nakhael menghulurkan salam kepada Nazri Kamal dan Fariz Nabil. Dengan Puan Faridah dan Farah Nabella...dia hanya tunduk hormat kepada mereka. Seusai berkenalan...Farid Nakhael mohon diri untuk ke dalam. Dia serabut dengan perangai Marina Edora tadi. Dia ingin berehat di kamar tidurnya. Lalu Farid berlalu pergi mendaki tangga menuju ke kamarnya. Mengunci diri untuk bersendirian.

"Farah...teman saya tidur malam ni ye". Bisik Farid Nakhael kepada gambar yang tidak bernyawa...gambar Farah Nabilah yang diambil ketika di UK...di bingkaikan dan diletakkan dimeja tepi katilnya.

"Awak nak tahu tak...bila daddy saya kenalkan anak uncle Nazri...Farah Nabella...terus saya teringatkan awak...tak boleh la dengar nama Farah...saya akan merindui awak". Bicara Farid Nakhael bersama foto Farah Nabilah...mendakap foto Farah Nabilah...lama kelamaan mata Farid Nakhael tertutup dengan sendirinya...tertidur bersama foto Farah Nabilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience