Bab 15

Romance Series 4820

Farid Nakhael masih terbayang akan wajah Farah Nabilah...dia benar - benar sudah jatuh cinta...hatinya bertekad untuk mengenali gadis cantik tersebut.

"Ariff, can you helpme?" Farid Nakhael mulai bersuara kepada pembatunya.

"Tolong apa boss?" Tanya Ariff.

"Tolong dapatkan maklumat Farah Nabilah Binti Nazri Kamal". Ariff memandang majikannya sambil mengerutkan dahinya.

"Apa susah Boss...cari IG or FB dia...pasti dpt...Boss kan ada foto dia". Ariff mulai senyum sinis. Farid Nakhael merenung tajam kepada Ariff.

"Aku suruh kau yang cari...kau suruh aku pulak...apa guna jadi PA aku". Farid bingkas bangun dan mengambil laptopnya menyerahkan kepada Ariff.

"Ambil ni...cari sekarang!!" Sambung Farid Nakhael.

"Aduhhh...kalau dah gila bayang...camni la jadinya...nak cepat jer...bagi la saya rehat dulu...belanja makan ke". Farid Nakhael membulatkan biji matanya kepada Ariff bila mendengar bebelan pembantunya itu.

"Now Ariffff!!" Sergah Farid Nakhael. Ariff lantas melakukan tugasannya. Kecut perutnya bila dengar suara majikannya.

Selang berape jam...

" Nah Boss...I'm done...dah dapat...Boss boleh DM pada dia...buka IG" terang Ariff.

Farid Nakhael mengngguk kan kepalanya.
"Thank you Ariff...aku sayang kau" Farid Nakhael tersenggih.

"Choiii...parah Boss ni...geli la telinga ni...kembang tekak" Ariff mengoyangkan badannya.

"Dah...berambus dari sini...main jauh-jauh...aku nak stalker my future wife...tak dapat stalker orangnya...dalam sosial media pun jadi la" Farid Nakhael lantas menghadap laptopnya.

Farid Nakhael memulakan misinya dengan menghantar mesej ke Farah Nabilah.

Assalamualaikum...
Farah Nabilah, saya ingin mohon maaf andai coretan i ini menganggu emosi Farah...boleh kita berkenalan?. Nama i Farid Nakhael...org yang selalu ganggu awak.
Maaf ye...sebenarnya, i memang nak sangat-sangat berkenalan dengan awak. Please...jangan reject saya.

Done send.

Farid Nakhael tersenyum puas.
"Aku ni bukan jiwang punya orang...boleh la janji ada" Bisik hati Farid Nakhael sambil tersenyum.

Dirumah sewa Farah Nabilah...

Farah Nabilah membuka Instagram miliknya...dia melihat ada mesej masuk...lalu dia membuka mesej tersebut.

"Hai mamat ni...tak habis lagi muncul dalam hidup aku ni...apa aku nak buat ye...nak balas ke?" Bisik hati Farah Nabilah.

"Balas je la...kawan apa salahnya. Aku pun tak ada kawan ramai". Lantas jari Farah Nabilah laju menaip.

Waalaikumussalam...
Terima kasih la sebab menjadi stalker i...untuk menjadi kawan...rasanya tak salah...tapi ada batasnya.
Ok lah...i tengah study untuk final exam...doakan kejayaan i ye...dah terlanjur nak berkawan dgn saya kan.

Farah Nabilah menutup laptopnya...lalu meneruskan ulangkaji.

Farid Nakhael dan Farah Nabilah meneruskan perhubungan mereka melalui talian...berkawan dalam keadaan jarak jauh. Masih berkawan tanpa ungkapan kasih sayang. Perasaan dipendam...berlangsung dalam berbulan lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience