Bab 3

Romance Series 4820

Universiti Of Cambridge...

Farah fokus mendengar pengajaran daripada Professor Dr. Edward Beckham. Segala teori yang telah diajar...disematkan di otaknya. Dia telah berjanji kepada mamanya yang dia akan membawa balik sebuah kejayaan...gelaran seorang doktor yang diidam-idamkan selama ini.

Habis kuliah...Farah, Fasha, Fatin dan Fadlin menuju ke perpustakaan di universitinya untuk mencari bahan-bahan rujukan.

Dalam masa Farah mencatit nota rujukan ke buku notanya...matanya terbayang kepada jejaka bermata hazel yang melanggarnya pagi tadi. Hatinya tak keruan.

"Hishhh...kenapa aku teringat jejaka tu? petanda apakah ini?" Bisik hati Farah. Berkerut dahinya.

"You ni dah kenapa Farah...lain sangat kerutan dahi tu". Tegur Fadlin bila melihat wajah Farah yang macam memikirkan sesuatu.

Farah mendongak melihat sahabatnya...sambil menggelengkan kepala.

"Jangan stress sangat Farah...nanti sakit...hilang semua dalam otak tu". Sambung Fadlin.

"Betul tu...you kan bijak Farah...cool down la". Kata Fatin pula.

"You stress eh Farah sebab kita dalam tahun akhir...takut impian you tak tercapai. You jangan risau...selama ni you sentiasa cemerlang". Fasha menyamuk.

"Bukan i sorang...you alls pn sama...cemerlang juga". Celah Farah.
Farah menyambung menulis nota...dia tak nak hilang fokus gara-gara teringatkan jejaka bermata hazel tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience