Bab 4

Romance Series 4820

MALAYSIA...

Rumah banglo 3 tingkat di Nusajaya Johor riuh bunyi petikan gitar diselang seli nyanyian seorang gadis. Terasa binggit telinga yang mendengarnya.

"Farah Nabella Binti Nazri Kamal...tolong rendahkan sikit volume speaker tu...bising la...marah jiran-jiran nanti...sudah malam ni kan". Tegur Puan Faridah kepada si gadis ditingkat atas.

Kumat - kamit mulut si gadis bila mendengar bebelan ditingkat bawah.

"Semuanya tak boleh". Bisik hati si gadis.

"Ok mama...Bella dh stop ni". Jawab si gadis.

Farah Nabella Binti Nazri Kamal...gadis berumur 23 tahun...masih belajar di Universiti Teknologi Mara...ambil jurusan Arkitek.

Didalam banglo tersebut terdapat 4 orang penghuni. Si Ayah...Encik Nazri Kamal Bin Abdullah...si ibu yang dipanggil mama iaitu Puan Faridah Binti Hashim...Si adik yang bernama Fariz Nabil dan juga si gadis Farah Nabella.

Farah Nabella menuruni tangga menuju ke dapur dengan berseluar pendek serta bersinglet. Lalu menarik kerusi sambil duduk. Lalu memanggil ibunya.

"Mama, Bella lapar la...papa lewat balik lagi kan...adik pulak keluar pergi rumah kawan dia...kita makan dulu la mama". Kata Bella sambil mengambil pinggan...menyenduk nasi ke pinggannya.

Puan Faridah menoleh kepada anaknya. Bulat matanya bila melihat penampilan anak gadisnya.

"Ya Allah Bella...kenapa pakai macam gini? Tak elok tau...nanti papa dan adik tengok...malu la". Kata Puan Faridah sambil mengurut dadanya.

"Alah, Bella tau dorg tak ada kat rumah. so, tak apalah pakai macam gini". Kata Bella sambil menjeling ibunya.

"Kenapa la yang sorang ni lain sangat perangainya...kenapa tak sama dengan anak gadisnya yang lagi sorang". Bisik hati Puan Faridah.

Lalu, Puan Faridah terbayang wajah anak gadisnya yang jauh dimata...Farah Nabila...rindu rasanya...sudah lama anak gadisnya tak menelefon kepadanya...mungkin sibuk pelajarannya sebab di tahun akhir. Dia sentiasa berdoa moga Allah melindungi anak gadisnya itu. Puan Faridah teringat kisahnya 23 tahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience