Bab 10

Romance Series 4820

Double Tree Hotel UK...

Farid Nakhael duduk di sofa sambil merenung gambar di telefon bimbitnya. Dia tersenyum puas...akhirnya dapat juga gambar gadis idamannya.

"Farah...betapa cantiknya awak ni...hati saya tak keruan bila menatap wajah awak...adakah saya sudah jatuh cinta kepada awak?...hati saya sentiasa berdebar bila terbayang wajah awak, Farah". Kata Farid Nakhael bersendirian.

Tanpa Farid Nakhael sedari...Ariff dibelakangnya telah tersenyum gelihati. Dia turut menatap gambar yang majikannya tatap. Dia pun terkesima menatap wajah gadis tersebut.

"Patutlah Boss aku ni dah tak betul...Farah ni memang cantik...cantik asli...macam bidadari". Bisik Ariff. Lalu Ariff tepuk belakang majikannya. Farid Nakhael terkejut dan tercampak telefonnya ke bawah.

"Hoiii...kau ni dah kenapa? Aku tumbuk muka kau tu karang...bersepai gigi". Kata Farid Nakhael dengan muka yang memerah.

"Sorry la Boss...Boss tu...dah macam orang gila talak. Bila berdepan tak nak berkenalan...bila berjauhan dah macam orang sasau...cakap sorang - sorang". Bidas Ariff.

"Boss...esok kita dah boleh balik Malaysia. Saya dah kemaskan barang - barang Boss...tiket flight pun saya dah ambil". Kata Ariff kepada majikannya.

"Esok ke?". Tanya Farid Nakhael. suaranya mendatar.

"Ya la Boss...kerja kita dah settlekan...Datuk suruh kita balik...Boss jangan buat pasal...nanti mengamuk daddy Boss". Kata Ariff lagi.

"Ya la...ya la...kita balik...melambak kerja aku kat office tu". Jawab Farid Nakhael.

"Boss tak rindu dengan Farah ke?". Tanya Ariff sambil tersenyum.

"Kau boleh diam tak?". Kata Farid Nakhael sambil menujukkan penumbuknya ke Ariff. Ariff mengangkat tangan dan mengoyangkan tangannya tanda tak mahu.

"Hurmmm...tengok la nanti...balik Malaysia...mesti banyak merenung telefon". Bisik hati Ariff. Senyum simpul melihat majikannya yang sedang termenung.

Dalam Bilik...

Farid Nakhael cuba melelapkan mata...tapi matanya masih bulat merenung ke atas. Dia terasa seolah - olah akan kehilangan...perasaannya tak keruan. Lalu bingkas bangun menuju ke bilik air untuk menunaikan solat yang tertangguh.

"Ya Allah...Kau pertemukan la aku dengan gadis yang bernama Farah kembali...Kau permudahkan la urusanku...Ya Allah. Sesungguhnya hambaMu yang bernama Farid Nakhael ini adalah insan yang lemah...Kau temukanlah jodohku dengan gadis yang telah membuka hatiku ni Ya Allah...andai dia jodohku...Kau permudahkanlah...kalau bukan...aku redha Ya Allah". Doa Farid Nakhael selesai solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience