Bab 12

Romance Series 4820

Pejabat Farid Nakhael...

Farid Nakhael menyiapkan tugasannya dengan tekun. Ariff juga datang membantu Farid Nakhael datang bersama peguam syarikat...jejaka kacukan cina...Danny Lee. Mereka bertiga ingin menyelesaikan tugasan dengan cepat dan sempurna. Berbincang sambil tangan bergerak. Sedang ralit membuat tugasan...muncul Datuk Ibrahim Alhaj mengajak mereka bertiga keluar makan tengahari.

"Jom...lunch...letak dulu kerja - keja tu...lepas lunch siapkan semula". Tutur Datuk Ibrahim Alhaj. Mereka bertiga bangun dan terus mengikut Datuk Ibrahim Alhaj.

Restoren Rebung KL...

Setelah memesan makanan...mereka menjamu selera tanpa mengeluarkan suara...tertib ketika makan. Sedang menjamu selera...mereka didatangi seorang lelaki yang berpakaian uniform polis.

"Assalamualaikum...adakah ini Ibrahim Alhaj?". Tanya anggota polis tersebut. Datuk Ibrahim megamati wajah anggota polis tersebut. Otaknya mula berputar mengingati siapakah gerangan lelaki disebelahnya. Setelah ingatannya menjelma...Datuk Ibrahim Alhaj pun bersuara.

"Allahuakhbar...ini Nazri Kamal ye?" Tanya Datuk Ibrahim Alhaj. Lelaki tersebut tersenyum lalu mengangguk. Datuk Ibrahim Alhaj bingkas bangun dan memeluk lelaki anggota polis tersebut. Gembira hatinya bila bertemu rakan lama.

"Farid...Ariff...Danny...ni kawan lama saya...Nazri Kamal namanya...Superintendent Nazri Kamal". Datuk Ibrahim Alhaj perkenalkan rakannya. Farid Nakhael, Ariff dan Danny menghulurkan salam kepada Nazri Kamal.

"Duduk la Nazri...join together". Kata Datuk Ibrahim Alhaj. Selepas menjamu selera...mereka berbual sambil ketawa riang...bercerita kisah lama mereka.

"Anak kamu ada berapa Nazri? Tinggal dekat mana?" Tanya Datuk Ibrahim Alhaj.

"Ada 3 orang...2 perempuan dan sorang lelaki. Sekarang saya tinggal di Nusajaya Johor...datang sini sebab ada kursus". Jawab Nazri Kamal.

"Oh ye...saya ni ada sepasang...Farid Nakhael dan sorang lagi Freda Najuwa". Kata Datuk Alhaj.

"Daddy...kami berangkat dulu la...daddy berbual dulu dengan uncle Nazri". Celah Farid Nakhael mohon diri.

"Ok...jumpa kat rumah". Kata Datuk Ibrahim Alhaj.

"Daddy tak masuk office ke?". Tanya Farid Nakhael merenung bapanya.

"Rasanya tak kot...daddy nak berbual lagi dengan uncle Nazri...tak puas rasanya". Jawab Datuk Ibrahim Alhaj. Farid Nakhael mengangguk sambil memohon undur diri meninggalkan bapanya dan rakan bapanya. Lalu, Farid Nakhael, Ariff dan Danny berjalan keluar daripada restoren tersebut. Menuju ke destinasi mereka...Syarikat Megah Bena Sdn Bhd.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience