Bab 19

Romance Series 4820

United Kingdom...

"Sayang...kita kahwin" Bibir Farid Nakhael tersenyum riang ketika membuat vedio call dengan Farah Nabila. Hubungan jarak jauh mereka terjalin sempurna dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

"Kahwin? Tunggu sampai habis kontrak dengan hospital sini, boleh tak? Tak lama pun...lagi 5 bulan" Hati Farah Nabila melonjak riang takala mendengar permintaan Farid Nakhael kekasih hatinya.

"Lamanya sayang" Farid mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Farah Nabila tersenyum lebar.

"Alah, tak lama mana la...nanti i balik Malaysia...rindu dengan orang sana" Farid Nakhael merenung wajah kekasih hatinya. Terasa rindu mencengkam di hati. Rasa ingin terbang pergi kepada sang kekasih.

Farah Nabila mendengar ketukan pintu biliknya. Terdengar rakan serumahnya memanggil namanya.

"Wait...give me 5 minute" Laung Farah Nabila

"You, kita stop dulu la...Fasha dah panggil tu...Assalamualaikum" Farah meletakn jarinya di tanda merah di screen telefon bimbitnya.

"Waalaikumussalam" Farid menjawab dalam hati. Hatinya mengeluh tanda tak setuju. rindunya belum terbalas sepenuhnya.

Singgahsana Restoran JB...

"Apa khabar Ibrahim?" Nazri Kamal menghulurkan tangan kepala rakan karibnya.

"Alhamdulillah...berbulan tak jumpa kita...kamu makin sihat, Nazri" Datuk Ibrahim Alhaj ketawa diikuti Nazri Kamal.

"Dah tua-tua ni selera makan kuat" Nazri Kamal melambai tangan kepada pekerja restoran.

"Order macam biasa ye"

"Ibrahim, saya nak tanya ni...syarikat kamu ambil pekerja lagi tak?" Tanya Nazri Kamal mengaru pelipisnya.

"Ada...bahagian Arkitek...kamu tanya ni untuk anak dara kamu ke?" Datuk Ibrahim memberi senyuman kepada rakanya. Dalam kepalanya banyak rancangan yang ingin dilakukan demi persahabatan mereka.

"Alhamdulillah...kalau ada, serapkan anak saya Bella tu...sekurangnya bila ada dalam syarikat kamu, hati saya ni tak adalah risau sangat" Datuk Ibrahim Alhaj mengangguk tanda setuju.

"Nazri, dah terlanjur saya datang ke Johor ni...saya nak berbincang sekali dengan kamu. Saya ada rancang nak jodohkan anak bujang saya Farid dengan anak dara kamu Bella tu...orang kata nak mengukuhkan lagi persahabatan kita ni" Nazri Kamal tersenyum lebar bila mendengar kata-kata rakannya. Sejak pertama kali melihat Farid, hatinya sudah senang.

"Bagi saya bincang dengan isteri saya dan juga anak saya...In Sha Allah, kata putusnya saya akan maklumknan kepada kamu" Perbualannya dimatikan takala makanan sampai di meja mereka.

"Mari la kita makan...perut pn dah lapar sangat ni" Datuk Ibrahim Alhaj berseloroh. Lantas mereka menikmati hidangan di depan mereka dengan hati yang riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience