Bab 6

Romance Series 4820

Keesokan harinya...

"Idah...tahniah anak awak perempuan". Rakan Faridah Binti Hashim memeluk penuh erat. Sambil mengusap pipi bayi Faridah. Rakannya yang sungguh baik hati. Faridah melemparkan senyuman kepada rakan baiknya Juliah. Sambil tu matanya menoleh ke katil kiri.

"Mana kakak Faridah ye...sama masuk bilik bersalin...kenapa dia tak ada". Bisik hatinya

"Idah...comel betul anak awak ni...macam awak...awak kan cantik". Kata Juliah sambil mata tak lepas pandang pada bayi perempuan Faridah.

"Oh ye...mari saya buatkan pendaftaran anak awak ni...saya tinggalkan awak sekejap ye". Kata Juliah sambil menyelongkar laci mengambil segala dokumen yang ada. Faridah hanya menganggukkan kepala.

Setelah Juliah pergi...kelihatan masuk suami Faridah Binti Hasim iaitu Nazri Kamal sambil mengendong sorang bayi. Terus ke katil Faridah. Faridah kelihatan terperanjat.

"Faridah...". Panggil Nazri Kamal. Wajahnya kelihatan sunggul.

"Panggil saya Idah saje". Kata Faridah dengan wajah penuh tanda tanya.

"Boleh susukan anak perempuan saya? " Kata Nazri Kamal.

"Mana isteri encik? Saya tak nampak sejak tadi". Tanya Faridah.

Nazri Kamal menarik nafas. Sambil berkata.

"Kak Faridah dah tak ada...sebab tu saya datang sini...nak kemas barang-barangnya sambil tu nak suruh Idah susukan anak saya ni...permintaan daripada isteri saya. Sekejap lagi saya nak uruskan jenazah isteri saya". Jawab Nazri Kamal sambil mengesat air mata.

"Innalillahiwainahirojiun...Ya Allah...takziah encik". Ucap Faridah.

"Mari bayi encik...saya susukan...izinkan ye saya susukan ye". Kata Faridah sambil menghulurkan tangan. Bayinya terlebih dahulu diletakkan dikatil bayi yang telah tersedia.

"Terima kasih Idah...segala jasa baik Idah...moga Allah membalasnya...setelah siap saya akan kembali ye". Ucap Nazri Kamal sambil mengusap kepala bayi perempuanya.

Selepas kejadian tersebut...bermula kehidupan Faridah dan Nazri Kamal sebagai pasangan suami isteri...nama anak perempuan mereka hampir sama...kebetulan nama arwah suami Faridah pun sama dengan suaminya yang baru..Nazri Kamal...suratan secara kebetulan...Farah Nabella menjadi anak tirinya tapi darahnya tetap mengalir dalam diri Farah Nabella kerana dia telah menyusukan Farah Nabella sehingga berumur setahun. Membesar bersama anak perempuannya Farah Nabila. Setelah 3 tahun melayari mahligai bersama Nazri Kamal...mereka mendapat anak lelaki iaitu Fariz Nabil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience