Bab 8

Romance Series 4820

Farah Nabella melihat kelibat sebuah kereta BMW terpakir di hadapan banglo milik keluarganya. Berlari anak dia menuju ke kereta tersebut. Tak sabar berjumpa kekasih hati...sudah lama tak ketemu.

"B sayang rindu B". Ucap Farah Nabella bila pintu kereta dibuka oleh Fattah Akmar. Lalu dipeluknya kekasih hati...sudah lupa adab seorang muslim.

Fattah Akmar tersenyum dengan gelagat Farah Nabella. Gelora hati lelakinya terasa membuak...lalu menarik kepala Farah Nabella memberikan ciuman hangat ke bibir Farah Nabella. Farah Nabella terkejut...pantas menolak dada Fatah Akmar. Fatah Akmar merenung mata Farah Nabella.

"B...malu dengan jiran - jiran tau...dah jom kita gerak ke restoren tepi laut...sayang nak makan". Kata Farah Nabella sambil menarik tali pinggang keselamatan. Fatah Akmar mengeluh...lalu menekan minyak kereta menuju ke destinasi yang disebut oleh kekasih hatinya.

"Tak pe...masa banyak lagi...aku akan berada lama kat Johor ni...kau akan aku takluki nanti". Bisik hati Fatah Akmar sambil tersenyum.

Di banglo kediaman...

Selesai Puan Faridah bersolat...dia mahu menjenguk ke bilik Farah Nabella. Sekejap lagi suaminya akan pulang bersama anak terunanya...dia mahu Farah Nabella menolongnya menyiapkan hidangan makan malam.

Puan Faridah mengetuk pintu bilik sambil memanggil nama anak gadisnya. Tiada jawapan daripada yang empunya diri lalu Puan Faridah memulas tombol pintu Farah Nabella. Tiada kelihatan Farah Nabella. Bilik kosong.

"Mana pergi budak ni? Karang papanya bertanya...nak jawab apa". Bisik Puan Faridah sambil mengarukan kepala yang ditutupi anak tudung. Telefon bimbit dicapai...lalu mendail nombor Farah Nabella. Talian disana telah diangkat.

" Assalamualaikum...Bella. Bella dekat mana ni?" Tanya Puan Faridah.

"Bella keluar ma...dengan kawan...tadi mama solat...so, Bella keluar jer la". Jawab Farah Nabella.

"Sekejap lagi papa balik Bella...nanti papa tanya...mama nak jawab apa?" Kata Puan Faridah.

"Alah...Bella tak keluar lama...kejap lagi balik la...Fariz boleh keluar...takkan Bella tak boleh!". Jawab Bella dengan suara yang kasar.

"Bella...awak tu perempuan...tak elok la. Lagi pun Fariz tu pergi rumah kawan dia...buat assignment dia". Kata Puan Faridah dengan lembut. Dia tak nak berkasar dengan anaknya yang sorang ni...dia takut jadi lain...dia takut Bella mengungkit kisah lamanya.

"Ya mama...sejam jer Bella keluar". Jawab Bella. Bella takut juga dengan papanya...ada masa papanya sangat garang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience