Rate

Bab 69 : Menyesal

Other Completed 12432

Dua pasang kaki tersusun kemas sewaktu mereka berdiri sandar pandang dinding saling bersebelahan. Kayden dan Kyle sudah berdiri di depan bilik operation selama dua jam sejak ketibaan mereka di situ. Langsung tak tahu apa yang berlaku. Datang-datang saja doctor terus bawa Hera ke bilik bedah. Mereka berdua yang risau dan tak tahu hendak bagaimana lagi ambil keputusan untuk stay dan tunggu sehingga pembedahan selesai.

Kayden dekat sebelah kanan, bersandar dengan tangan di dalam poket, sementara Kyle berdiri sandar pada dinding dengan tangan bersilang di dada. Mata mereka berdua tertancap pada sliding door bilik operation di depan mereka.

Dan seperti selamanya menunggu, akhirnya pintu itu terbuka. Seorang doctor wanita berpakaian bedah warna biru tua berjalan keluar, dan di belakangnya katil pesakit sedang di sorong oleh jururawat dan petugas perubatan lain.

Melihat kemunculan itu, Kayden dan Kyle cepat-cepat tolak badan mereka dari sandar di dinding itu. Kayden dapatkan doctor, sementara Kyle ekori katil pesakit yang menyorong Hera untuk di pindahkan ke wad. Meninggalkan Kayden dan doctor itu sendirian di situ tidak lama kemudian.

"Macam mana keadaan Hera?"tanya Kayden dengan kening berkerut sedikit. Matanya sedikit kemerahan kerana keletihan menunggu tanpa rehat sejak tadi.

"Saya tak tahu macam mana kawan kamu boleh tahan sakit selama tu...kalau terlewat sikit lagi..rakan kamu mungkin sudah tiada lagi..."mula doctor wanita itu. "Apendiks dia telah pecah dan mengenai beberapa bahagian organ yang lain. Saya dan pasukan saya dah cuba sebaik mungkin untuk buang dan bersihkan semua sisa apendiks itu. Sekarang kita tunggu dia sedarkan diri.kalau Hera tidak sedarkan diri dalam masa satu jam selepas pembedahan, saya terpaksa tahan dia selama beberapa hari untuk pemantauan."maklum doctor itu dari balik topeng mulut yang dipakainya.

Kayden pandang terkejut ke doctor itu dengan muka tercengang. Berita itu begitu mengejutkan dia.

"Macam mana boleh berlaku?"tanya Kayden bernada lemah semangat.

"Macam-macam factor boleh jadi penyebab kenapa Hera mengalami masalah apendiks. Contohnya kerana pengumpulan asid yang banyak dan rutin pemakanan yang tidak tetap. Stress juga memainkan peranan. Tapi jangan risau...masalah apendiks ni tidak membahayakan nyawa sekiranya di rawat segera."

Dalam diam Kayden mengepal jari jemari saat termenung memandang lantai di bawah kakinya.

"Itu saja dari saya. sebaiknya kamu maklumkan kepada penjaga Hera mengenai hal ini."pesan doctor itu sebelum bergerak pergi dari situ.

Tidak berganjak dari tempat itu, Kayden sekadar berdiri termenung memikirkan keadaan Hera. Kalau la dia perasan lebih awal, pasti semua ini tidak terjadi. Awalnya siang tadi dia dah perasan dah perubahan Hera. Tapi tak tahu pulak ianya akan menjadi serius seperti ini. Kalau Hera tak boleh stress, macam mana kalau Hera dapat tahu niat sebenar kenapa dia lakukan semua ini

Hilang semangat dengan semua tekanan itu, Kayden undur ke belakang sebelum bersandar semula ke dinding lalu jatuh terduduk di situ dalam keadaan kedua-dua kaki di tegakkan. Rambutnya di renggut kasar saat dia menundukkan kepala ke bawah.

Dia tak boleh teruskan semua ni lagi.

Menjaga Hera telah memakan dirinya sendiri.

Kayden cuba untuk tidak pedulikan perasaan aneh yang menjalar dalam hatinya sejak kebelakangan ini sebab dia tahu yang tujuan dia buat semua ini adalah untuk dapatkan surat rekomendasi Dekan Riana supaya dapat menambah baikkan kehidupan dia.

Tapi semakin dalam Kayden terjerumus dengan masalah Hera, perasaan aneh itu semakin meyakinkan dia yang dia ambil berat terhadap Hera. Yang dia mungkin sudah tersuka kan gadis itu tanpa dirancang!

Bersama keluhan kesalnya, Kayden keluarkan telefon dari poket kotnya lalu tegakkan kepala ke dinding di belakangnya. Skrin telefon itu di tala ke depan muka lalu di pandang buat seketika. Sedang berkira-kira sama ada keputusan dia tepat atau tidak!

Sebelum Hera tahu semua ini, dia kena hentikannya! Dia tidak mahu Hera kecewa dan patah hati hingga stress dan buatkan Hera jatuh sakit seperti ini. Melihat semua ini sudah cukup membuatkan dia takut dan tertekan je!

Bersama perasaan nekadnya, Kayden menghubungi Dekan Riana. Untuk beberapa saat dia tunggu. Tapi tidak terangkat. Buat kali kedua dia hubungi semula nombor itu. Dan selepas nada dering ketiga, baru la panggilan itu di sambut.

"Ya Kayden.."

"Puan.."sapa Kayden dengan nada termenungnya sewaktu pandang ke depan. "Sesuatu terjadi pada Hera."beritahunya dengan perlahan.

"WHAT!"seru Riana dengan lantang sekali dalam panggilan itu. "Kenapa?"

Mata Kayden berkaca. Dia dah relakan semuanya. Kalau dia tak dapat nak belajar di university berprestij pun tak apa la. Dia boleh cuba sebaik mungkin untuk perbaiki kehidupan dia dan ibunya nanti. "Hera ada apendiks...dan ianya pecah. Sekarang Hera baru je selesai pembedahan. Doktor kata Hera mungkin kena tahan untuk beberapa hari.."

"Hospital mana?Saya ke sana sekarang"minta Riana dengan cemas yang amat.

Sambil mengetap bibir menahan rasa sedih yang berkumpul sejak dia nampak wajah sakit Hera dan lihat Hera di hurung masuk ke dalam bilik pembedahan tadi. Ianya buatkan dia teringat akan kejadian yang menimpa ayahnya. Dan merasai perasaan dimana kita lihat orang yang disayangi kelihatan tidak berdaya bukanlah perasaan yang menyenangkan untuk di tanggung!

"Hospital J&N."jawabnya sesaat kemudian.

"Baik saya ke sana seka-"

"Puan...saya nak berhenti."beritahu Kayden serta merta. Tidak menunggu Riana menghabiskan kata-kata. "Saya nak berhenti.."air mata mula berkumpul di kelopak matanya. Dia tak tahu kenapa dia rasa sedih dan sakit begini sedangkan tak perlu pun. "Saya tak boleh teruskan semua ni lagi..."

"Apa yang kamu merepekkan ni Kayden?"

"Apapun tawaran puan saya tolak..saya tak sanggup dekati Hera begini dan berikan dia harapan palsu hanya kerana inginkan kehidupan yang lebih baik...sedangkan akhirnya nanti saya hanya akan sakiti Hera.."luah Kayden lagi dengan suara hendak menangisnya. Tapi tidak. Dia tidak menangis. Cuma susah hati dan tertekan.

"Kayden..kita bincangkan hal ni kemudian. Sekarang biar saya temui Hera terlebih dahulu."

Tidak menunggu lama, Kayden turunkan telefon dari telinganya lalu tundukkan kepala ke bawah dengan perasaan devastated yang amat. Wajah Hera bermain dalam fikirannya. Sewaktu Hera marah, sewaktu Hera bersedih dan murung, sewaktu Hera sedih tetapi masih tersenyum. Mengingatkan semua itu buatkan Kayden patah hati. Dia mahu hentikan semua ni sebelum terlambat!Dia tak sanggup nak teruskan penipuan ni!

"Maafkan aku Hera..."ucapnya dengan sedih sendirian di situ. "Maafkan aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience