Rate

Bab 18 : Mengalah

Other Completed 12432

"Kau tak payah nak mengelak la!Kau kan yang belasah anak aku selama ni!!"marah Puan Joey lagi sambil bergelut hendak lepas dari kekangan Sir Liam.

Isy!Makcik ni kan!Ada jugak makan kasut mahal dia kejap lagi ni! Hera palingkan kepala dia nak maki, sekali tu lepas dia terpandang dekan, terus terangkat kening dia teringat sesuatu! Cassy?

"Ahhh~~"ngnga Hera.  "...minah lembik tu ke?"Hera pandang tersedar ke Puan Joey sebelum ketawa. "Ahahahah."

"Apa kamu kata?Siapa yang lembik hah!"marah Puan Joey lagi dengan lantang.

"Kenapa?Salah ke saya cakap?Dah memang anak makcik tu lembik. Kalau dia tak lembik mananya dia kena belasah.."ujar Hera lagi dengan berani. Ingat dia takut ke?Dia tak salah dekat sini. Jadi tiada apa yang dia perlu takutkan. "Kecik-kecik tak nak mati, dah besar menyusahkan orang.."cebiknya.

"Hera Xiana.."panggil Dekan Deena dengan nada beri amaran.

Mendengar namanya di panggil, Hera menjeling menyampah ke Dekan Deena. Tapi tersentak sesaat kemudian.

Wait a second..

Hera buat muka dengan kepala terlentok sedikit.

"Tunggu sekejap...kau orang cakap apa tadi?"dia tidak meneruskan kata-kata lepas tu sebab dah mula faham. "Cassy yang cakap saya adalah orang yang belasah dia?"tanya dia sambil tunding jari ke dada sendiri kerana menyedari ada yang tak kena dekat situ. Dah kenapa pulak Cassy tuduh dia?

"Ya..Cassy sendiri yang mengaku kamu adalah orangnya.."jawab Dekan Deena.

Kening Hera mencerun. Dia buat muka berfikir sejenak sebaik dengar konformasi itu. Dia tak faham kenapa Cassy nak tuduh dia?Sedangkan dia tidak pernah lupa sesiapa yang dia pernah belasah! Minah tu sengaja nak cari pasal apa!Haish!Sh*t betul punya perangai!

"Saya nak buat satu panggilan.."beritahu Hera selepas dia diam buat seketika, memandang semua orang di situ dengan renungan serius.

"Siapa?"tanya Sir Liam pula.

Hera kerling ke Sir Liam dengan renungan bencinya. "Perempuan bernama Cassy yang telah tuduh saya membelasah saya la..siapa lagi."geram betul dia dengan Sir Liam ni la!Takkan benda kecil macam ni tak boleh nak handle sampai nama dia ikut tercalit!

"Untuk apa?Nak ugut dia!"ngaum Puan Joey dengan berang sekali. Hidungnya kembang kempis!"tak cukup lagi dengan apa kau dah buat pada anak aku hah!"

"Auw.bingit la!"Hera acah-acah korek telinga sambil buat muka."Cakap tu cakap je...tak payah nak memekik..tak ada siapa yang pekak dekat sini.."getusnya semasa memandang tidak suka akan makcik di depannya itu. Hera selak rambut panjangnya ke belakang bahu. Mula hendak tunjuk perangai sassy tidak peduli dia. "Saya nak tahu kenapa dia tuduh saya. Kalau alasan dia kukuh maka saya akan mengaku...kalau alasan dia cuma nak menyusahkan saya...saya akan lawan kes ini.."kata dia.

Ni la!

Sebab kenapa dia tidak suka masuk campur masalah orang.

Kalau dia masuk campur masalah orang...ini la penangannya.

Patutnya dia biarkan saja Cassy dan Natalia hari tu. Kalau dia buat tak tahu mesti hal seperti ini tidak akan terjadi.

Sir Liam pandang kejung ke Hera sebaik mendengar Hera berkata begitu.

Hera pandang kesal ke Sir Liam lalu menggeleng kepala tidak terkata. Kenapa la dia panggil Sir Liam supaya datang ke situ untuk selamatkan Cassy...kalau dia tahu Cassy akan tikam dia dari belakang, memang tidak la dia nak bantu.

Dekan Deena berkerut kening seperti mahu menangis di situ sewaktu menilik wajah Hera yang sudah kemerahan dan berbirat itu. Apa la dia nak buat pada Hera ni?

Puan Joey pandang bingung akan Hera bila dia dengar gadis itu berkata begitu. Dah kenapa pulak Hera nak buat begitu?

"Apa yang budak ni merepekkan?"soal Puan Joey.

Hera memandang makcik itu dengan lama. Yang membuatkan dia teringat akan ibunya sendiri. Kagum dia bila lihat makcik depannya ini bersungguh hendak pertahankan anak mereka. Alangkah bagusnya jika ibubapa dia pun akan berkelakuan seperti ini demi diri dia.

Agaknya kalau dia dalam masalah, mahu ke ayah dan ibu dia pertahankan dirinya ini?

Lalu Hera tersenyum, hela nafas panjang dilepaskan sejurus itu. "Okay...saya tak tahu kenapa. Tapi saya mengaku...ianya saya. Saya adalah orang yang membelasah Cassy ke Cassandra kejadah nama dia tu. Saya mengaku. .Tak kisah apa sekalipun dakwaan tu. Ambil la tindakan ke atas saya. Kalau itu boleh buatkan puan lega...Saya turutkan.." ujarnya dengan tenang.

Semua di situ pandang terkejut ke Hera. Terutama sekali Sir Liam dan Dekan Deena.

Hera tersenyum bangga. Alah...benda bukan masalah besar. Dia dah banyak kali hadapi hal seperti ini. Masuk keluar penjara adalah rutin dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience