Rate

Bab 66 : Amat Menyeksakan

Other Completed 12432

Sambil tunduk menunggu makanan di letakkan dalam dulang makanan, Hera termenung pandang belakang badan orang di depannya ketika itu. Dia kedipkan mata sekali sekala dengan perlahan dan cuba untuk tidak memikirkan apa-apa. Sedangkan dalam kepala dia pelbagai perkara minta di fikirkan.

"Boo!"muncul satu kepala dari tepi kepalanya dengan tiba-tiba.

Tersentak dengan itu, Hera terus palingkan mukanya ke kiri lantas buatkan dia hampir saja hendak kiss orang di tepinya itu. Menyedari akan hal itu baru la dia kebelakangkan sedikit kepalanya.

Disebelah Hera itu, tersengihnya Joshua. "Hey..menung lagi ke?Tak habis-habis menung sejak dalam kelas tadi?"tegurnya sewaktu menjauhkan kepalanya dari Hera.

Tidak mempedulikan lelaki itu, Hera kembali memandang ke depan, tepat pada masa gilirannya untuk dapatkan makanan. Dulangnya yang kosong di hulurkan ke lubang kaunter di depannya. Lantas makanan mula di letakkan satu persatu dengan kemas dalam dulangnya. Dia perhatikan ia dengan minat.

Joshua dekat belakang sudah berdiri merapat hingga buatkan dadanya sekejap-sekejap berselisih dengan belakang badan Hera. "Hei...esok sabtu..kau busy?Nak lepak sama dekat funfair?"dia jengah kepala ke sisi Hera sambil hulur dulang ke makcik kafe belakang kaunter itu. Langsung tidak peduli makanan apa yang diletakkan dalam tu.

"Malas."jawab Hera dengan mendatar yang hendak mula bergerak keluar dari barisan apabila gilirannya selesai. Langkahnya kemudian di atur ke arah meja-meja yang ada di ruangan makan pula.

Joshua dekat belakang dengan tidak sabar, tinggalkan apa saja yang ada di situ lalu bawa dulang dia tidak terisi dengan makanan yang lengkap bersama sewaktu mendampingi Hera di sisi. "Alah jom la...sekali dengan Alan...Que pun. Macam dulu-dulu.."kata dia semasa berdiri di hadapan Hera pula.

Bila Joshua berdiri dekat depan laluannya, hal itu buatkan Hera berhenti melangkah. Dia berdiri di situ menghadap Joshua dengan muka malas tidak berminat dia. Berkira-kira apa la yang dia perlu katakan supaya lelaki ini berhenti menganggu dia.

Sementara Joshua tersengih-sengih seperti kambing berjanggut. "Jom la.."ajaknya lagi. "Guarantee kau happy punya!"dengan bersemangat dia berkata.

Buat seketika Hera hanya diam memandang wajah ceria Joshua. Cemburu dia bila tengok Joshua. Yalah, tiada masalah yang perlu di fikirkan, tiada perasaan yang perlu di tanggung. Carefree dan bahagia sebab ada parents yang supportive. Tidak seperti dia! "Jangan ganggu aku Joshua."beritahu dia semasa jalan ke tepi lelaki itu dan maju ke hadapan. Tiada kata-kata yang dapat dia beritahu lagi. Sebab memang tak kuasa nak menghadap!

Jenis yang tidak mengerti mengalah apatah lagi faham bahasa seperti Joshua, lelaki itu malah merampas dulang makanan Hera dengan tiba-tiba. Lalu di bawa jauh dari gadis itu.

"Hei!"sentak Hera kerana terkejut. Tumpah pula nanti makanan dia tu!

"Say yes please..."ugut Joshua sambil bawa dulang Hera jauh ke tepi supaya gadis itu tidak menggapainya.

Sambil membuat muka jengkel, Hera dekati Joshua lalu hulur tangan mahu mencapai dulang itu. Tetapi lelaki itu malah menjauhkannya dari dia. "Bagi la..jangan nak jadi sengal boleh tak?"cemberut dia dengan kening berkerut.

Joshua ketawa, dia pandang Hera yang kini berada rapat depannya ketika itu. "Setuju dulu baru aku bagiplease"

Isy!"Seriously?"tanya Hera dengan muka tak percaya.

"Yup...serius."angguk Joshua dengan kening terangkat tinggi tidak sabar.

Pada masa itu la, Hera perasan dari ekor matanya kelibat sekumpulan pelajar berkot sedang jalan dari tepi mereka ketika itu. Masih dalam kedudukan tangan dia masih memegang lengan Joshua, kepalanya di paling ke tepi sebab tergerak hati nak tengok. Sekali, lepas Hera palingkan kepala, dia terus buat muka 'oh sh*t' lepas nampak.

Apa lagi pulak ni?

Kayden, Arion, Noah dan Kyle berdiri di situ dengan lagak samseng mereka, lirik akan Joshua dan Hera silih ganti.

"Kau buat apa hah Budak baru?"tegur Noah semasa pandang tak suka ke Joshua.

Sambil kepala di lentokkan sedikit dan tangan dalam poket seluar dia berkata."Buli anak orang eh?"tambah Kyle pula dengan renungan judging dia dari atas ke bawah.

Terus jatuh sengih Joshua lepas di tegur begitu. Dia berdiri tegak dan dekatkan dulang Hera semula ke depan. Dia jadi malu dekat situ bila di tegur begitu. Sejak jadi mangsa buli ni, self-esteem dia agak rendah. Lagi-lagi bila ada yang mencemuh dia.

"Yang kau dekat-dekat dengan mamat ni kenapa?"tanya Arion pula dengan perlahan. Tapi jelas-jelas kedengaran jengkel."Tak ingat ke apa yang dia dan kawan dia dah buat dekat kau?"dia pandang Hera dengan kening berkerut.

Kayden tak cakap apa-apa. Dia hanya berdiri di situ dengan tangan di dalam poket seluar. Aura pembuli tu jelas-jelas ada dekat wajah tu.

Menyirap Hera mendengar kata-kata mereka. Dia pandang dengan kening mencerlung akan mereka berempat di situ. Ikutkan hati mahu saja dia meninggikan suara di situ. Tapi tidak. Dia mlas nak panjangkan hal itu, Hera capai dulang makannya dari tangan itu. Dia tidak kuasa hendak timbulkan masalah hari ni. Tekanan dari berita awal pagi tadi pun tak hilang. Jangan di tambahkan lagi.

"Kau pergi dulu Joshua.."Hera tolak badan Joshua dengan perlahan supaya pergi dari situ.

"Tapi kau-"

"Tak dengar ke dia cakap apa!"sampuk Kayden tiba-tiba. Renungan tajam terarah ke Joshua. "Blah."ketapnya dengan garang.

Hera pandang ke Kayden lalu melepaskan hela nafas saat mendorong Joshua lagi supaya rakannya itu pergi dari situ. "Pergi je la...please."mintanya dengan letih.

Mahu tak mahu, Joshua akhirnya berpaling pergi dari situ. Langkahnya berat, kepala dia tunduk memandang makanan di dalam dulangnya. Pandang belakang kepala tu dah Nampak macam orang loser.

Setelah Joshua pergi, Kayden dekati Hera. Dia pegang dulang dari tangan gadis itu dengan demanding. "Duduk dengan aku.."arahnya sambil jalan melepasi Hera begitu sahaja menuju sebuah meja yang sedia dikosongkan untuk mereka tidak jauh dari situ.

Kyle yang berada paling dekat dengan Hera, pusingkan badan Hera dengan paksa lalu pegang belakang badan itu supaya maju ke depan mengikut langkah mereka.

Dalam keterpaksaan.. Hera jalan bersama-sama mereka ke meja tersebut.

Melihatkan keadaan itu pelajar-pelajar yang ada di sekitar tempat itu sedia maklum. Tanpa menunggu Kayden yang maklumkan sendiri, mereka take note dalam kepala masing-masing bahawa Hera Xiana adalah off limit. Gadis itu adalah sebahagian dari kumpulan itu. Jadi tiada siapa yang akan cuba berani-berani cari pasal atau dekati gadis itu.

Duduk saja Hera di bangku, kanan dan kirinya di apit oleh Noah dan Kyle sementara Arion dan Kayden duduk berhadapan dengannya. Dan baru la dia bersuara.

"Perlu ke buat macam tu tadi?"tanya Hera dengan nada malas sewaktu capai air kotak anggur dari dalam dulangnya. "Dia bukannya buat apa-apa pun...kau boleh je cakap elok-elok.."sambil Tarik straw keluar dari pembungkus dia pandang Kayden.

Kayden tidak berkata apa-apa. Dia sibukkan dirinya dengan telefon dan tidak memandang Hera.

"Hairan aku...lepas apa dia buat dekat kau, still kau nak jaga hati perasaan dia?Tapi dia orang ada tak fikir pasal kau?"balas Arion dengan nada berlagaknya.

Mata Hera gerak mengerling ke Arion. Lelaki ni pun satu.Nak over dah kenapa?Bukannya Joshua yang susahkan Arion.Hela nafas kesal di lepaskan dengan kasar.Lepas tu dia tak cakap apa-apa. Nampak sangat tak ada gunanya. Yalah cakap dengan mereka ni bukannya boleh faham perasaan perempuan seperti dia ni. Hera kemudiannya nikmati makanannya dengan susah payah. Walaupun perut dia menjerit lapar, tapi tekak dia tak mahu beri kerjasama. Sama seperti perangai dia juga, perutnya turut memberontak tak mahu terima apa-apa.

Sudah beberapa hari hal ini berlanjutan.

Lantaran itu Hera tetap paksa makan dan stay hydrate. Tapi semua itu tidak berhasil.

Dan semua itu amat menyeksakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience