Rate

Bab 29 : Reunion Tidak Sengaja

Other Completed 12432

Flashbacks

"Ingat...nanti di akademi kamu terus ke kelas. Sapa pensyarah dengan baik. Kalau tidak suka pada rakan sekelas...jangan hiraukan mereka. Buat saja tak tahu. Hari ini adalah hari pertama kamu ke sini. Jadi lakukan yang terbaik supaya semuanya berjalan dengan lancar...faham?"

Dia yang dengar hanya mengangguk kepala acuh tak acuh. Dia tak boleh nak janji.

"Aunt dah beritahu semua pensyarah yang mengajar kamu nanti di setiap kelas. Mereka tahu siapa kamu jadi kamu hanya lakukan saja apa yang mereka minta...okay?"

Sekali lagi dia mengangguk kepala. Tidak kuasa hendak bersuara.

"Dah pergi masuk sana. Good luck."maksunya mengucup dahinya sebelum dorong dia supaya keluar dari kereta itu.

End of flashbacks

Well...nampaknya dia kena jadi buat baik satu hari ni!

Hera buat muka sewaktu perhatikan pelajar-pelajar yang sedang berlegar di koridor waktu itu. Ramai sekali mereka. Semuanya mengenakan uniform akademi sama warna seperti dia tetapi rekaan yang berbeza. Nampaknya tempat ini khas untuk anak-anak orang kaya...

Melilau hendak mencari lokarnya, tiba-tiba dia ternampak empat orang pelajar lelaki yang sama dia tembung di lif tadi.

Berdiri sekejap Hera dekat situ perhatikan mereka dari jauh. Pandang je tahu mereka itu adalah berita buruk untuk dia. Dia kena take note dalam minda untuk jauhkan diri dari mereka.

BRAAP!

Tidak pasal-pasal tepi bahu Hera di langgar dari belakang hingga buatkan beg sandang dia yang tergantung di bahu ikut terjatuh ke bawah hingga memuntahkan isi kandungan sekali. Buku , binder dan bekas pensel terdampar di lantai sesaat kemudian.

"What the-"

"Hoi!Kau ingat jalan ni mak bapak kau yang punya ke?"marah pelajar perempuan yang melanggar Hera tadi.

Terkebil-kebil bingung di situ, Hera lirik akan perempuan depannya atas ke bawah beberapa kali. "Kau tu yang jalan tak pandang ke depan...salahkan aku.."balas dia pula. Eh..suka hati je nak maki dia! Asal orang dekat sini suka main langgar-langgar orang kemudian marah. Bukan nak mintak maaf. memangnya akademi ni ada masalah ke untuk didik etika pada mereka semua di sini?

Asal kurang ajar sangat!?

Pelajar perempuan itu sedikit taken aback lepas lihat Hera. Dia terkejut sebab orang di depannya orang baru. Kemudian terkesan dengan penampilan bad girl yang di tampilkan oleh Hera. "Hei Budak baru...jangan nak tunjuk lagak eh..."tegurnya dengan tegas.

Jelingan tajam diberikan oleh Hera kerana dia begitu marah. Dua kali dia kena sound hari ni!tak sampai sejam jejak kaki dalam tempat ni. Budak baru!Budak baru!Naik rimas dia dengar perkataan itu.

"Asal kau jeling macam tu...mata ke bawah."arah pelajar perempuan itu kepada Hera sambil tunjal bahunya.

Tidak mahu mencetuskan kekecohan seperti yang diminta oleh maksunya, Hera hanya mampu menahan sabar sambil mengetap gigi. Ikut hati sudah lama dia tolak perempuan di depannya ini semula. Ikut hokum Hammurabi, hutang darah bayar darah, hutang nyawa dibalas nyawa. Perempuan ni tolak dia. Dia tolak perempuan ni balik!Baru adil!

Tapi tak.

Hera malahan tunduk hendak mengutip barangnya dari lantai itu. Sambil tu dia menggerutu jengkel di dalam hati. Menyumpah seranah akan perempuan itu dalam diam untuk lampiaskan rasa marahnya ketika itu.

Lantas muncul satu tangan ikut tunduk mengutip pencil case hitam di lantai itu lalu di suakan ke depan Hera.

Pencil case itu di rentap dengan kasar."Terima kasih."sentap Hera tanpa memandang tukang beri. Dia kasar-kasar sumbat barangnya semula ke dalam beg sandang. Sekali, lepas dia selesai, Hera gerak berdiri semula. Niatnya nak melangkah pergi dari situ, tetapi tidak jadi selepas menghadap orang yang membantu dia kutip pencil case tadi.

Kejung terus Hera menjadi patung sewaktu pandang ke depan.

Joshua dan Alan berdiri di situ dengan wajah bungkam masing-masing. Mereka berdua pandang Hera dengan mata tidak berkedip. Ingatkan mereka bantu siapa tadi, tak tahu pula orang itu adalah Hera.

Begitu juga Hera. Dia menahan nafas terkejut sebaik melihat dua sekawan di depannya ketika itu.

"Seriously?"keluh Hera dengan perlahan begitu kesal dengan apa yang dia temui. Haish!Kenapa pulak dia orang berdua boleh ada dekat sini sekali?

Kening Joshua berkerut tidak suka. Sementara Alan sudah buat muka tak percayanya.

"Hera?"sebut mereka berdua dengan serentak.

The heck!?

Mulut Hera ternganga sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience