Rate

Bab 81 : Suka Dalam Diam

Other Completed 12432

Flashbacks

Seperti dua ekor monyet berebutkan makanan, dua orang itu saling berguling atas jalan tar dengan tangan masing-masing mencekau kolar baju. Biar seorang berada di atas yang bawah menjadi mangsa tumbukan amuk itu. Tetapi sesaat kemudian kedudukan berubah, yang di bawah berada di atas, yang atas berada di bawah.

"Sudah lah tu Kayden!"Haling Noah yang cuba menarik badan Kayden jauh dari pemain quarterback pasukan ragbi baru akademi itu.

"Siapa kau untuk halang aku dari dapatkan Hera semula!"marah Que sewaktu menghalang tumbukan Kayden dengan lengannya tetapi gagal!

"Aku teman lelaki dia b*d*h!"maki Kayden dengan bengis sekali menumbuk tepi tulang kiri Que sampai berdarah tepi pipi tu.

"Lepaskan dia la setan!"ngaum Joshua yang merempuh tubuh Kayden ke tepi hinggakan dua orang itu bergolek ke tepi.

Sesaat selepas Que bebas dari Kayden. Alan pulak muncul membantu. Dia dapatkan Que untuk bangun dari situ. Sementara Joshua sedang bertumbuk dengan Kayden. Tapi sekejap saja, disebabkan Kayden lebih gagah, jadi Joshua dengan mudah ditumpaskannya.

Disaat Que sedang terbatuk-batuk memegang dada kerana sebu dek di tumbuk dan di tendang pada dadanya tadi, ketika itu Kayden meluru mendapatkan Que. Memandangkan Alan ada dekat situ, dia la yang terima tumbukan padu dari Kayden.

"Cukup Kayden!"ngaum Arion dengan berang semasa lemparkan dirinya di depan Kayden agar berhenti. Dia tolak dada Kayden ke belakang supaya rakannya mengundurkan diri.

"Aku bagi amaran dekat kau!jangan dekati Hera lagi atau muka sampah kau tu aku jadikan penyapu lantai tar ni!!"dengking Kayden dengan berang sewaktu tunding jari ke arah Que.

End of flashbacks

Dengan berat, matanya yang sedang berdenyut sakit dipaksa buka kerana tekaknya berasa dahaga. Dibuka saja matanya dengan luas, pandangannya pertama-pertama sekali disapa dengan wajah yang tidak asing buat dirinya selama ini.

Buat seketika Que baring pandang akan orang di depan matanya tanpa berkedip. Mungkin efek dari demam yang dialaminya, sampaikan dia terbayang-bayangkan wajah itu. Oleh kerana takut kalau dia berkedip, orang itu akan hilang sesaat kemudian, Que tidak kelipkan matanya sampaikan air mata hangat demamnya mengalir dari tepi mata turun jatuh ke telinganya.

"Maafkan aku.."lafaz Que dengan perlahan. Mata merah orang sakitnya memandang tepat ke wajah bersih dan bercontact lens coklat hazelnut di situ. "Kalau aku boleh putar balik masa, akan aku lindungi kau Hera...dari ayah kau yang tamak...dari ibu kau yang sadis...dari mereka yang nak tengok kau susahdan pertahankan relationship kita.."

Tiba-tiba orang di depannya yang disangkakan sebagai khayalan itu bersuara

"Haih...sudah-sudah la mengenang apa yang dah lepas.."keluh Hera sewaktu menyeka air mata dari tepi mata Que dengan jari telunjuknya. Dia yang duduk di katil bujang tempat dimana Que sedang berehat sudah berada di situ hampir 10 minit. Mulanya dia masuk, Que masih terlena, malas nak ganggu dia cuma tengok saja la mula berlebam itu buat seketika.

Sekali tu.

"Kau real ke?"tanya Que dengan kening berkerut bingung.

"Habis tu?Kau nak aku real macam mana lagi?"Hera menjuling mata menyampah.

Que gerak mahu bangun dari situ kerana berasa tidak percaya. Dia mahu pastikan yang Hera benar-benar Bersama dengannya ketika itu.

"Eh..apa kau buat ni..baring je.."tetapi Hera cepat-cepat pegang kedua belah bahu itu untuk di baringkan semula.

"So kau real.."keluh Que dengan lega sewaktu berbaring semula ke bantal.

Haih!Hela melepaskan Keluhan letihnya lalu betulkan selimut di badan tu. "Ya..aku ada dekat sini. Realiti. Bukan khayalan. Now stop being childish! Rehat je betul-betul.."

"Kenapa kau dekat sini?Bukan ke kau kata tak nak ada kaitan dengan aku lagi?"tanya Que dengan susah payah. Kepalanya yang pening sedang berdenyut sakit setiap kali bercakap.

Suasana sunyi menghuni ruangan bilik itu apabila Hera hanya diam memandang wajah pucat tidak bermaya Que. Sedih dia tiba-tiba. Mengenangkan semua kesulitan yang dia hadapi, dulu Que la tempat dia mengadu dan menangis. menjadi bahu untuk dia bersandar, menjadi telinga untuk mendengar. Bila mereka berpisah, segalanya dia perlu simpan sendiri sampaikan rasa sakit tu tidak tertanggung rasanya.

"Nak pastikan kau hidup lepas kena belasah separuh mati dengan Kayden la..apa lagi.."jawab Hera dengan mendatar.

Kening Que berkerut. "Kau tahu?Siapa beritahu?Alan?Joshua?Ke Kayden sendiri?"

"Siapa lagi kalau bukan dua ekor tenuk kau tu.."

Que tersengih kemudiannya. "haih..dua orang mulut tempayan tu tak reti nak ditutup betul. Buat malu aku je.."ujarnya berasa mukanya seakan tebal berinci-inci mendengar hal itu. Macam Nampak sangat yang dia ni lembik!Lawan seorang lelaki pun tak mampu!

"Asal kau tak lawan?Bukan ke kau juara hapkido dan pemilik tali pinggang hitam?Rasanya Kayden tu bukan lawan yang susah untuk kau tumpaskan?"mata Hera lirik akan jari jemari Que yang berehat di atas perut lelaki itu. Entah kenapa dia tertarik melihat tangan itu. Rasa mahu di genggam pun ada!

Que perasan akan renungan Hera ketika itu, lalu dia tersengih sendiri kerana terkutik. "Sebab aku tak sampai hati.."beritahunya sambil turunkan tangannya ke sisi, jatuh di katil, hampir dengan tangan Hera yang diletakkan sama di situ. "Kayden tu teman lelaki kau...disebabkan aku tahu hati kau ni senang sedih bila tengok orang yang kau sayang terluka..sebab itu aku tak melawan.."jelasnya.

Lantas Hera bawa naik matanya ke muka Que dengan nafas tertahan. "So...kau sanggup terima semua sakit ni sebab tak nak bagi aku bersedih?"tanya dia dengan perlahan. Sudah tiada lagi nada menyampah atau tidak berminat. Hanya nada normal dia ketika bercakap.

"Well...it's looks like that.."Que menjungkit bahu sambil berkata. "Kalau itu buatkan kau lega dan happy, why not.."

Bila Hera turunkan matanya ke bawah, dia Nampak jarinya telunjuknya sudah melingkar sekeliling jari telunjuk Que tanpa sedar. Dia sendiri tak tahu bila dia buat macam tu. Tersentak dengan hal itu, malu-malu dia angkat matanya memandang Que semula.

Que pun membalas tatapan Hera dengan senyuman nipis di bibir.

"Sorry..."ucap Hera semasa lepaskan jarinya dari Que. "Aku tak tahu bila aku buat macam tu.."dia mahu gerak untuk bangun dari situ.

Que apa lagi, lepas dia nampak Hera nak bangun, dengan sisa tenaga yang ada, dia cengkam jari jemari Hera. "Stay..."mintanya dengan laju sambil tu.

Kepala Hera berpaling pantas ke Que. Keningnya berkerut apabila merasai sentuhan dingin dari jari jemari itu. Nafasnya ditahan tanpa sedar.

"Sekejap je..lepas ni. Aku janji aku takkan dekati kau apalagi berharap pada kau...jadi stay la untuk beberapa ketika"minta Que sambil eratkan cengkamannya pada jari jemari itu.Dia pandang dengan penuh berharap pada Hera.

"Kau takkan dekati aku lagi?"tanya Hera dengan kening terangkat sebelah.

Que menelan air liur dengan susah payah. Dia nak angguk tapi entah kenapa berat betul kepala dia nak bergerak.

"Jawab aku.."pandang Hera dengan mata dikecilkan mencari kepastian.

"Tak-"

Mata Hera terbuka luas sedikit. Kecewa dengan jawapan itu, terus dia rentap tangannya. Kalau macam tu memang tak la dia nak setuju! Sakit ke tak sakit lantak situ!Hmp! "Kalau macam tu rehat la kau situ. Aku balik dulu. Bye!"pamitnya dengan sassy menyelak rambut ke belakang bahu.

Que tercengang dekat situ. Dia pandang langkah Hera hingga pintu bilik itu tertutup dengan mata terkedip-kedip laju. Dah kenapa Hera tak nak pulak?Bukan ke Hera suka kalau dia tak ganggu gadis itu lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience