Rate

Bab 62 : Can I Trust You

Other Completed 12432

Flashbacks

"Kita putus Hera!"

"Dah kenapa pulak?"

"Aku dengar macam-macam cerita pasal kau!Jual body la dadah la...apa la..malu tahu tak. Aku ni kapten pasukan ragbi...mana aku nak letak mulut kalau orang tahu kau teman wanita aku...buat perangai tak senonoh.."

"Kan aku cakap aku tak buat semua tu...kau percayakan orang lain dari teman wanita kau sendiri?"

"Kau rasa?Bukan sekali dua cerita buruk kau tersebar...awalnya aku boleh bersabar..kalau setiap hari macam ni...siapa je yang tahan!"

"Que!"

"Apa?Salah apa yang aku cakap?Sudah la...kalau kau nak menangis dan tunjuk drama depan aku...baik kau simpan. Ianya tak berguna...bila aku kata putus. Kita putus!"

Bertapa kecewa dia saat ini!Hanya tuhan sahaja yang tahu terluka hati kecilnya ini. Selama ini dia diamkan sahaja sebab dia dah sayangkan Que...dan lelaki ini apa?

"Macam ni kau ya?"tanya dia bernada mengejek. "Lepas kau diterima masuk ke barisan pemain tetap dan menjadi kapten...kau buang aku macam aku dah tak gunanya. Habis madu sepah di buang. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau dekati aku sebab nak pengaruhi jurulatih ragbi sendiri supaya diri kau tu diterima!"luahnya sekuat hati.

Que buat muka terkejut.

"Terkejut?"dia yang tengok hampir hendak ketawa. Tapi tak sampai perasaan tu sebab dia terlalu sedih dan marah. "Jangan nak buat lawak la...aku tahu semuanya dari awal tapi aku buat-buat tak tahu sebab nak tengok sampai bila kau berpura-pura sukakan aku...tapi tak..kau still diamkan diri sampaikan diri aku difitnah kau ambil keputusan untuk lepaskan aku!"

"Hera.."

"Shut the f*ck up!"sentapnya dengan garang. "Let me tell you something...karma is a bitch. What comes around it gonna come back to you. What you give...you get back...tak sekarang...one day. Dan bila hari tu tiba..kau merangkak merayu depan aku sekalipun...takkan aku terima kau apa lagi maafkan kau!Ingat tu!"

End of flashback

Terpejam mata dia setelah itu. Buatkan air mata yang sudah lama dia cuba bendung mengalir turun ke pipi. Sakit dada dia bila teringat semua memori pahit suatu masa dahulu. Kalau diingatkan balik. Rasanya tiada satu pun memori indah yang tersimpan dalam benak memorinya. Apa yang tersisa hanya la moment akhir dia Bersama mendiang datuknya sewaktu orang tua itu masih hidup.

Buat Hera sewaktu dia kecil, datuknya itu la ayah, ibu, rakan baik dan teman sejatinya kerana lelaki itu saja la yang sudi curahkan kasih sayang, perhatian, mendengar segala luahan isi hatinya. Malah turut membantu dia untuk belajar dan mengajar dia pelbagai perkara.

Dan kini segalanya hanya menjadi kenangan, tiang dan tonggak untuk dia bergantung sudahpun pergi buat selamanya. Hanya tinggal dia seorang sahaja di dunia ini. Taktala semua orang mahu lihat dia jatuh. Hera sendiri yang bangunkan diri dan rawat luka yang terpalit di badannya. Tiada siapa yang tahu apa dia rasa. Apa yang orang tahu, dia hanya seorang gadis yang bermasalah dan menyusahkan mereka sahaja.

Sekarang semua usaha dia sia-sia. Que telah rosakkan segalanya. Hanya tunggu masa sahaja nama baik Kolej New West terjejas. Harta pusaka yang datuk dia tinggalkan untuk dia bakal rosak dan musnah.

"Haih....jumpa pun."tegur satu suara di belakang sebelum ada yang mengambil tempat di sebelahnya.

Hera pun palingkan kepala ke sisi. Tanpa berkata apa-apa dia hanya diam memandang tepi muka itu.

Kayden lemparkan pandangannya ke sekitar kawasan atas bumbung bangunan akademi itu. Anak rambut yang berterbangan gara-gara ditiup kuat angin tengah hari itu tidak dihiraukan apabila ia mengenai mata dan wajahnya tidak tentu hala. "Lama tak naik atas ni.."beritahunya.

Tidak lama selepas itu, Hera kembali memandang ke depan. Matanya dikecilkan kerana berasa silau dek cahaya matahari ketika itu. "Macam mana kau tahu aku dekat sini?"tanya dia.

"Entah...tekaan aku je.."jawab Kayden. Dia betulkan duduknya di atas tembok batu itu. "So..apa cerita tadi?Mamat sengal tu buat something ke sampai kau menangis?Nak aku ajar dia?"

"Simpan je perangai membuli kau tu...bukan semua masalah perlu diselesaikan dengan kekasaran" ujar Hera bernada mengalah. "Dia ex aku.."

Tersentak Kayden. Dia terus teringat akan perbualannya tempoh hari dengan Hera. Masa Hera bandingkan dia dengan ex gadis itu. "Oh..jadi dia la ex yang kau maksudkan tu?"

Hera tidak membalas, dia hanya termenung memandang ke depan.

"Apa dia nak?Get back dengan kau atau-"

"Cuma tambah masalah dekat aku...sebab itu."' jawab Hera serta merta. "Dia rosakkan semua yang aku dah buat..kemudian nak mintak maaf untuk semuanya.."

"Kau maafkan dia ke?"Kayden menjengkit kening ingin tahu sewaktu palingkan kepala ke Hera. Tilik tepi wajah gadis itu dengan minat.

Buat seketika Hera hanya diam tidak bersuara. Tetapi tidak lama kemudian dia tersenyum nipis. "Kalau membenci dapat pulihkan keadaan dah lama aku buat..."sebutnya dengan sedih. Mula hendak menangis. "Tapi tak membencikan seseorang...ianya takkan dapat ubah apa-apa. Benda dah jadi pun. Nak dipanjangkan pun tak ada guna. Tiada siapa yang untung."

Kagum dengan Hera, Kayden tersengih meleret. "So...you gonna forgive and forget?"

"Tak...I'll just moving on and live on with all that. Dengan tu aku boleh belajar macam mana nak survive sendiri bila ada yang cuba khianati aku suatu hari nanti.."baru la Hera pandang ke Kayden.

Hal itu buatkan senyuman Kayden jatuh. Dia bertentang mata dengan Hera.

"Boleh aku percayakan kau?"tanya Hera dengan muka tanpa emosi, sisa air mata masih bertakung di kelopak matanya.

Kayden taken aback dengan pertanyaan itu. Tidak semena jantung dalam tulang rusuknya berdegup aneh. Buatkan panas membahang menjalar sekitar leher dan telinganya. "Sure...kau boleh percayakan aku."lafaz dia tanpa sedar seolah telah terpukau.

Hera tersenyum nipis."Keep your promise. Cause I gonna keep my promise too."pandang dia tepat ke mata Kayden. Dia akan bagi peluang pada dirinya untuk move on. Takkan sesekali dia mengalah macam tu je lepas apa yang terjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience