Rate

Bab 25 : Pujuk

Other Completed 12432

Dua hari kemudian..

Suara orang gelak-gelak kedengaran dari ruang tamu sewaktu Riana berjalan masuk ke rumah. Tanpa berlengah dia terus menjengah kepala ke arah ruang tamu. Melihat skrin televisyen menyala semasa orang itu duduk melunjur kaki di sofa. Sedang makan buah epal dengan pakaian tidur di badan.

Dasar Budak bertuah!

"Kamu belum bersiap lagi?"tegur Riana kepada Hera dengan terkejut. Dia jalan mendekati sofa itu dengan langkah lekas. Lengannya bajunya di selak sedikit hendak lihat jam. "Dah masuk 2 petang ni...kamu baru bangun ke?"

Hera tidak mengendahkan Riana. Dia pandang skrin televisyen itu sambil mengunyah. "Tak..lama dah. Pukul 10 tadi..."balasnya mahu tak mahu.

Kening Riana berkerut kesal. "Lah...dah tu kenapa tak mandi...kan aunt pesan suruh siap awal."sungutnya sewaktu ambil tempat di sebelah Hera di sofa itu. Kaki yang melunjur di sofa itu di tolak jatuh ke bawah.

Tersentak terus Hera waktu itu kerana tolakan itu hampir hendak jatuhkan pinggan yang ada di atas perutnya ketika itu. Dengan reflex tangan dia terus pegang pinggan tu. "Apa aunt ni.."getusnya dengan kening mencerlung tak puas hati.

Riana mengerling ke Hera, melihat wajah bersih dan polos itu dengan menyampah. "Dah pergi siap sana...ikut aunt ke kedai tailor untuk jahitkan uniform kamu...esok kamu dah kena masuk akademi."beritahunya sewaktu gerakkan mata memandang skrin televisyen.

"Malas.."balas Hera serta merta. Dia kembali bersandar malas ke sofa dengan kaki bersila di atas itu. Sepotong epal kemudiannya di suap ke mulut kasar-kasar.

Riana lepaskan hela pendek, dia palingkan kepala semula ke Hera. Dah dua hari dia biarkan Hera cuti tidak keluar ke mana-mana. Dan sepanjang masa itu la dia cuba pujuk Hera untuk lakukan sesuatu dan ke akademi. Tapi Hera langsung tidak mahu mengalah.

"Jangan la macam tu...kamu kan masih muda...banyak perkara yang kamu boleh belajar..."pujuk Riana.

Mendengar kata-kata pujukan itu buatkan Hera yang sebenarnya sudah patah semangat menjadi semakin murung. Bukannya dia tak nak..cuma dia tak nak mulakan semuanya dari awal. Dia penat. Sangat penat dan fed up. Lagi-lagi berjumpa dengan orang baru!Paling dia anti.

Hera pun lepaskan keluhan panjang. Dia tak suka kecewakan sesiapa apatah lagi sakiti hati orang lain. Tapi kalau keputusan dia nanti hanya buat orang terluka. Apa gunanya? "Aunt.."panggilnya semasa pusingkan badan menghadap maksunya.

"Hm?"Riana menjungkit kening. "Kenapa?"

"Aunt..putus asa aje la kalau niat aunt nak ubah Hera..."beritahu Hera. "There is nothing that you need to change."katanya sambil berkerut kening. "Hera langsung tak ada niat nak berubah langsung. Sebab ini memang diri Hera."

"Eh..ke situ pulak kamu.."Riana acah-acah buat muka terkejutnya. "Siapa kata...aunt tak ada niat pun. kamu nak jadi apa...jadi la apa yang kamu mahukan. Apa yang aunt tahu, selaku dekan akademi tempat kamu bakal belajar. Kamu perlu hadirkan diri secepat mungkin ke akademi. itu je.."

Kening kanan Hera terangkat sebelah. Dia kecilkan mata memandang curiga ke maksunya. "Iya la tu.."

"Tak percaya sydah...dah la pergi sana. Bersiap cepat. Kasi comel sikit anak saudara aunt ni.."pipi Hera di cubitnya.

Hera merenggus sambil tepi tangan itu dari pipinya.

"Ugh..malas la..tak payah mandi tak boleh ke?"

"Ihh....ada ke. Dah la..cepat!"Riana tolak Hera supaya bangun dari sofa itu. "Cepat..kita tak ada banyak masa sebab esok kamu kena masuk ke kelas."

Dengan wajah bercemberut Hera terpaksa juga bangun dari situ dan gerak ke arah tingkat atas.

Melihatkan langkah Hera pergi dari situ, Riana termenung tanpa sedar ke satu arah. Bahunya jatuh hilang semangat kerana susah hati memikirkan keadaan Hera.

"Kau takkan jenguk dia langsung ke nanti Nadia?"

"Aku tak tahu.."

"Kau tahu selaku seorang ibu dan orang yang melahirkan dia, kau patut jadi penyokong dia...Hera tu remaja. Banyak perkara yang dia kena belajar dan tangani....seorang diri dia boleh rebah..."

"Aku tak tahu Riana...Nathan bising setiap kali bincang pasal Hera. Dia selalu bertekak dengan aku pasal Hera yang selalu timbulkan masalah dan malukan dia."

"Kau tahu Hera sedih bila kau orang tinggalkan dia dekat sini..."

"Maafkan aku Riana...aku tak boleh. kau tolong la tengokkan dia untuk aku. Kalau perlukan duit beritahu je. Aku akan kirimkan pada kau.."

Sakit memikirkan perbualannya dengan kakak dia, Riana memejamkan mata menahan perasaan sedihnya. Kalau dia tidak lakukan sesuatu, keadaan Hera pasti akan lebih buruk dari ini. Dia tidak sanggup lihat Hera terus menerus di sakiti oleh mereka!

Tapi berjaya ke dia nanti?

from next week till awal bulan dua, im gonna very busy sbb majlis graduation around the corner...so bnyk preparation past minute kena settle kan...siapa yg baca Pakcik Navy I Love You tunggu ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience