Rate

Bab 71 : Snow White & 7 Orang Kerdil

Other Completed 12432

Dua hari kemudian...

Kepulan wap beruap-ruap keluar dari alat berbentuk bebuli kaca mengenai wajah Hera yang sedang terlena. Sudah tidak lagi mengenakan topeng oksigen dan kelihatan sudah bermaya. Hanya mata itu masih terpejam sejak pembedahan di jalankan.

Hari itu petang, matahari terik memancar dari tingkah berbinding di tepi ruangan itu. Dan ketika itu dua orang lelaki berkemeja putih duduk di tepi katil berborak akan sesuatu sewaktu melihat skrin ipad.

"hei..cuba tengok ni.."panggil Noah semasa tunjuk skrin dimana gambar buku cerita snow white terpapar. Ini mesti kerja adik kecilnya yang guna ipad dia malam tadi. Sebab itu ada buku cerita dalamnya.

"Asal?"Kyle jungkit kening sewaktu jengah kepalanya ke tepi. Bila dia pandang skrin ipad itu, dia berdengus tak percaya. "Kau dah apahal?Sejak bila minat cerita Budak-Budak ni?"

Kepala Noah berpaling memandang ke Hera yang masih terlantar lalu Tarik sengih meleret. "Kau tahu...cerita Snow White dan 7 Orang kerdil?"kata dia.

Kyle mula pandang curiga ke Mr. Playboy di depannya. "Hah..asal dengan cerita tu?"

"Aku tahu aku tak patut gurau pasal ni..tapi kau tak rasa ke Hera ni macam cerita Snow White. Bezanya yang jahat bukan mak tiri tapi ayah kandung...dan kita bukan empat orang bukan kerdil..tapi putera charming..."seloroh Noah dengan sengih menampakkan barisan giginya yang teratur.

"Merepek je la kau ni.."Kyle menggeleng kepala dengan muka pelik.

"Dalam cerita tu, lepas Snow White di racun dengan epal ajaib, putera charming datang untuk bangunkan dia dari lenanya"Noah bangun dari duduknya lalu berpusing menghadap katil Hera. "Rasanya kan kalau aku buat macam tu Hera sedar tak?"

Malas hendak hiraukan otak kartun Noah, Kyle kembali memandang skrin telefonnya. Membelek video tiktok yang sedang di mainkan ketika itu.

Disebabkan hari ini Arion dan Kayden ada latihan bola keranjang, dua orang itu tidak dapat hadirkan diri ke hospital. Sementara Dekan Riana terpaksa hadirkan ke akademi kerana sibuk buat persiapan peperiksaan untuk pelajar tahun akhir. Maka mereka berdua yang lapang ini la yang ditugaskan untuk lihat-lihat Hera.

Dengan berhati-hati, Noah duduk di birai katil itu, menghadap Hera yang tidak sedarkan diri. Sebaik dia selesakan diri di situ, tangannya di letakkan tepi bantal dan sondong sedikit ke bawah mendekati wajah Hera.

"Siapa putera charming yang boleh sedarkan Hera?"bisik Noah di depan muka itu.

Hera tidak terkutik, seperti orang sedang tidur mati, mata itu sikit pun tidak bergerak-gerak dari balik kelopak mata.

"Yang pasti bukan kau.."jawab Kyle tanpa memandang Noah.

"Kenapa aku tak boleh pulak?Aku boleh tahan apa."seloroh Noah dengan kepala terlentok sedikit sewaktu memandang muka Hera.

Kyle berdengus mengejek. Dia tarik sengih sinis saat matanya gerak naik dan turun melihat skrin telefon. "Boleh tahan apanya...suruh jaga adik kecik kau pun dah lari lepak rumah aku..ini kan lagi nak jaga anak perempuan orang?"

Noah ikut tertawa kecil, tetapi perlahan. Dia tatap wajah Hera dalam-dalam sebelum tersenyum senang. "Cepat la bangun...rindu dah ni nak dengar suara kau membebel memarahi Kayden...dan aku rasa Kayden lagi rindukan kau Hera.."bisiknya bernada memujuk. Selama ini dia sangka Hera adalah seorang gadis yang suka tunjuk tough, berlagak nak mampus macam anak orang kaya terlebih manja. Walhal, Hera hanya la seorang gadis biasa. Yang perlukan tiang untuk bersandar dan tali untuk bergantung. Seorang yang bersederhana dan merendah diri.

KLIK!

Bunyi pintu terbuka.

Kyle yang duduk berdekatan dengan pintu menoleh terlebih dahulu. Sebelum Noah duduk tegak dan palingkan kepala ke belakang bahunya.

Bila mereka Nampak siapakah yang berjalan masuk ke situ, dengan serentak Noah dan Kyle berdiri. Masing-masing membelakangkan katil Hera, berkelakuan seperti menghadang.

Di depan pintu itu berdirinya Que, Alan dan Joshua. Satu jambangan bunga di pegang oleh Joshua. Alan berwajah gusar, Que pula seperti orang baru hilang anak bini.

"Apa kau orang buat dekat sini?"tanya Kyle dengan kening berkerut.

"Berhambus sekarang!"ketap Noah dengan perlahan. Nak tinggikan suara, Hera sedang terlantar. Mahu tak mahu kenala control.

"Aku nak jenguk Hera.."beritahu Que dengan perlahan.

Kyle maju ke hadapan. Mendekati Que serta dua lagi rakan lelaki itu di situ. Dia hulur tangan ke depan mahu menolak mereka. "Tak. Antara kau orang bertiga, tiada siapa dibenarkan untuk dekati Hera.."katanya semasa tolak Que dan Alan.

"Sebab kau, Hera jadi macam ni...kenapa ya kau orang ni tak habis-habis nak tengok dia sakit?"bisik Kyle dengan keras. "Keluar!"

Alan dan Que cuba tolak tangan Kyle turun dari badan mereka, tetapi tenaga Kyle lebih kuat dari mereka berdua. "Please..."minta Que."Aku cuma nak tengok dia sekejap."keningnya berkerut susah hati sewaktu memandang Kyle.

"KE.LU.AR!"sebut Kyle satu persatu penuh amaran.

Ketika kekecohan itu berlaku, Hera di atas katil mula terkutik, tangan yang berada di atas perut dan diketip dengan alat pembaca detak jantung bergerak-gerak. Diikuti dengan bebola matanya. Ia bergerak ke kanan dan kiri tidak tentu arah sebelum kelopak matanya terbuka dengan perlahan-lahan.

Dan orang pertama yang Hera Nampak adalah wajah Que yang ketika itu sedang berdiri menghadapnya. Dia tak perasan yang lain sebab wajah itu la yang dia Nampak lepas sedar sepenuhnya. "Que?"sebutnya dengan perlahan.

Semua di situ dengan serentak berpaling.

Dan Que yang dipanggil terus buat muka sedihnya dan gerak mendekati katil. Lepas dia dapat tahu Hera masuk hospital, terus terduduk dia sebab terlampau terkejut. Mana tidaknya, kalau bukan sebab salah dia, Hera takkan stress dan jatuh sakit macam ni.

"Maafkan aku Hera.."Que depakan tangan lalu tunduk memeluk Hera di situ tanpa berlengah. "Salah aku buat kau susah hati macam ni..maafkan aku atas apa yang terjadi ni New West.."luahnya dengan sedih.

Kyle dan Noah tak dapat nak buat apa. Mereka hanya berdiri di situ memerhatikan situasi itu dengan perasaan berbuku geram di dada.

Hera melepaskan keluhan Panjang sambil memejam mata sebaik saja Que memeluk dirinya. Disebabkan kepala Que begitu dekat dengan telinganya, dia boleh dengar suara lelaki itu menangis. Nampak sangat la Que ikut terkesan dengan apa yang terjadi.

"Aku maafkan kau, Que....aku sentiasa maafkan kau...dan aku dah maafkan semua orang."ucapnya dengan lemah. Sebab dia pernah sayangkan Que, pernah rasa suka pada Que, jadi hati dia ni tak sampai hati nak terus bencikan Que, apa lagi tidak memaafkan lelaki ini. nama pun manusia, ada masanya mereka akan buat keputusan yang salah kerana keadaan yang mendesak. Dan dia sendiri dah lalui situasi itu, faham apa yang mereka rasakan. Memaafkan tu lebih baik dari terus berdendam. Itu la datuknya telah ajar padanya sewaktu lelaki itu masih hidup. Kalau bukan kerana datuk Hera, pasti Hera sudah membencikan ibubapanya sehingga kini,

Que yang dengar terus tegak dan kesat wajahnya dengan belakang tangan. Dia pandang wajah Hera dengan senyuman lega. "Aku janji lepas ni aku takkan kacau kau lagi."beritahu dia. "Alan dan Joshua pun sama"

Bersama bibir pucat lesunya, Hera tersengih bila tengok setiap wajah di situ. Nak ketawa pun ada. "Aku tak mati lagipun..yang kau orang sedih macam aku nak mati dah kenapa?Dah la...tak payah nak sedih-sedih bagai. Aku sakit sebab memang dah masanya nak sakit...ini bukan salah sesiapa."ujarnya semasa gerak mahu bangun dari baring.

Noah yang paling dekat, dia la yang paling cepat gerak untuk pimpin Hera bangun.

Pada masa itulah, pintu wad terbuka sekali lagi. Dan kali ini dua orang lagi masuk ke dalam ruangan tersebut. Membuatkan tempat itu menjadi penuh tiba-tiba.

"Woah...what the hell is going on here?"seru Arion dengan terkejut apabila dia yang masuk terlebih dahulu. Matanya ternampak akan Que dan dua lagi rakan sekelas Hera.

Kayden menyusul di belakang sesaat kemudian.Menarik perhatian Hera serta yang lain. Lelaki itu masuk dengan beg plastic berisi makanan. Pandang saja dia ke dalam ruangan itu, keningnya terangkat tinggi.

"Did I missed anything?"tanya Kayden sewaktu bertentang mata dengan Hera,

Hera menarik sengih meleretnya semasa membalas renungan Kayden. Lama tak Nampak muka menjengkelkan ni. "Nope...you just got here in time.."jawab dia.

"Welcome back princess.."sapa Kayden dengan dengusan kecil. "Orang degil memang Panjang umurnya."sakat dia.

"Kau dengan mulut longkang kau!"getus Hera sambil menjuling mata menyampah.

"Uhmm...well...aku tak tahu yang kita akan menjadi tujuh orang dalam satu ruang ni...dan makanan yang aku beli cukup untuk empat orang je"beritahu Arion.

"It's okay..kita orang memang dah nak pergi dah.."kata Que. "Aku datang cuma nak tengok keadaan Hera jeKau orang makan la...kita orang gerak dulu.."pamit dia semasa gerak mahu menyertai Alan dan Joshua.

Apabila tiga orang itu jalan hendak berselisih dengan Kayden dekat depan pintu itu, Kayden pun berkata. "Mari la join...lagi ramai lagi meriah"ajaknya semasa kerling ke Hera yang sepertinya tidak mahu tiga orang sahabat baik gadis itu pergi.

Que, Alan dan Joshua pandang terkejut ke Kayden. "tak apa ke?"

"Makanan tak cukup boleh tambah, memandangkan Hera dah sedar boleh la kita makan besar.."kata Arion dekat sebelah Kayden. Berhampiran dengan pintu.

Hera dekat atas katil itu tersenyum senang. Suka melihat Kayden yang akhirnya dengar akan pesanan dia hari tu. Dimana dia minta lelaki itu bercakap dengan elok pada mana-mana tiga orang rakannya ini. "Aku join sekali"ajunya semasa angkat tangan.

"Call."Kyle tunduk memandang skrin telefon. "Aku suruh orang delivery makanan ke sini..kita makan dekat laman hospital ramai-ramai nanti."cadangnya pula.

Masa itu la Noah tersentak, dia palingkan kepala menoleh ke skrin ipadnya yang masih menyala dengan cerita Snow White dan 7 Orang Kerdil. Kartun itu buatkan dia berasa lucu dengan apa yang dibayangkan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience