Rate

Bab 77 : Hard For Me

Other Completed 12432

"Hera tunggu sekejap!"laung Que di belakang dengan lantang.

Kaki yang baru sahaja hendak pijak anak tangga untuk naik ke tingkat atas diturunkan ke lantai semula sewaktu Hera palingkan kepala memandang orang yang memanggilnya.

Hera buat muka tak berminat semasa memandang Que yang kelihatan segak seperti kebiasaan jalan menghampirinya.Dulu ke sekarang Que sentiasa buatkan hatinya berdebar aneh.

Selepas berjoging sejak tadi semata mahu mendapatkan Hera, akhirnya Que tiba di depan gadis itu.

"Hey....thanks sebab sudi tunggu."ucap Que dari balik nafas tercungap-cungap.

Mata Hera lirik wajah Que dengan kening berkerut.Mana-mana pergerakkan yang Que buat, matanya turut ikut.

"Ada apa ni?"tanya Hera sambil memeluk rapat buku serta mac book ke dada.

Sedaya upaya, Que tarik nafas dan telan air liur untuk hilangkan lelahnya kerana penat.

"Hera...mama aku...beritahu...something happen to your father!"maklum Que dengan cemas.

Awalnya Hera agak terkejut, dia hampir hendak beri reaksi. Tapi setelah sedar yang dia tahu apa yang berlaku, tanpa berkata apa-apa, dia hanya pandang Que.

"Memangnya apa yang dah berlaku?" soal Hera  bernada tidak peduli.

Mata Que gerak kanan dan kiri semasa mahu meneliti setiap inci wajah Hera kerana ingin tahu. "Ayah kau telah ditangkap oleh Pencegahan Rasuah dan diwaran tangkap oleh Kementerian Jabatan Hasil dan Cukai kerana salah guna kuasa dan penggelapan wang syarikat selain memalsukan rekod perbankan..."beritahunya dengan satu nafas.

Mata Hera tidak berkedip. Dia diam memandang Que yang kelihatan begitu risau dan gelisah sekali. "Well.....that his problem to handle it. Ianya tiada kaitan dengan aku...yang kau ni overreaction macam kau pulak anak dia dah kenapa?Ke kau risau sebab takut mama kau akan hilang kerja sebagai dekan di New West?"

Jatuh rahang Que mendengar tuduhan itu. Dia pandang Hera dengan kening kencerlung terasa hati.

"What!?Mesti la aku risau....dia papa kau kan..aku risaukan kau kalau kau sedih bila something berlaku papa family kau..."luah
Que dengan jujur.

Tiba-tiba Hera ketawa, dia menepuk-nepuk lengan Que.Sambil menggeleng kepala tak percaya dia berkata. "Jangan nak buat lawak la...untuk apa kau risaukan aku?Memanglah memang kita dah berbaik. But it no means that we-"Hera tunjuk jari ke dirinya dan Que silih ganti."...gonna be freinds or whatever you trying to think about...don't ever dare think about it.."

Bahu Que jatuh hilang semangat, dia katup mulutnya mendengar kata-kata itu.

"Kenapa tak boleh aku ambil berat pasal kau atau dekati kau semula?"tanya Que bernada sedih sewaktu tatap dalam-dalam wajah itu. "Sebab kau dengan Kayden dah serius ke?"

Hera menarik sengih meleret.

"Kalau ya....kenapa?Bukannya aku ni girlfriend kau ke apa...suka hati la aku nak dengan siapa dan siapa yang aku sukakan...kau rugi apa-apa ke?"tanya dia dengan sassy.

Pada masa itu, Que mengepal jari jemarinya dengan erat, dia pandang Hera dengan kening mencerlung. "Aku fikir kita ada next chance untuk bersama semula...."

Hera menyilangkan tangan ke dada dan lentokkan kepala sedikit ke kanan lalu bertanya."Atas alasan apa yang buatkan kau fikir macam tu?"

Lantas Que merapatkan jurang antara mereka berdua dan memegang kedua-dua belah lengan Hera. "Sebab selama dua tahun kita berpisah, kau tak bersama dengan mana-mana lelaki... cuma sekarang je kau tiba-tiba-"

"Ah!"Hera cepat-cepat tepis tangan Que dari tepi tangannya dengan muka cuak. Dia takkan izinkan Que menghabiskan kata-katanya. Dia tidak mahu mendengarnya. "Jangan nak buat andaian sendiri...semua tu tak ada makna apa-apa....aku stay single sebab aku tak nak bersama dengan lelaki yang pentingkan diri macam kau!"getusnya dengan benci.

"Hera...please...jangan macam ni.Bagi aku peluang....aku tahu aku dah rosakkan hubungan kita sejak awal lagi. Tapi aku try baiki semuanya semula..."

Tolonglah!Ingat dia akan termakan ke dengan semua pujukan rayu ni!?Tanpa lelaki dia still boleh survive even struggle separuh mati tanggung semuanya sendiri la!

Tapi kalau hidup single itu kurang stress dia sanggup tidak bercinta sampai bila-bila.

"Stop it Que!"Hera menjegil mata kejengkelan. "We are done. Get over it will you!?"dia tolak sebelah tangan akan dada Que lantas berpaling.

Que pandang belakang badan Hera dengan nafas naik turun kecewanya. "This is hard for me too...not only for you. Aku cuma risaukan kau je."lafaznya lagi dengan lemah semangat.

Hera yang sedang mendaki anak tangga itu hanya diam tidak berpaling. Malas hendak hiraukan Que. Dilayan salah tak di layan salah. Menyampah la pulak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience