Rate

Bab 59 : Meeting Her

Other Completed 12432

"Tepilah...siapa orangnya. Aku nak tengok.."

"Kenapa sejak kebelakangan ni ramai pelajar pertukaran masuk ke sini?"

"Aku dengar dia orang semuanya boleh tahan gak rupa...lagi-lagi yang baru masuk ni.."

"Mana?"

"Tu hah...yang pakai kemeja putih dengan pin emas dekat kolar tu.."

Terjengket-jengket kaki pelajar-pelajar perempuan di sekeliling jaring di padang itu. Asalnya mereka nak usha abang senior pasukan ragbi mereka sahaja. Sekali tu dapat tahu yang ada pelajar kemasukan baru ke pasukan itu. Mereka sendiri yang sudah lama jadi peminat kelab ragbi apa lagi..memang berpusu-pusu la jawabnya mereka berkumpul dekat situ nak tengok siapa orangnya.

Lagi-lagi lepas dapat tahu yang pelajar lelaki baru masuk itu sama tanding visualnya dengan kapten pasukan kelab bola keranjang akademi mereka.

"Tu...aku dah nampak!"teriak seorang pelajar perempuan di situ kerana terkejut gara-gara melihat wajah itu. Teruja melampau. "Arghh!Wei!Handsomenya dia!!!!"

Di tengah padang

Que berdiri dekat situ menghadap ahli pasukan ragbi juniornya. Semua bawah umur dari dia. Yang sebaya tiada latihan hari ni jadi mereka tidak dapat menemui dia. Mungkin lain masa....

"Semua kenalkan...ini adalah Que Andrea..dia adalah bekas pemain dari Kolej New West yang baru bertukar ke akademi ini atas factor peribadi dua hari lepas"

Semua di situ melangut seperti baru melihat sesuatu yang ajaib.

"...apapun mari kita sambut dengan baik kehadirannya ke sini.."ujar jurulatih dengan bersemangat.

Tepukkan gemuruh memenuhi sekitar tempat itu tidak lama kemudian.

Que memberi anggukan pada mereka sebagai tanda hormat. Sikit pun tak rasa gembira. Hatinya tawar.

"Selamat berkenalan...sila beri tunjuk ajar.."beritahunya.

"Ohh...saya ada dengar tentang pasukan senior...ianya sangat popular di sini."

"Betul...gembira dapat bertemu sendiri dengan senior.."

"Selamat datang!"

Borak mereka di situ dengan ceria.

"Kalau begitu...mulai hari ini Que akan menjadi pemain quarterback pasukan kita memandangkan Tyler sendiri masih dalam tempoh pemulihan dia atas kecederaan tulang bahunya.."

Mereka semua mengangguk kepala setuju dengan pengumuman itu.

"Terima kasih."ucap Que lagi.

Semua di situ beri senyuman gembira kerana akhirnya pasukan mereka akan menyerlah dengan kehadiran pemain quarterback popular di hadapan mereka ketika itu.

Que memandang wajah di situ seorang demi seorang. Teringat dia pada pasukan lamanya di New West. Yang sudah dianggap seperti adik beradiknya sendiri. Namun apakan daya mereka tidak menganggap diri dia seperti mana dia rasakan.

Selama sejam sesi briefing diadakan. Akhirnya Que dapat keluar dari kawasan padang itu. Mujur la kelas dia tiada sepanjang waktu briefing tadi. Kalau tidak mesti banyak yang dia akan ketinggalan.

Que jalan seorang diri merentasi kawasan padang sehingga la dia tiba di kawasan halaman bertangga. Ketika itu la telefonnya berdering menandakan ada pesanan masuk. Jadi dia berhenti sekejap dari berjalan dan keluarkan telefon dari poket kotnya.

Sebaik dia bawa skrin itu di depan muka, kening Que berkerut. Ianya adalah mesej dari Alan.

Alan :Kau ada dekat mana?

Que taip dengan laju ke skrin itu.

Padang. Kenapa?

Dring!

Alan : Aku dah beritahu Hera..yang kau ada dekat sini. Dia nak jumpa kau sekarang.."

Membaca perkataan di skrin itu buatkan Que tersentak teruja. Lantaran itu dia kembali melangkah.

Boleh...dekat mana?Aku tunggu.

Que balas pesanan itu dalam sekelip mata.

Alan : Jumpa dekat depan laman berkolam air terjun..

Seakan Alan ada di depannya, Que mengangguk kepala saat menaip skrin telefon akan balasannya. Setelah itu dia atur langkahnya ke destinasi yang dimaksudkan.

Akhirnya Hera mahu juga menemui dia!

Dia ingatkan Hera tidak mahu menemui dia langsung!

Banyak perkara yang dia mahu tanyakan kepada gadis itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience