Rate

Bab 86 : Tercari-cari

Other Completed 12432

Suasana bilik umum pengawas biasanya bising dan sibuk pada kebiasaannya walaupun ramai orang di dalamnya, tetapi tidak beberapa hari ini. Mereka yang ada di situ masing-masing mengenakan muka berenungan kosong walaupun sibuk melakukan kerja mereka.

Di depan rak buku, Kyle yang biasa menghadap buku calculus hanya duduk melunjur kaki di atas meja bermain telefon.

Diruang tengah dimana empat sofa yang disusun membentuk segi empat, duduknya Kayden orang dengan laptop di atas peha, sementara Arion membaca buku teks sejarahnya. Dan ada kalanya itu, Arion curi-curi mengerling ke Kayden. Kawannya itu kelihatan tenang dan bersahaja tanpa tunjuk sebarang reaksi seperti orang patah hati atau susah hati!

Lantas Arion palingkan kepalanya ke sisi kanan dimana Noah sedang duduk. Dia berbisik perlahan sambil meletakkan tangan di tepi mulut. "Macam mana?Ada berita tentang Hera?"

Noah yang dengar angkat kepala dari membelek cubic puzzle di tangan. "Tak...rasanya sejak Kayden dengan Hera putus...budak-budak pengawas lain tak pasang mata dekat dia...mereka dah berhenti dari memerihati"bisiknya sehalus yang mungkin.

Mendengar penjelasan itu, Arion palingkan kepala. Memandang semula ke Kayden. Entah kenapa dia yang kena peningkan kepala memikirkan masalah rakannya itu.

Kyle yang sedang tunduk memandang skrin telefon membaca laporan lama mengenai kes lama yang pernah Hera timbulkan lama dulu. Termasuk kes dimana Hera keluar masuk penjara dan banyak lagi. Membaca laporan itu buatkan dia yang menemui Hera dan lihat gadis itu sendiri depan mata, masih tak percaya yang Hera seperti yang laporan dan artikel ceritakan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi laptop ditutup dengan kuat sebelum Kayden didapati bangun secara mengejut dari sofa. Membuatkan yang lain memandang ke arah lelaki lampai berbaju mitten warna putih itu.

Kayden tunduk mengambil kot labuh paras lututnya lalu berjalan keluar dari bilik umum tersebut. Dia berjalan laku merentasi koridor dengan langkah yang luas sebelum menuruni tangga dengan lekas untuk keluar dari bangunan.

Derap langkah Kayden diselangi dengan bunyi salji di pijak. Seluruh dataran dan laman kini diselimuti salji ekoran musim sejuk yang tiba. Dan sepanjang dia berjalan, nafas Kayden naik turun kencang hingga mulutnya mengeluarkan kepulan wap setiap kali menghelakan nafasnya.

Tidak lama berjalan merentasi laman, Kayden tiba di sebuah bangunan jabatan seni. Dia kemudiannya mendaki tangga untuk naik ke tingkat tiga dimana kelas Hera berada. Sebaik dia tiba di situ, pintu itu di tolak ke dalam. Melihat ruangan yang sunyi lagikan gelap itu.

Nampaknya dia sudah terlewat!Hera pasti sudah tiada di situ lagi.

Kayden pun berpaling keluar dari kelas tersebut. Keluar saja dari situ, telefonnya pula yang dicapai. Nombor Hera cuba dihubungi. Sewaktu menunggu panggilannya di jawab, dia jalan lekas merentasi koridor tersebut untuk keluar dari bangunan itu. Dalam fikirannya mungkin Hera ada di tempat lepak kebiasaan gadis itu suka berada.

Tut!

Tut!

Tut!

Bunyi nada panggilan sahaja yang kedengaran sejak tadi,

Kayden cuba sekali lagi, dia hubungi nombor yang sama dan melangkah keluar dari bangunan tersebut. Sekali lagi Udara sejuk menyapa wajah dan telinganya. Buatkan secara automatic tangan sebelah lagi di seluk ke dalam poket kot.

"Hera...mana kau ni?"bebel Kayden semasa tunduk memandang skrin telefon dan berjalan ke depan pada masa yang sama.

Akhirnya Kayden ambil keputusan untuk ke rumah Riana. Menjangka Hera mungkin berada di situ. Selama beberapa minit memandu, dia tiba di rumah tiga tingkat itu. Laman rumah yang biasanya dihiasi dengan tumbuhan hijau dan bunga berwarna warni kini semuanya dihampar dengan salji putih. Daun pintu di ketuk beberapa kali sebelum dia menunggu seketika di situ. Tidak lama kemudian, pintu pun terbuka. Wajah dekan muncul di depan pintu.

Wanita itu kelihatan terkejut sekali!

"Kayden..."sapa Riana denngan nada kehairanan melihat kemunculan tiba-tiba Kayden ke situ. "Apa yang kamu buat di sini?"

"Maaf menganggu puan...Hera ada tak?"

"Hera baru sahaja keluar tadi...selang beberapa saat kamu tiba ke sini"

Kening Kayden terangkat sedikit kerana terkilan. "Keluar?Kemana?Dengan siapa?"

Riana buat muka serba salah sambil menjungkit bahu. "Entah la..dia tak beritahu saya pula. Tengok-tengok dia sudah keluar rumah.."beritahunya.

Bahu Kayden jatuh hilang semangat, dia lepaskan keluhan mengalahnya lantas mengangguk kepala. "Baik...terima kasih puan. Maaf kerana menganggu."dia berlalu pergi ke arah kereta meninggalkan Riana sendirian di depan pintu itu.

Sedang Riana tutup pintu itu, dia berpaling memandang ke arah anak tangga dimana gadis berhoodie kelabu dan berlegging hitam sedang duduk. "Aunt tak tahu apa yang berlaku antara kamu berdua...apa yang pasti selesaikannya baik-baik...Kayden tu anak yang baik...kalau kamu nak salahkan seseorang...salahkan aunt..sebab aunt yang berikan dia tawaran tu sebagai balasan membantu kamu"keluhnya.

Hera hanya diam mendengar kata-kata Riana. Melalui ekor matanya dia perhatikan kelibat maksunya gerak masuk ke ruang tamu. Apabila kelibat maksunya sudah tiada, baru la dia bangun dari situ dan berkejar ke arah pintu. Dia selak langsir yang menutupi kaca di tepi pintu tersebut. Hendak lihat sekiranya Kayden telah pergi atau belum.

Sekali dia pandang, Kayden sedang duduk di dalam kereta dengan kepala berada di atas stereng kereta. Rasa kasihan terbit di dalam hatinya waktu itu. Hera hanya berdiri di situ sehingga la Kayden gerak parkir kereta ke garaj rumah lelaki itu.

To much typo..here and there. Tinta try betulkan mana yg nampak la ya. Maaf sgt2. Tak dan nak recheck semua spelling dlm setiap bab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience