Rate

Bab 82 : Demand

Other Completed 12432

Keluar sahaja dari bilik, Hera di sambut oleh Alan dan Joshua. Dua orang itu sedang bersandar pada dinding berborak akan sesuatu, tetapi berhenti setelah melihat Hera di situ. Cepat-cepat dua orang itu tolak diri mereka dari dinding tersebut.

"Macam mana?Kau cakap apa je dekat Que tadi?"tanya Joshua.

Hera menjeling, dia berasa menyampah mendengar suara Joshua. Asyik-asyik Que, ingat Que sahaja kawannya.habis dia ni siapa bagi mereka?Tahu tak selama ni dia la yang pertahankan nama baik dan melindungi Alan dan Joshua. Tapi dua lelaki tak sedar di untung ini sikit pun tak pernah nak ambik kisah. Apa tahunya hanya marah dan menuduh dirinya salah. Siapa je yang tak sakit hati.

"Beritahu apa."jawab Hera semasa gerak mahu pergi.

Alan dan Joshua ikut menyusul di sisi kanan dan kiri Hera. Mereka berdua mendampingi gadis itu sepanjang perjalanan di koridor itu.

"Alah...beritahu yang kau sebenarnya ada perasaan dia la..."beritahu Alan dengan Keluhan jengkel.

Hera menjuling mata menyampah. Tangannya di silang ke dada. Giginya di laga-lagakan.

"Beritahu aku Hera...sebenarnya kau suka dekat Kayden atau tak ni?Yalah..kalau di perhatikan, kau tak Nampak macam orang yang kemaruk bercinta...sedangkan masa kau dengan Que bukan main lagi lovey dovey mengalahkan pengantin baru...tapi dengan Kayden-"soal Joshua.

Mendengar nama Kayden sekali buatkan Hera semakin merinding kerimasan. Satu hari ni, Kayden.Kayden...Kayden...muak la dengar! "Grr!"ngerangnya dengan perlahan. "Boleh tak berhenti sebut nama Kayden...Kayden..Kayden depan aku...apa masalah kau orang ni?Sekarang ni siapa girlfriend dia?Aku ke kau orang semuatak ex dia..kau..tak Que sendiri...muak la!"dia berhenti dari berjalan.

Terdiam dua orang itu bila dengar luahan tersebut.

"Fine...kau nak tahu sangat...biar aku beritahu. So lepas ni..berhenti kaitkan aku dengan dia.."renung Hera ke dua orang rakannya di depan ketika itu. Tangannya sudah mencekak di pinggang. Kot yang dipakainya di selak ke belakang sebelum itu dengan rimas.

"Pasal apa?"tanya Joshua dengan kening berkerut.

"Kayden...dia ada buat deal dengan maksu aku..a.k.a dekan akademi ni. Deal dimana kalau dia tolong aku dan kawal aku supaya behave..sebagai upahnya, dekan akan berikan dia surat rekomendasi sebagai bayarannya...yang mana aku dapat tahu tak lama sebelum ni...dan dia tak tahu yang aku tahu tentang hal ni...disebabkan rasa sakit hati aku buatkan dia soooo in love to me...so that I will dump him like a piece of trash...are you clear now?"luah Hera dengan satu nafas.

Mata Alan berkedip satu kali, Joshua pula buat muka terkejutnya.

"Haih..kenapa la aku selalu beritahu segalanya dekat kau orang sedangkan kau orang ni dua kali menyakitkan hati macam si Kayden tu..."keluh Hera sewaktu turunkan tangan ke sisi. Dia pandang bosan akan mereka berdua.

"Jadi kau couple dengan Kayden sebab nak balas balik la ni?"tanya Alan.

"Hm."angguk Hera.

Buat seketika Joshua mendiamkan diri dan pandang Hera tanpa berkedip. Selepas sesaat berlalu baru la dia bersuara. "Apa yang kau tengah rancangkan Hera?"tanya dia.

Hujung bibir Hera terjungkit sedikit.Dia pandang penuh muslihat ke Joshua. "Buat drama...kau orang nak join sekali?"tanya dia.

"Gila...memang tak la..pemilihan pemain sedang dijalankan. Aku kena jaga rekod disiplin aku."ujar Alan.

"Sama."jawab Joshua.

Hera pun menjungkit bahu tak kisah. "Well...aku tak kisah. Jangan cakap aku tak ajak pulak nanti."katanya semasa mahu berpaling pergi dari situ.

Dua orang itu hanya berdiri di situ perhatikan langkah Hera.

Tiba-tiba Hera berpaling semula."Oh ya....aku lupa. Kau orang kenal siapa Sarah?"tanya dia sewaktu pandang mereka berdua.

Kening Alan terangkat sedikit. Dia berkerut kening kerana kenal siapakah gadis itu. "Dia tu girlfriend kapten ragbi kita orang.."jawabnya.

Hera apa lagi, turut menjungkit kening jugak la. "Betina tu dah ada boyfriend?"soalnya dengan terkejut. Dah ada boyfriend terhegeh-hegeh dekat lelaki lain?Hebat betul!

"Asal kau tanya pasal dia?"tanya Joshua pula.

"Hahah...well...perempuan jalang tak sedar diri tu tampar aku dekat cafeteria tengah hari tadi. So..aku ingat nak balas balik"kata Hera semasa kembali memandang ke depan dan meninggalkan dua orang itu di belakang. Sambil berjalan dia keluarkan telefonnya dari poket kot dan mendail nombor Peguam Alastair.

Disebabkan dia kena tunjuk baik depan semua orang dan jaga air muka maksunya, Hera tak balas balik apa yang Sarah lakukan kepada dia. Sebab itu dia diamkan diri. Tapi diamkan diri Hera ni tak bermakna dia takkan balas. Dulu memang ya la...sekarang dia dah tak takut apa-apa sebab sekarang dia dah ada segalanya. Kuasa. Pengaruh. Dan paling penting harta. Dengan itu dia boleh lakukan apa-apa tanpa rasa teragak-agak!

"Hello...Alastair bercakap. Boleh saya bantu?"

"Hey mr.lawyer.ada sesuatu yang aku nak kau uruskan untuk aku.."beritahu Hera semasa berjalan keluar dari bangunan asrama pelajar lelaki itu.

"Apakah hal itu Cik Hera?"

"Cari tahu siapakah gadis bernama Sarah O'Connor ni. Aku nak semuanya secepat mungkin."

"Baik cik."

Hera berjalan menyusuri laluan pejalan kaki di kanannya dengan sebelah tangan dalam poket kot sebelah lagi menekap telefon di telinga. "Dan lagi satu...macam mana dengan rancangan yang aku mintak aku uruskan tu?Dah settle?"tanya dia.

"Sudah cik..hanya tunggu masa sahaja"

Oh really?Kalau macam tu elok la! "terima kasih untuk hal tu. teruskan kerja dengan baik. Sekarang dapatkan aku maklumat pasal perempuan tu secepat mungkin."pesan Hera.

Sekarang tengok siapa yang merangkak cari siapa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience