Rate

Bab 27 : The Meeting

Other Completed 12432

Empat pasang kaki melangkah masuk ke cafeteria dengan seragam dan serentak. Masing-masing dengan lagak dan ekpressi yang tersendiri, Kayden, Arion, Hans dan Noah berjalan masuk ke dalam kawasan lobi itu. Walaupun hanya mengenakan uniform rasmi akademi, gaya mereka kelihatan smart dan cool di pandang mata sesiapa.

Siapa tidak kenal quadruplet yang terkena di kalangan pelajar bermasalah dan orang kaya. Bukan sahaja terkenal kerana sikap prankster mereka, kumpulan ini juga terkenal dalam pasukan bola keranjang Royal Team.

"Huarghh..mengantuknya..."nguap Arion dengan muka lesu kerana berjaga malam hendak menyiapkan tugasannya. Biasalah kalau dah dilabel sebagai pelajar cemerlang dan contoh, kerja dan tugasan adalah keutamaan dia dari apa-apa hal.

Kayden yang dengar hanya tersengih, dia pandang rakannya di sebelah lalu menyinggul bahu itu. "Jadi burung hantu lagi ke?"menjadi sahabat kepada pelajar pandai ni banyak susah jugak. Yalah, kalau member asyik belajar je...nak ajak lepak pun payah juga.

"Haih..pelajar contoh kita ni...langsung tak nak mengalahkan.."seloroh Hans pula Bersama sengih mengejek. "Cuba jadi macam aku...relaks je...score ke tidak..sama je"nak pening apa, pakai saja pengaruh ibubapa dia untuk masukkan dia dimana-mana univerisiti berprestij di luar sana. Ada duit semua jalan!

Noah yang sedang mendengar lagu melalui air podnya tidak dengar akan perbualan itu. Dia mendengar lagu rock keluaran terbaru dari band kegemarannya ketika itu.

Ketika itu muncul sekumpulan pelajar perempuan, berdiri di depan laluan mereka berempat dengan tiba-tiba. Pelajar-pelajar itu dengan beria menyerahkan hadiah dan bekal makanan ke arah mereka.

"Selamat pagi senior!"sapa mereka sambil tersengih-sengih ngurat ke arah mereka berempat.

Dari Kayden, Arion, Hans dan Noah, masing-masing pandang bingung ke mereka lalu ke hadiah dan bekal makanan yang ada di depan muka. Sungguh!Mereka tidak suka dengan semua ini. Cukup la sekali dah terkena, memang tidak la nak mereka ambil sebarang pemberian dari sesiapa lagi.

Pernah ada suatu masa tu, di hari Valentine Day, pelajar-pelajar lelaki menerima coklat dari pelajar perempuan yang meminati mereka. Mereka berempat terima semua hadiah dan manisan dari peminat mereka. Sehingga la Kayden dan Noah ada termakan manisan yang di berikan oleh mereka. Dan entah macam mana, Kayden dan Noah telah keracunan makanan hingga ditahan wad selama dua hari kerana terlalu serius. Siap masuk air lagi ke badan nak bersihkan apa sahaja yang mereka makan dari badan masing-masing. Bila di siasat rupanya ada pelajar yang tidak menyukai mereka lalu letakkan sesuatu yang berbahaya pada manisan tersebut.

Nah...dari situ la Kayden dan rakan-rakan agak paranoid dengan sebarang hadiah dan pemberian dari sesiapa sehingga ke tahun akhir mereka ini.

"Terima kasih.."ucap Kayden sambil ambil semua yang ada di depan dia ketika itu.

Hans, Noah dan Arion pun berbuat perkara yang sama. Mereka ambil semua hadiah dan bekal makandan dari tangan pelajar-pelajar perempuan di situ.

Dengan giddy pelajar-pelajar perempuan di situ berlari anak meninggalkan empat orang jejaka tersebut. Teruja sangat mungkin sebab idola mereka terima pemberian mereka.

But little did they know.....

Kayden dan yang lain menyambung langkah mereka untuk ke arah lif. Dan setiba mereka di depan lif itu, masing-masing dengan bergilir buang semua itu ke dalam tong sampah depan lif tersebut. Sikit pun tiada ekspresi di wajah mereka.

Habis, terbuang semua hadiah yang dibungkus cantik dan bekal warna-warni itu dalam tong sampah tersebut.

Pada masa mereka berempat lalukan hal tersebut, ia di lihat seseorang dari belakang yang kebetulan turut hendak menaiki lif yang sama.

"Haih..dia orang ni"keluh Arion dengan kesal sewaktu tepuk tangannya setelah buang hadiahnya ke dalam tong sampah itu. "Tak faham Bahasa agaknya lepas kita cakap yang kita tak terima hadiah."

Noah gerak menekan butang lif untuk naik ke tingkat atas. Setelah itu dia berdiri sambil tunduk memandang skrin telefon.

"Haha...nak buat macam mana...nama je pun perempuan...memangnya dia orang ni jenis yang faham Bahasa ke kalau di cakap sekali.."balas Hans pada masa yang sama.

Kayden berdengus kecil sewaktu undur ke belakang hendak menunggu pintu lif terbuka. Namun saat dia mengundur ke belakang, tanpa sengaja belakangnya melanggar seseorang. Dengan terkejut dia anjak ke depan semula dengan mengejut hingga berlanggar Arion yang ketika itu sedang berdiri di depannya.

"Ma-"ucapan itu tidak dapat di habiskan oleh Kayden selepas dia pandang wajah pelajar perempuan di belakangnya ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience