keadaan arissa krtikal sekarang ini dan doktor akan membuat pembedahan dengan segera..ijazz mendapat tahu bahawa arissa masuk hospital dan akan di bedah..najwa menceritakan tentang penyakit arissa kepada keluarga arissa..penyakit arissa bertambah teruk apabila arissa berkahwin dan sering dipukul oleh ijazz sebelum mereka berpisah..
ayah arissa sangat sedih kerana bergitu derita arissa lalui kehidupan dengan ijazz..najwa yang selalu merawat arissa jika badan arissa mempunyai lebam kerana dipukul oleh ijazz..kesan daripada di pukul yang membuatkan buah pinggang arissa gagal berfungsi dengan baik..
"ya allah kenapa anak aku di uji dengan ujian yang bergitu berat sekali dan kenapa kau tidak berikan semua itu kepada aku ya allah.." ucap ayah arissa sambil menangis
"ayah..kita kena kuat demi adik dan adam sebab kita adalah semangat bagi dia untuk terus berjuang lawan semua kesakitan yang dia alami selama ini.." ucap farisya sambil memeluk ayahnya
along yang sedang dukung adam,menitik air mata apabila arissa menderita bergitu sekali..along memang tidak dapat terima apa yang ijazz buat dekat arissa..amir dan lily baru sahaja sampai di hospital..
ijazz yang datang hospital dengan niat untuk melawat arissa tetapi dia ditumbuk oleh along yang memang geram dengan ijazz..
"along cukup" ucap farisya
"sakit tak bila kau kena tumbuk" tanya along
"apa salah saya?saya datang nak tengok arissa sahaja" tanya ijazz
"apa salah kau?kau tahu tak disebabkan kau arissajadi macam tu dan disebabkan kau di terpaksa buat pembedahan untuk buang satu buah pinggang dia" ucap along
"maksudnya.." tanya ijazz
"kami semua dah tahu yang ijazz pernah pukul arissa dan kami tak sangka yang ijazz sanggup buat macam tu dekat arissa" ucap farisya
"ijazz tak tahu yang arissa sakit buah pinggang" ucap ijazz
"tak kesah lah kau tahu tau tak tapi kau tak ada hak untuk pukul dia sampaikan keadaan dia makin teruk" ucap along
amir dan lily yang baru saja datang dari cafe sambil membawa adam menuju depan bilik arissa..ijazz melihat adam yang sedang berjalan dan ingin peluknya tetapi dihalang oleh along..ijazz tahu along marahkan dia jika dekat dengan adam..
ijazz minta izin dengan ayah arissa untuk melawat arissa dan ayah arissa memberi keizinan..ijazz masuk ke bilik arissa dan melihat arissa yang terbaring lemah dan wajah arissa begitu pucat sekali..
"assalamulaikum arissa..saya datang melawat awak nie..saya memang dah lama nak jumpa awak sebab saya nak awak tahu yang saya dah tahu adam anak kita berdua..arissa saya minta maaf sebab pernah pukul dan siksa jiwa awak..memang betul apa yang awak cakap dulu,saya memang nak balas dendam dengan awak tapi saya jatuh cinta dengan awak..semoga awak cepat sembuh dan kita boleh jaga adam bersama.." ucap ijazz
ijazz yang keluar dari bilik arissa dan menuju jalan keluar tetapi di panggil oleh ayah arissa
"ijazz" panggil ayah
"ye saya" jawab ijazz
"adam mari sini dekat atok"
"yer"jawab adam
"adam..atok nak kenalkan ini ayah kandung adam" tunjuk arah ijazz
ijazz menunduk pandang arah adam sambil menangis..akhirnya ijazz dapat peluk anaknya yang selama ini disembunyikan oleh arissa..
"maafkan arissa kerana sembunyikan tentang adam,arissa buat macam tu sebab arissa tidak mahu kamu ambil adam darinya..kamu kena tahu yang selama ini adam adalah sumber kekuatan arissa untuk bangkit dari semua masalah yang pernah dia hadapi..jadi ayah harap kamu tidak ambil adam darinya selepas kau tahu siapa adam" ucap ayah arissa
"ijazz dh lama tahu yang adam anak ijazz dengan arissa tapi ijazz tahu arissa tak akan mengaku semua itu sebab takut ijazz ambil adam daripadanya..ijazz tak akan bua macam tu pada arissa..ijazz sayang arissa walaupun kami dah bercerai" jelas ijazz
farisya sebenarnya tidak setuju dengan tindakan ayahnya memberitahu ijazz tentang adam tetapi ijazz berhak tahu tentang anaknya..arissa yang setuju untuk memberitahu tentang status adam kepada ijazz..
Jam 10:30 malam..keadaan arissa semakin kritikal dan arissa akan dibedah pada malam itu juga..najwa tidak dapat turut serta dalam pembedahan kerana penyakit arissa di handle oleh doktor zamarul..
Share this novel