BAB 5

Romance Completed 10600

Arissa melelapkan matanya yang sudah bengkak kerana menangis..arissa tidur dalam keadaan sedih..najwa yang masih tertanya-tanya siapa yang ingin berjumpa dengannya itu..

Keesokan pagi,arissa joging di taman yang berhampiran dengan rumahnya itu samil mengambil udara yang segar..arissa tidak sangka akan berjumpa dengan Daniel iaitu kawan satu universitinya dulu..

"awak arissa kan" tanya daniel yang menghampiri arissa
"yer saya arissa,awak siapa" jawab arissa
"saya danial lah,kawan satu universiti awak dulu"
"ouuhh daniel,saya ingat awak"
"awak sorang ker"
"yer lah saya sorang"
"awak kerja mana sekarang daniel"
"saya kerja dekat Cyberjaya"
"ouhh"
"awak kerja mana sekarang"
"saya kerja dekat Putrajaya,tak perlah saya gerak dulu yer..saya ada hal lepas nie"
"baik lah,bye"
"bye"

selepas balik dari joging,arissa membersihkan diri dan bersiap untuk ke Hospital Putrajaya untuk berjumpa dengan najwa..arissa berharap agar dapat berjumpa dengan najwa pada hari ini..sebenarnya arissa takut untuk jumpa dengan najwa kerana arissa tahu akan kesalahannya yang tinggalkan dia dissat itu najwa sedang menjalani pembedahan..

Sampai sahaja di hospital,arissa menunggu najwa di ruang menunggu kerana tidak mahu mengganggu najwa yang sedang bekerja..jururawat yang berada di kaunter pendaftaran memberi tahu najwa bahawa ada yang ingin berjumpa dengannya di ruang menunggu..najwa pun berjalan menuju ruang menunggu dan berjumpa dengan arissa..

"assalamulaikum cik...cik nak jumpa saya ke.."
arissa bangun dan menoleh ke arah najwa dan menjawab pertanyaannya..
"walaikumsalam,ye saya nak jumpa dengan Doktor Najwa Shahirah.."

wajah najwa yang terkejut melihat arissa berda di hadapannya...mereka berpelukan kerana terlalu lama tidak berjumpa..air mata yang tidak dapat dibendung membahasi pipi mereka yang sudah lama ditahan..mereka menangis kerana terlalu rindu antara satu sama lain..mereka melepaskan pelukkan itu dan duduk

"ari bila kau balik sini"
"dah dekat 2 minggu aku balik sini"
"2 minggu tap kenapa kau tak jumpa aku"
"sorry najwa...sebenarnya aku memang nak jumpa kau tapi aku takut kau masih marahkan aku pasal aku tinggalkan kau masa kau buat pembedahan tu..."
"ari...aku dh baca mesej yang kau hantar sehari sebelum kau bertolak ke UK tu..jadi aku tak marahkan kau tapi aku sedih sebab tak dapat ada dengan kau masa kau sedih"
"najwa,aku okey dan sekarang aku dah balik untuk mulakan hidup baru dengan family aku kat sini...lama sangat aku tinggalkan family aku kat sini.."

Mereka bersembang apa yang berlaku selama lima tahun itu...arissa tidak pernah lupa tentang Najwa dan sering ambil tahu tentangnya biarpun jauh...hampir 3 jam mereka berbual dan arissa ingin balik kerana tidak mahu mengganggu Najwa kerja...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience