Sebelum balik,arissa menziarah kubur ibunya dulu..
"ibu..maafkan arissa sebab dah lama tak datang tengok ibu kat sini sejak arissa dah kerja..ibu nak tahu tak yang arissa akan kahwin tak lama lagi..tinggal beberapa hari sahaja lagi arissa akan jadi seorang isteri..semoga ibu tenang di sana..arissa akan sentiasa doakan ibu" ucap arissa sambil mengalir air mata
arissa masih tidak menghidupkan telefonnya kerana dia tahu ada yang akan marah padanya keran tidak balik rumah..arissa dalam perjalanan balik ke putrajaya..along dapat maklumat dari kawannya yang arissa sedang menuju ke putrajaya..
"paksu jangan risau,adik dalam perjalanan balik sini" ucap along
"mana kamu tahu nie" tanya ayah arissa
"kawan along bagi tahu yang adik balik sini" jawab along
"tak apa lah.kita tunggu dia balik dulu" ucap ayah
arissa berhenti di taman dan melihat pemandangan yang indah sambil berjalan-jalan sebelum balik dan akan menempuh kemarahan orang di rumahnya..arissa masih mencintai ijazz tetapi arissa terpaksa kahwin dengan lelaki yang dia sendiri tidak kenal..arissa memandu kereta menuju rumah dan meletakkan kereta di belakang kereta along..
arissa berjalan masuk kedalam rumah dan menaiki satu per satu anak tangga dengan pandangan yang kosong..tiba-tiba arissa ditegur oleh farisya yang sedang duduk di ruang tamu..
"arissa natasya" ucap farisya
"ada apa" jawab arissa
"ada apa kau tanya..kau pergi mana sampai tak balik rumah"tanya farisya
"adalah..bukan urusan kau pun" balas arissa
"kau tahu tak,sikap kau buatkan semua orang risau" marah farisya
"nak risau apa,aku dah besar dan mana aku nak pergi bukan urusan kau" jawab arissa dengan nada marah
"cukup" tengking ayah
"cuba selesaikan elok-elok,bukan dengan bergaduh macam nie" marah ayahnya
"adik minta maaf sebab dah buat semua orang risau,tapi adik tak pergi mana pun cuma balik kampung kejap..ziarah kubur ibu sebab dah lama adik tak balik sana,adik rindukan ibu..itu sahaja..adik tahu yang adik akan kahwin daam beberapa hari lagi tapi tak perlu nak kongkong adik sampai macam nie..adik penat kalau semua benda adik nak buat,nak kena minta izin dengan semua..biarlah adik habiskan masa dengan lakukan apa yang sepatutnya..adik balik kampung sebab adik rindukan ibu,adik minta restu dekat kubur ibu sebab adik nak kahwin tak lama lagi" jelas arissa sambil menangis..
arissa berlari menuju bilik dan menguncikan pintu kerana terlalu sedih kerana diperlakukan bergitu oleh keluarganya..arissa sedar yang dia akan berkahwin tetapi biarlah dia habiskan masa single dengan apa yang sepatutnya..
farisya terdiam apabila mendengar apa yang arissa jelaskan kepadanya..ayah arissa tahu hatinya sedang hancur berderai seperti kaca kerana terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak pernah dia kenal...
"adik..ayah minta maaf sebab dah paksa adik untuk kahwin denan pilihan ayah tapi ayah buat ini semua untuk kebaikan adik juga..ayah tahu hanya ijazz yang mampu bahagiakan adik kerana ayah tahu hati adik hanya mencintai ijazz seorang" ucap ayah arissa sambil menatap gambar arissa di dalam biliknya
ijazz menghubungi arissa tetapi tidak dijawab kerana arissa mematikan telefonnya..lily dan amir yang baru sahaja sampai melihat along sedang duduk di sofa dan merasakan sesuatu yang pelik dengan suasana rumah itu..
"apa yang dah jadi dekat sini" tanya amir
"adik gaduh dengan farisya" jawab along
"sebab apa" tanya lily
"semalam adik tak balik rumah,lepas tu dia off telefon.tu yang farisya marah sangat kat adik" jelas along
"macam tu pulak dah" ucap amir
"tu lahh..adik balik kampun,ziarah kubur maksu tapi tak bagi tahu sesiapa sebab adik nak privasi tapi farisya asyik kongkong dia sampaikan adik naik rimas" balas along
"memang lah adik dah nak kahwin tapi jangan sampai nak kongkong dia.." ucap lily
"entah lah..masing-masing ada jer dalam bilik,masih tak keluar lagi..tu yang senyap jer rumah.pak su pun masuk bilik lepas adik masuk bilik dan sampai sekarang tak keluar lagi"ucap along
matahari kian menghilang menandakan hampir malam..arissa masih lagi dalam bilik dan tidak keluar..farisya mengetuk pintu bilik arissa tetapi tiada jawapan yang dia terima..ijazz menghubungi arissa dan akhirnya arissa menjawab panggilan tersebut.
"assalamualaikum"ucap arissa
"walikumsalam sayang" jawab ijazz
"ada apa call sayang" ucap arissa dengan suara serak
"kenapa abang call sayang banyak kali tak jawab..sayang menangis ker nie"balas ijazz
"sayang balik kampung kejap,ziarah kubur ibu sebab dah lama tak balik" jelas arissa
"tapi kenapa dengan suara sayang tu,mesti baru lepas menangis kan,jangan nak tipu abang" ucap ijazz
"sayang gaduh dengan akak sebab semalam sayang tak balik rumah,lepas tu sayang matikan phone"balas arissa
"akak marah sebab dia risaukan sayang..bukan hanya akak je yang risau,abang pun risau takut sayang lari dan tak nak kahwin dengan abang" ucap ijazz dengan senyuman
"sayang tahu tapi sayang nak masa untuk diri sendiri sebelum sayang kawin dan sayang nak dia faham semua tu" ucap arissa
"sayang ada cakap macam tu tak dengan akak" taya ijazz
"tak ada" jawab arissa
"dah tak mahu lah sedih nanti dah tak cantik bakal isteri abang nie"ucap ijazz sambil tertawa
"abang nak cakap sayang tak cantik lah,macam tu ker" tanya arissa
"amboi marah ker sayang ku" tanya ijazz
"marah lah" jawab arissa
ijazz dapat membuat arissa tersenyum dan tertawa semula..arissa dan farisya sudah berbaik..haziq lega melihat kedua-duanya sudak berbaik balik walaupun sempat risau jika mereka masih bergaduh lagi..
ramai saudara sudah sampai dan akan menginap di rumah mereka kerana tidak mahu menyewa hotel yang kos-nya terlalu tinggi..ijazz rasa bersalah kerana telah menipu arissa tentang siapa sebenarnya dia..ijazz takut kalau arissa kan membencikannya jika tahu bahawa ijazz menipu dia selama ini..
Share this novel