Malam berinai arissa berjalan seperti biasa dan lancar..selepas berinai,ijazz ingin berterus terang dengan arissa siapa dia sebenarnya tetapi ijazz takut ariss tidak dapat menerimanya sebagai bakal suami..arissa bersembang dengan sepupunya sehingga pukul 12:45 pagi dan arissa masuk kedalam bilik untuk berehat kerana esok adalah hari penting buatnya..
Terlihat arissa sedang berdiri di koridor sambil melihat matahari terbit..arissa takut untuk menjadi seorang isteri dan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi..arissa mendapat whatsapp daripada ijazz..
"adakah sayang akan terima abang walau siapa pun abang,bila kita dah nikah nanti" tulis ijazz
"sayang akan terima abang,walau siapa pun abang dan sayang harap abang dapat terima kekurangan sayang" balas arissa
arissa memejamkan mata apabila sahaja matahari menyinari mata dan terasa sangat sebak bila ingat akan kata-kata najwa..arissa berasa serba salah kerana hatinya hanya milik ijazz tetapi sekarang arissa kena terima hakikat bahawa dia akan menjadi milik orang lain..
ayah arissa tahu arissa sedang gelisah kerana ini kali pertama dia akan berjumpa dengan tunangnya yang hanya kenal memlalui telefon sahaja..arissa menikah selepas waktu dzuhur..semasa arissa sedang di make up oleh mua,tiada seiapa yang boleh masuk kedalam bilik kerana akan mengganggu fokus sahaja..
selesai make up,arissa dapat whatsapp daripada ijazz..
"assalamulaikum arissa,selamat pengantin baru dan semoga bahagia sampai jannah..saya doakan awak bahagia bersama pasangan serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..saya harap awak pun doakan saya semoga bahagia..sekali lagi saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU ARISSA NATASYA"
Arissa mengalirkan air mata apabila membaca whatsapp yang di hantar oleh ijazz kepadanya..najwa memeluk arissa dan tahu apa yang arissa rasakan sekarang ini tetapi ini adalah keputusan yang arissa pilih untuk dirinya..najwa tidak bisa berbuat apa-apa untuk membantu arissa pada saat ini..
arissa dan najwa keluar dari bilik menuju ruang tamu tetapi ayah arissa dapat merasakan kesedihan yang arissa pendam di dalam hatinya itu...mata arissa terlihat merah seperti baru lepas menangis..
Mereka bergerak menuju masjid dimana tempat arissa bernikah..dalam perjalanan,arissa hanya memandang luar dan berdiam diri sahaja..ayah arissa memegang tangan arissa dan arissa menoleh sambil tersenyum..ijazz juga dalam prjalanan menuju masjid dan sampai terlebih dahulu daripada arissa..
arissa mengenakan baju berwarna putih dan berniqab..sememangnya sangat santik dan sepadan dengan ijazz..mereka masuk kedalam masjid dan duduk pada tempat yang relah disediakan..hati arissa sungguh gelisah dan tidak tenang..
acara akad nikah dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja..ijazz berselawat agar hatinya tenang dan tidak mengelabah..taufiq dan juga sarah turut menghadiri majlis akad nikah tersebut..ayah arissa menghulurkan tangan ke arah ijazz dan mengucapkan lafaz akad..
"Muhammad Ijazz Ezwan Bin Saifuddin" ucap ayah arissa
"ye saya" balas ijazz
"aku nikahkan dikau dengan anak perempuan aku Nur Arissa Natasya Binti Abdul Rahman berwalikan aku dengan mas kahwinnya RM300 tunai" ucap ayah arissa
"aku terima nikahnya Nur Arissa Natasya Binti Abdul Rahman dengan mas RM300 tunai" jawab ijazz
"sah" ucap saksi
tok kadi membaca doa selepas nikah dan ijazz perlu menunaikan solat sunat..semasa itu arissa tahu yang dia telah menjadi milik orang..melihat ayahnya yang menikahkan,air mata arissa mengalir kerana sebak..selesai ijazz menunaikan solat sunat,mereka akan melakukan acara menyarung cincin tanda batal air sembayang..
ijazz berjalan menuju arissa dan membuatkan najwa terkejut..
"ijazz jadi suami kau"bisik najwa
arissa memandang ijazz yang pelahan duduk dihadapannya..mata ijazz terlihat berair seperti sedang menahan sebak..arissa terkejut dan tak mampu untuk berkata apa-apa..
ijazz sarungkan cincin di jari manis arissa serta membuka niqab arissa dan terlihat wajah arissa yang bergitu cantik sekali..arissa salam ijazz seperti mana dikata oleh mertuanya..selesai majlis akad,mereka balik ke rumah arissa dan menikmati sedikit jamuan makan..
Share this novel