BAB 40

Romance Completed 10600

Lima jam arissa dalam bilik pembedahan dan kini mereka masih menunggu berita tentang arissa..adam sudah tidur di pangkuan ayah long kerana baru sudah menangis..danish baru sahaja sampai dari universiti bersama damia ingin tahu bagai mana keadaan maksunya itu..

doktor zamarul keluar dari dewan bedah berjalan menuju keluarga arissa..najwa bangun apabila melihat doktor kamarul..

"keluarga arissa" tanya doktor

"macam mana dengan anak saya doktor" tanya ayah arissa

"alhamdulillah..pembedahan berjalan dengan lancar dan arissa selamat cuma "

"cuma apa doktor" tanya farisya

"cuma keadaan dia masih tidak stabil dan tidak sedarkan diri..kami akan masukkan arissa di wad ICU" jelas doktor

najwa tidak percaya dengan apa yang doktor kamarul ucapkan kerana dia tahu arissa sangat kuat..ayah arissa terduduk apabila tahu keadaan arissa..danish dan damia menangis apabila tahu yang arissa akan dimasukkan ke ICU..

danish dan damia memang sayangkan arissa sebab arissa selalu ceriakan mereka dimasa mereka kecil..adam terjaga dan memanggil arissa..mereka semua tidak mampu menahan air mata apabila adam mencari ibunya..

along yang memujuk adam agar tidak terus menangis..arissa dibawa dari bilik bedak ke wad ICU di iring oleh keluarga..

mereka semua balik rumah untuk berehat dan bersihkan diri..farisya tidurkan adam di bilik arissa..masa farisya ingin keluar,matanya tertarik dengan sesuatu..farisya membuka laci meja dan menemukan sebuah buku catatan harian arissa..farisya membaca buku itu..

13 NOVEMBER
entah kenapa aku rasakan sesuatu yang pelik pada diri ini..semoga aku kuat untuk menghadapi dugaan ini..adam anak ibu yang baik adalah semangat ibu dan akan menjadi anak yang baik..

14 NOVEMBER
maafkan ibu adam sebab tak pernah cerita tentang ayah pada adam..ibu cuma tak mahu adam tinggalkan ibu,cukup ayah yang tinggalkan ibu..ibu tahu yang ayah tahu sebenarnya adam ini anaknya tetapi ayah takut ibu bawak lari adam dan halang ayah untuk jumpa adam..masa umur adam 2 minggu,ayah dapat dukung adam..masa tu ayah happy sangat,ibu tak halang ayah untuk jumpa adam tapi adam jangan tinggalkan ibu.

16 NOVEMBER
doktor kamarul bagitahu yang aku perlu segera membuat pembedahan kerana keadaan aku sudah teru tetapi aku tidak mahu kerana aku takut yang aku tidak dapat melihat adam lagi..lagipun aku nak tengok adam membesar dan menjadi orang yang berguna sama macam ayah dia..

17 NOVEMBER
wajah adam saling tak tumpah wajah awak ijazz..saya akan temukan awak dengan dia bila samapai masanya nanti.maafkan saya sebab saya tak berterus terang dengan awak dulu..saya pernah mengandung anak pertama kita tetapi allah lebih sayangkan dia sebab masa tu awak pukul saya sampai berlakunya pendarahan dan saya gugur..bila saya mengandungkan adam,saya tidak mahu awak tahu kerana saya takut kejadian itu berlaku lagi..

farisya menangis apabila tahu yang arissa pernah mengalami keguguran akibat dipukul oleh ijazz..farisya tidak sangat yang arissa bergitu kuat untuk mengharugi segala dugaan..haziq melihat farisya yang sedang menangis dan terus memeluk farisya..

"kenapa nie" tanya haziq

"saya sedih..kenapa adik saya diuji dengan dugaan yang bergitu berat sekali" ucap farisya sambil menangis

"maksud awak apa" tanya haziq

"adik pernah keguguran sebab dipukul oleh ijazz" jawab farisya

"astaga..betul ke nie" tanya haziq

"betul" sambil menghulur buku catatan arissa

haziq membaca dan tak sangka ijazz sanggup buat arissa macam tu sekali..farisya memang tak akan maafkan ijazz kerana buat arissa bergitu..najwa masih lagi berada di sisi arissa dan menunggu arissa bangun tetapi arissa masih tidak sedarkan diri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience