Jam menunjukkan pukul 4 pagi tetapi arissa masih tidak tidur lagi kerana sibuk semak dokumen kerja...arissa tidak sedar waktu berputar bergitu cepat sehingga dia tertidur di meja kerjanya sehingga pagi...Farisya yang sedang bersiap untuk pergi kerja sempat bangunkan arissa yang sedang tidur...
Arissa bangun dah sambung tidur di atas katil sehingga pukul 4 petang...banyak panggilan masuk tetapi tiada satu pun yang arissa jawab...arissa tidak layan satu pun pangillan yang masuk dan membiarkan telefonnya berdering sahaja..
Seminggu kemudian...
Arissa sudah mula berkerja dan sentiasa sibuk serta selalu balik lewat malam...ayah arissa risau tengok keadaan arissa yang terlalu fokus dengan kerja takut arissa sakit...selama arissa berada di UK sememangnya arissa seperti itu,fokus dengan pekerjaannya sehingga ada kalanya mengabaikan kesihatan..
Arissa sengaja sibukkan dirinya dengan kerja kerana tidak mahu teringat kisah lama...sedar tak sedar usia arissa kini sudah menceceh 26 tahun dan seringkali ditanya bila akan berkahwin tetapi arissa hanya berdiam diri...
Keesokan harinya di Pejabat..
"Selamat pagi cik arissa" sapa Syakila
"Selamat pagi Syakila" jawab arissa
"Pagi ini cik arissa ada metting dengan syarikat Maju Holding dan petang ada metting dekat Port Klang dengan pembekal...itu sahaja cik arissa" jelas syakila tentang jadual arissa
"Baiklah Syakila..nanti awak ikut saya pergi port Klang"
"Baik cik arissa...ada apa-apa lagi"
"Tak ada...awak boleh sambung buat kerja awak"
Arissa keluar dengan syakila menuju Port Klang kerana ada urusan dengan pembekal..walaupun arissa masih baru di syarikat Putrajaya tetapi arissa sudah selidik semua maklumat sebelum membuat apa-apa keputusan atau rancangan..selesai urusan di Port Klang,arissa dan syakila balik ke pejabat dan meneruskan kerja yang tertangguh..
syakila mengambil fail projek di Port Dickson dan menyerahkan kepada arissa kerana projek itu akan di submit minggu depan..
"cik arissa ini fail projek di Port Dickson"
"awak letak dekat atas meja saya"
"baik cik arissa..Tan Sri ada bagi tahu saya yang projek ini akan di uruskan oleh pengarah dari syarikat berkenaan"
"siapa pengarah yang awak maksudkan tu"
"Encik Ijazz Ezwan"
"what...ijazz ezwan"
"Yer cik arissa..cik arissa kenal ker dengan Encik Ijazz"
"No...tak per lah,awak boleh keluar yer"
"baik cik arissa"
arissa terkejut kerana dia akan bekerjasama dengan ijazz iaitu lelaki yang sangat dia benci..arissa menyandarkan badannya di kerusi dan memegang kepalanya bukan kerana pening tetapi dia tidak suka untuk berhadapan dengan lelaki yang dah merendahkan maruahnya sebagai seorang perempuan..
arissa berasa menyesal kerana terima untuk menguruskan projek itu...sedar tidak sedar waktu berjalan bergitu pantas dan matahari kian menghilang tetapi arissa masih lagi di pejabat..
Share this novel