Ijazz menunaikan janjinya dengan membawa qistina berjumpa dengan arissa di hospital...arissa tidak tahu yang ijazz datang bersama qistina..
"Assalamulaikum" ucap ijazz
"Walaikumsalam" jawab arissa
"Saya kenalkan,ini qistina isteri saya" ucap ijazz
"Hai saya arissa" balas arissa
"Ini bekas isteri saya yang saya ceritakan pada awak tu" jelas ijazz
"Qistina..awak jangan salah faham dengan hubungan saya dan ijazz..memang kami pernah berkahwin tetapi sudah lama bercerai.." ucap arissa
"Tapi siapa budak lelaki tu" tanya qistina
"Ini Muhammad Adam Iskandar anak saya dan ijazz" balas arissa
"Jadi betul lah awak nie isteri pertama ijazz" tanya qistina
"Betul..saya bekas isteri pertama ijazz...ijazz ceraikan saya sebab saya dapat tahu yang dia berkahwin dengan awak...saya yang minta ijazz lepaskan saya..masa tu saya tak sedar yang saya sedang mengandungkan adam" jelas arissa
"Maknanya saya yang rampas kebahagiaan awak arissa..saya rampas suami awak masa tu" ucap qistina
"Perkara sudah berlaku..saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini..semua sudah tertulis"balas arissa
Arissa dan qistina berbaik kerena mereka berdua adalah ibu kepada anak-anak ijazz...walaupun arissa bukan lagi isteri ijazz tetapi dia tetap ibu kepada adam..alhamdulillah adam dah dibenarkan pulang kerana suhu badan adam kembali normal..adam sentiasa teman arissa di hospital..
Along membawa buah untuk arissa..adam sedang mewarna sambil ditemani oleh arissa..along masuk ke bilik arissa dan nampak ada adam yang sedang duduk di atas katil bersama ibunya..
"Adam....ayah long datang" ucap along
Adam terus turun dan peluk ayah long sebab rindu..
"Ayah long pergi mana,lama tak datang sini" tanya adam
"Ayah long kerja lah sayang..kenapa rindu ayah long erkk" tanya along
"Mesti lah rindu sebab ayah long selalu bawak adam jalan-jalan" balas adam
"Adik macam mana hari nie" tanya along
"Alhamdulillah semakin baik cuma wayar jer belum cabut" ucap arissa
"Along ada bawak buah..makan lah"balas along
"Terima kasih along" jawab arissa
Alhamdulillah keadaan arissa semakin pulih..seminggu kemudian,arissa boleh keluar hospital tetapi masih perlukan rawatan..adam membantu ayah long menolak kerusi roda menuju kereta..adam duduk di bahagian belakang dan arissa di hadapan..
Sampai di rumah,ayah arissa sudah menunggu kepulangan arissa kerana hampir 1 bulan arissa berada di hospital...arissa berehat dan ditemani adam yang menjaganya walaupun adam baru berusia tujuh tahun..
Ayah dan ibu ijazz datang untuk melawat arissa dan berjumpa dengan adam..ibu ijazz tidak sangka yang arissa mampu membesarkan adam tanpa ijazz..ibu ijazz mahu arissa berikan adam kepada ijazz kerana ijazz mampu jaga adam lebih baik..
*Ibu rasa arissa bagi saja adam pada ijazz"
"Apa maksud ibu nie" tanya arissa
"Ibu nak ijazz tuntut hak penjagaan adam"
"Arissa tak akan benarkan sama sekali dan benda tu tak akan berlaku"
"Ijazz ada hak terhadap adam jugak arissa"
"Hak mak cik cakap..makcik nak tahu tak yang sebenarnya ijazz tu pembunuh..bunuh anak sendiri"ucap farisya
"Kau jangan kurang ajar"
"Makcik tahu tak sebenarnya adik saya pernah alami keguguran sebab ijazz pukul dia tanpa sebab" balas farisya
Arissa terkejut apabila farisya berkata bergitu..arissa tidak akan sesekali lepaskan adam untuk ijazz jaga..arissa sanggup mati daripada serahkan adam pada ijazz..ibu ijazz tetap nak hak penjagaan adam jatuh pada ijazz..
ijazz tidak tahu yang ibunya buat bergitu..ibu ijazz memberi duit sebanyak RM 300 Ribu untuk arissa lepaskan adam pada ijazz..arissa tidak terima duit itu lalu membawa adam masuk ke dalam bilik..
"mulai hari ini saya larang awak untuk berjumpa dengan adam dan awak buka lagi ayah kepada adam..saya tak izinkan awak untuk dekat dengan adam lagi" mesej arissa kepada ijazz
ijazz terkejut apabila mendapat mesej tersebut..dia pelik kenapa dengan tiba-tiba arissa berubah dan tidak benarkan ijazz berjumpa adam..ijazz datang rumah ayah arissa dan ingin berjumpa dengan arissa tetapi arissa tidak mahu berjunpa dengannya..
"assalamulaikum arissa" ucap ijazz
"walaikumsalam" jawab farisya
"kak saya nak jumpa dengan arissa" balas ijazz
"arissa tak nak jumpa dengan kau" jawab farisya
"kenapa arissa halang saya untuk jumpa dengan adam" tanya ijazz
"kau tanya pada ibu kau..apa yang dia dah buat..jangan datang sini lagi..adam bukan lagi anak kau" ucap farisya
"kak bagi lah saya jumpa arissa dan adam..kak...kak.." jerit ijazz
ijazz balik dan berjumpa dengan ibunya..kenapa farisya kata tanya pada ibu..apa yang telah berlaku sebenarnya ini..ijazz keliru..arissa tak sanggup untuk kehilangan adam..farisy mengintai arissa dari luar bilik dan melihat arissa sedang menangis sambil membelai adam yang tidur lena..
Share this novel