Hari yang sungguh penat bagi arissa kerana jadualnya terlalu padat sehingga tidak sempat lunch..arissa sampai rumah jam 10:30 malam..arissa tidak larat untuk berjalan kerana kakinya terlalu sakit dan terlihat bengkak disebabkan banyak berjalan..arissa merangkak untuk menaiki tangga kerana tidak larat untuk berjalan..ayah arissa terkejut melihat keadaan arissa..
" Ya allah..adik kenapa nie"
"Kaki sakit sangat"
"Dah ayah hantar masuk bilik"
"Haziq...haziq...tolong ayah kejap" panggil ayah
"Ehh kenapa nie ayah" tanya haziq
"Adik tak larat jalan,kaki bengkak"jawab arissa dengan lemah
"Ayah..kenapa dengan adik nie" tanya farisya
"Tak tahu lah..ayah nampak dia merangkak naik tangga tadi,lepas tu muka dia pucat lesu macam tu" balas ayahnya
"Tak per..biar akak periksa keadaan dia" ucap farisya
Beberapa minit kemudian,farisya keluar dari bilik arissa dan memberitahu bahawa keadaan arissa okey cuma arissa kepenatan sahaja..ayah arissa berasa lega apabila mendapat tahu bahawa arissa baik-baik sahaja..farisya turun ke dapur untuk buatkan arissa bubur kerana dia tahu arissa bukan sahaja terlalunpenat tetapi dia juga mengalami gastrik kerana tidak makan..
"Sayang..awak buat apa tu" tanya haziq
"Saya tengah buat bubur"jawab farisya
"Sayang ngidam ker"balas haziq
"Eh tal lah..untuk adik.."jelas farisya
"Ouhh..untung adik dapat kakak yang baik macam sayang nie"puji haziq
Haziq yang menggangkat dulang mengikuti farisya ke bilik arissa untuk menghantar bubur..arissa yang baru sahaja sedar dari pengsan,melihat kakak dan abang iparnya ada di dalam biliknya..
"Buat apa kat sini"tanya arissa dengan suara yang lemah
"Kau pengsan tadi"jawab farisya
"Aku okey lah..tak payah risau" balas arissa
"Tak payah nak tipu lah..kau tu lemah lagi pastu tak makan...tu yang jadi macam nie"jelas farisya
"Dah lah...pergi rehat,semak jer kat sini"halau arissa
"Sedap jer kau halau aku,tu ada bubur..jangan lupa makan dan makan ubat terus jer rehat...faham" jawab farisya
"Yer lah" ucap arissa
Arissa memang sengaja halau kakaknya keluar dari bilik kerana tidak mahu mengganggu rehat farisya yang sedang mengandung..arissa bangun dan membersihkan diri dahulu sebelum makan kerana tidak selesa..arissa tahu yang farisya sayangkannya tetapi hanya sikap kasar menutupi segalanya bergitu juga dengan arissa..
ijazz menghubungi arissa tetapi tidak dijawab..arissa sudah tidur kerana baru sahaja lepas makan ubat...telefon arissa berdering tetapi tidak dijawab sama sekali...ayah arissa tidak mahu mengganggu arissa berehat dan menambahkan lagi masalah...
Keesokan hari...arissa meminta along untuk membawa wana ke rumah untuk berbincang soal pinjam duit..walaupun arissa masih kurang sihat tetapi dia tetap tunaikan janji dia yang ingin menolong walaupun pada mulanya terpaksa..ayah arissa pelik kenapa along datang bersama wana ke rumah..
"Bila sampai..tak cakap pun nak datang"tanya ayah arissa
"Adik suruh bawak wana datang hari nie" jawab along
"Adik" balas ayah
"Yer..memang adik yang suruh along bawak kak wana datang" sambil berjalan menuju sofa
"Elok-elok..kaki tu masih bengkak lagi" ucap ayah
"Baik" jawab arissa
"Dik..kenapa kaki tu bengkak"tanya along
"Terlalu banyak berjalan" jawab arissa
Farisya sudah pergi kerja yang dihantar oleh suaminya..ayah arissa kerja shif petang dan ada waktu lapang di pagi hari dan boleh teman arissa di rumah...arissa menghulurkan faik yang berisi surat perjanjian untuk wana baca sebelum tandatangan..wana membaca perjanjian itu dan mensetujuinya lalu menurunkan tandatangan di surat perjanjian itu..arissa memberi pinjam sebanyak RM 60 ribu kepada wana dan menebus anaknya di kelab malam..
Share this novel