BAB 18

Romance Completed 10600

Lepas arissa jumpa dengan ijazz..arissa terserempak dengan along dan amir semasa keluar dari cafe tersebut..arissa tidak dapat mengelak daripada along dan amir kerana tahu mereka akan tanya apa arissa buat di cafe itu..

"adik buat apa dekat sini" tanya along

"arhh adik..adik.." jawab arissa tergagap

"buat apa kat sini"tanya along dengan nada marah

"jumpa kawan" balas arissa

"ouhh kawan yer" ucap amir

"adik balik dulu lah yer,dah malam dah" balas arissa

"okey" balas amir

arissa tak berniat untuk tipu mereka pasal jumpa kawan tetapi arissa terpaksa sebab takut along marahkan dia..arissa balik ke rumah terus kerana esok arissa kerja dan banyak kerja tertangguh disebabkan arissa ambil cuti selama 3 hari..sampai sahaja di rumah,arissa duduk di sofa ruang tamu dan memikirkan tentang apa yang ijazz katakan kepadanya di cafe tadi..

"kenapa dia cakap macam tu..apa yang dah jadi sebenarnya kat dia sampai dia cakap macam tu..apa yang aku buat sampaikan dia berterima kasih macam tu sekali" ucap arissa dalam hati

keesokan harinya arissa sedang bersiap untuk pergi kerja tetapi arissa terdengar bunyi dari arah luar bilik..tanpa lengah arissa keluar dan mendapati kakaknya jatuh dihadapan pintu..arissa membawa kakaknya ke hospital dan menghubungi abang iparnya dan meberitahu bahawa isterinya berada di hospital..

arissa menghubungi syakila dan memberi tahu dia tidak akan masuk office hari ini kerana kakaknya masuk hospital dan batalkan semua mesyuarat serta temujanji..walaupun arissa bersikap dingin dengan kakaknya tetapi arissa tetap sayangkan kakaknya..hampir 1 jam menunggu di luar bilik kecemasan untuk tahu tentang keadaan kakaknya tetapi doktor masih merawatnya..tak lama kemudian haziq sampai di hospital dengan ayah arissa..

"adik macam mana keadaan akak" tanya haziq

"tak tahu..doktor pun masih tak keluar lagi" jawab arissa

"macam mana boleh jadi macam nie" tanya ayahnya

"akak jatuh depan bilik,masa adik tengah siap nak pergi kerja" balas arissa

mereka masih menunggu di depan bilik kecemasan dan berharap agar farisya akan selamat..tak lama kemudian,doktor pun keluar dan memberitahu tentang keadaan farisya..

"keluarga pesakit" tanya dokter

"yer..saya suami dia doktor" jawab haziq

"keadaan puan farisya sangat lemah sekarang ini dan perlukan banyak rehat" jelas doktor

"Isteri saya sakit apa " tanya haziq

"tahniah..puan farisya mengandung 2 minggu" ucap doktor

"betul ker nie" tanya haziq

"betul encik"

Mereka semua masuk kedalam wad dan bertemu dengan farisya..farisya telah mnegetahui bahawa dia sedang mengandung..haziq sangat gembira kerana akan menimbang cahaya mata yang ketiga..dalam kegembiraan itu terselit satu perasaan sedih yang sangat dalam..

Arissa keluar daripada bilik kakaknya dan menuju keluar hospital...arissa memandu menuju office walaupun dia sudah beritahu syakila yang dia tidak masuk office hari ini..arissa sebenarnya sebak kerana kakaknya sudah bahagia dan akan menimbang cahaya mata yang ke tiga..

walaupun bergitu,arissa cukup terasa yang membuatkan air matanya mengalir..sampai sahaja di office,arissa terus masuk ke biliknya dan duduk di kerusi mengadap luar...syakila bergegas masuk ke dalam bilik arissa

"Cik arissa" panggil syakila

"Awak tolong ambil semua fail yang tertangguh dan letak atas meja saya..lepas tu buatkan saya hot coklat" balas arissa

"Baik cik arissa" jawab syakila

Syakila mengambil semua fail kerja yang arissa minta dan letak di atas meja berserta hot coklat..syakila memerhati arissa yang berkelakuan pelik pada hari ini dan tidak seperti biasa..

"Dah tak ada kerja ker..sampai dok tenung saya buat kerja" ucap arissa

"Maaf cik arissa,saya keluar dulu" jawab syakila

"Emmm" balas arissa sambil melirik syakila

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience