BAB 13

Romance Completed 10600

Flashback Lima Tahun Lepas..

arissa yang sedang bercuti di melaka kerana baru sahaja habis exam..arissa pergi seorang sahaja kerana najwa ikut ibu dan bapanya pulang ke kampung..arissa tidak tahu ijazz asal dari melaka dan masa itu ijazz sedang bercuti kerja..

Sampai sahaja di hotel,arissa membaringkan tubuh badannya yang bergitu penat kerana memandu dari KL ke Melaka...hotel yang arissa booking berhampiran dengan laut..pemandangan sungguh indah dan sangat cantik terutama waktu petang membawa ke senja...waktu matahari terbenam...

Arissa bangun dari tidur kerana rasa bergitu lapar dan badannya melekit kerana tidak mandi lagi...selesai mandi,arissa turun ke lobby dan menuju ke restoran untuk makan malam...malam itu arissa hanya dinner di hotel sahaja dan tidak keluar kerana hendak kumpul tenaga untuk jalan-jalan esoknya...

"Arhh cantiknya pemandangan nie...sejuk jer angin laut...mesti seronok kalau datang dengan family kat sini kan...nanti nak bawak ayah gan akak datang sini bercuti.." ucap arissa sambil menikmati udara malam

Keesokan paginya,selesai sarapan arissa berjalan di Bandar Hilir Melaka..melawat tempat bersejarah sambil mengambil gambar...sedang arissa sibuk berjalan dan bergambar tiba-tiba ada yang memanggil namanya..

"Arissa"

Arissa menoleh ke arah suara itu dan terkejut kerana orang yang memanggilnya adalah ijazz ezwan..lelaki yang arissa pernah suka di waktu universiti dulu..

"Ijazz...awak buat apa kat sini" tanya arissa kepada ijazz yang sedang menghampirinya

"Saya balik rumah lah" jawab ijazz

"Rumah"

"Yer lah,saya kan duduk Melaka" jawab ijazz

"Ouhh...tak tahu pulak saya awak duduk Melaka"

"Awak buat apa kat sini sorang-sorang" tanya ijazz

"Saya bercuti kat sini" jawab arissa..

"Sorang jer ker"

"Yes sorang jer"

"Apa kata kita jalan sama-sama"

"Ok"

Mereka berjalan bersama-sama serta bergambar di Bandar Hilir...itu adalah kali pertama ijazz bersikap baik terhadap arissa semenjak mereka kenal..masa itu ijazz tidak tahu kenapa hatinya bahagia apabila bersama arissa..ijazz tidak sedar bahawa dia sudah jatuh cinta pada arissa bergitu juga dengan arissa...

Malam itu mereka naik beca berjalan sekitar Bandar Hilir..kenangan yang tak mampu untuk arissa lupakan...sikap yang ijazz tunjukkan itu membuatkan arissa terasa selesa kerana ijazz tidak berkasar dengannya..malam semakin larut,ijazz hantar arissa balik ke hotel kerana takut terjadi apa-apa kepada arissa..

Dalam perjalanan balik rumah,ijazz merasakan terlalu bahagia tetapi kenapa tidak dengan lisa kekasih hatinya...

"Kenapa dengan perasaan aku ini..takkan aku jatuh cinta dengan arissa kot...tak mungkin...tak mungkin...aku cintakan lisa bukan arissa...mungkin sebab aku jalan-jalan dengan dia agaknya tadi" ucap ijazz sambil memandu

Semasa arissa hendak masuk ke dalam bilik tiba-tiba arissa melihat lisa bersama seorang lelaki bermesra-mesraan di hadapan pintu bilik...arissa mengambil video lisa bersama lelaki itu...

Pagi yang cerah,matahari yang menyinari bumi...arissa berdiri di tepi pantai sambil berfikir kenapa lisa buat bergiti sedangkan dia dah bertunang dengan ijazz...tiba-tiba ada yang menegur arissa

"Arissa kan"

"Yee saya,awak siapa"

"Saya taufiq lah,kawan baik ijazz"

"Ouhh taufiq,ya saya ingat"

"Awak buat apa sorang dekat sini"

"Tak buat apa..saja-saja jer"

"Jom breakfast dengan saya kalau awak sudi"ajak taufiq

"Sure" jawab arissa

Mereka pergi sarapan bersama di tepi pantai...masa sarapan arissa bertanya tentang ijazz dengan taufiq..

"Saya nak tanya sikit boleh" ucap arissa

"Sure..tanya lah" jawab taufiq

"Awak kenal lisa" tanya arissa

"Mesti lah kenal...tunang ijazz..tapi kenapa awak tanya pasal lisa tiba-tiba" ucap taufiq

Arissa menceritakan tentang apa yang dia nampak di hotel pada taufiq berserta bukti yang arissa rakam waktu itu...arissa bukan nak rosakkan hubungan ijazz dengan lisa tetapi arissa tidak mahu ijazz di tipu oleh lisa...

"Sebenarnya kami semua tahu pasal perangai lisa tu tapi bila cakap dengan ijazz,dia tak percaya..." Ucap taufiq

"Kenapa dia tak percaya sedangkan bukti depan mata" tanya arissa

"Dia sayang sangat dengan lisa sampaikan apa yang kami cakap semua salah tapi apa yang lisa cakap semua betul" jelas taufiq

"Kesian ijazz kena tipu dengan lisa...sedangkan ijazz tu setia dengan lisa tapi lisa curang belakang dia.." ucap arissa

Selesai sarapan,arissa menyewa JetSki,dan main sampai petang...malam itu ijazz ajak arissa dinner dengannya...bertapa bahagianya arissa waktu itu kerana ijazz mengajaknya dinner bersama..tetapi kebahagiaan itu tidak lama...mereka berjumpa di tepi pantai...

"Ijazz..saya nak cakap sesuatu kat awak" ucap arissa

"Nak cakap apa...cakap saja lah" jawab ijazz

"Semalam saya nampak lisa dengan lelaki lain,mesra sangat masuk hotel" ucap arissa

"Apa maksud awak nie arissa" tanya ijazz

"Saya tak ada maksud lain,saya cuma...."

"Cuma apa" marah ijazz

"Saya tak nak awak kena tipu dengan lisa...itu sahaja" jawab arissa

"Awak ada bukti ker" tanya ijazz

"Ada" sambil menunjukkan video

"Saya tak percaya itu lisa...saya kenal lisa macam mana" jawab ijazz

"Awak tahu tak...bukan saya sahaja yang nampak tapi kawan-kawan awak pun pernah nampak" jelas arissa

"Tak payah nak reka cerita lah arissa" marah ijazz

"Saya tak reka cerita,kalau awak tak percaya...awak pergi hotel yang saya tinggal dan tengok sendiri" ucap arissa

"Cukup...cukup arissa..awak jangan naikkan amarah saya" ucap ijazz
"Saya tak..."

"Sudah lah...kau cakap sahaja lah yang kau tak suka tengok aku dengan lisa bahagia kan sebab kau dengki dengan lisa dan disebabkan itu kau buat cerita kan...kau kena sedar diri kau tu...tempat kauu layak dekat bawah tapak kaki aku jer,buka dekat sisi aku..kau tu hina dan perempuan murahan" ucap ijazz sambil menengking

"Wow..orang yang aku kenal BAIK tapi sebenarnya tak...sanggup kau cakap aku macam tu..kau ingat kau siapa yang boleh hina aku sampai macam tu sekali..ingat ijazz karma itu wujud..if today you do something close to me and one day someone will do it to you the same way you did it to me" ucap arissa sebelum pergi dari pantai...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience