BAB 28

Romance Completed 10600

masa berjalan bergitu pantas..sedar tak sedar hampir tiga bulan mereka bertunang dan tinggal seminggu sahaja lagi tarikh pernikahan mereka..ayah arissa meminta arissa mengundang saudara sebelah ibu-nya ke majlis perkahwinannya nanti..

"adik..ayah nak cakap sikit nie"

"nak cakap pasal apa"

"nanti adik jangan lupa jemput saudara sebelah ibu ke majlis perkahwinan adik tu"

"wajib ke,jemput mereka"

"jemput sahaja lah..terpulang pada mereka nak datang atau tak"
"okey lah"

arissa terpaksa mengikuti apa yang ayahnya untuk meengundang saudara ibunya ke majlis pernikahannya..najwa yang akan menjadi pengapit arissa semasa arissa bersanding nanti..ijazz kini sedang sibuk dengan urusan pekerjaannya kerana ingin bercuti lama selepas kahwin..arissa juga sibuk dengan persiapan pernikahan dan sikap saudara arissa yang memeningkan kepalanya...

"adik..akak nak cakap sikit nie" ucap farisya

"ada apa..cakap jer lah"balas arissa

"pasal pelamin"ucap faisya

"kenapa dengan pelamin" tanya arissa

"siapa yang uruskan"

"encik tunang yang uruskan" balas arissa

"takkan dia tak bagi tahu apa-apa pasal pelamin" tanya farisya

"semua dah settel..jangan risau pasal tu semua"jawab arissa

arissa keluar membeli barang dapur kerana banyak barang dah habis..farisya membuat senarai barang yang ingin dibeli oleh arissa..walaupun arissa dilarang oleh along untuk keluar kerana tidak sesuai...arissa diteman oleh along untuk membeli barang..along yang memandu kereta menuju supermarket..

"adik okey ker" tanya along

"okey jer,kenapa along tanya macam tu" jawab arissa

"yer lah tinggal beberapa hari jer lagi,adik nak jadi isteri orang..dah ready ker" balas along

"entah lah..tak tahu nak cakap apa,tapi buat masa nie okey lagi" jawab arissa

sampai di supermarket,arissa menolak troli dan terus mengambil barang yang ada di dalam senarai..sementara itu along hanya menunggu di dalam kereta kerana tiada tempat letak kereta yag kosong...semasa arissa sedang membeli barang,,arissa terserempak dengan ijazz..

"ijazz" ucap arissa

"arissa..awak buat apa kat sini" tanya ijazz

"saya beli barang..awak pulak" jawab arissa

"saya beli barang jugak" balas ijazz

"bila awak balik dari London" tanya arissa

"petang semalam saya sampai" balas ijazz

"saya nak undang awak untuk majlis perkahwinan saya hujung minggu nie..awak datang yer" sambil menghulurkan sampul putih

"Tengok macam mana kalau saya tak sibuk"jawab ijazz

"kenapa awak cakap macam tu" tanya arissa

"sedih sebab saya akan tengok orang yang saya sayang kahwin dengan orang lain" jelas ijazz

"ijazz...saya sebenarnya..." ucap arissa

"tak perlu awak habiskan ayat awak tu disebabkan awak kesian dengan saya..cukup yang saya tahu awak akan bahagia" balas ijazz sambil berlalu pergi

arissa terdiam seketika apabila tahu bahawa ijazz masih simpan perasaan terhadapnya..selesai membuat pembayaran,arissa measukkan semua barang kedalam kereta..along tengok arissa sudah masukkan barang lalu menghidupkan enjin kereta..arissa memakai spek kerana tidak mahu ada yang melihat matanya yang sedang merah kerana menahan air mata..

"semua barang dah ada"tanya along

arissa hanya mengganggukan kepalanya tanda ya..sampai sahaja di rumah,arissa masuk kedalam bilik dan mengambil kunci kereta..arissa terus keluar tanpa sebarang kata kepada sesiapa..air mata yang tadi ditahan,akhirnya mengalir juga kerana sudah tidak mampu untuk ditahan lagi..dari tengahari arissa keluar sehingga malam masih tidak balik lagi dan menimbulkan kerisauan kepada semua orang..arissa mematikan telefonnya dan tidak balik kerumah langsung pada malam itu..

along meminta bantuan kepada kawan-kawannya untuk menjejak di mana keberadaan arissa sekarang...sebenarnya arissa balik kampung menziarah kubur ibunya yang sudah lama dia tak ziarah sejak arissa sibuk dengan kerja..arissa sengaja mematikan telefonnya agar tiada yang menganggunya buat masa ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience