Dua minggu selepas pembedahan tetapi arissa masih tidak sedar..adam juga dimasukkan ke hospital disebabkan demam panas kerana rindukan ibunya..keadaan arissa masih sama dan tiada perubahan..ayah arissa sangat risaukan keadaan mereka berdua..
Farisya yang sedang menunggu arissa di dalam ICU,melihat jari arissa bergerak...farisya cepat-cepat memanggil doktor..doktor sedang periksa keadaan arissa..along terkejut apabila mendengar kecoh di wad ICU..
"Kenapa nie" tanya ayah
"Akak nampak jari adik gerak-gerak" jawab farisya
"Apa dah jadi nie"tanya along
Doktor keluar dari wad ICU dan memberitahu keadaan arissa sudah stabil dan arissa sudah sedar cuma masih lemah sahaja..mereka masuk dan melihat arissa dengan wajah yang gembira..arissa tahu yang adam sedang sakit walaupun tidak diberitahu oleh sesiapa..
"Ayah macam mana keadaan adam sekarang" tanya arissa
"Adam okey" jawab ayah dalam keadaan menahan air mata
"Suhu badan adam tinggi sangat ker sampai adam boleh demam" tanya arissa
"Adam demam sikit sebab rindukan ibunya" ucap farisya
"Alhamdulillah kalau adam demam sikit saja" jawab arissa
Mereka tahu arissa dapat merasakan apa yang adam lalui..amir dan lily membawa adam berjumpa dengan ibunya di bilik arissa kerana arissa masih tidak boleh bergerak bebas..adam memeluk arissa dengan bergitu erat sekali dan menangis dalam pelukkan arissa..
Ayah arissa memberitahu bahawa ijazz sudah tahu tentang adam dan ijazz sudah berjanji tidak akan mangambil adam daripada arissa..arissa menangis apa bila mendengar kata daripada ayahnya..qistina mengekori ijazz sehingga hospital dan ingin tahu ijazz berjumpa dengan siapa..qistina terkejut apabila adam memanggil ijazz 'ayah'...
Ijazz datang melawat arissa..adam terlihat ceria kerana dapat berjumpa dengan ayahnya..
"Awak macam mana sekarang" tanya ijazz
"Alhamdulillah...makin baik" jawab arissa
"Terima kasih arissa" ucap ijazz
"Sebab apa" tanya arissa
"Sebab awak terus terang tentang adam dan tak halang saya untuk berjumpa dengan adam" jelas ijazz
"Awak ayah kepada adam dan sampai bila-bila awak akan tetap ayah dia" jawab arissa
Ijazz balik ke rumah dan qistina mengamuk apabila tahu yang ijazz mempunyai anak lain..ijazz tidak tahu dari mana qistina tahu semua itu tetapi qistina sudah salah faham dengannya..
"Awak tipu saya selama ini" ucap qistina
"Tipu apa" tanya ijazz
"Awak ada anak haram kat liar sana kan" marah qistina
"Mulut awak cakap baik sikit" tengking ijazz
"Apa yang saya cakap tu salah ker..memang betul awak ada anak haram kat luar sana..saya nampak sendiri budak tu panggil awak ayah" jelas qistina
"Dia bukan anak haram" marah ijazz
"Abis dia siapa" tanya qistina
"Dia anak kandung saya dengan first wife saya" ucap ijazz
Qistina terduduk apabila tahu ijazz pernah berkahwin sebelum ini..air mata membasahi pipi dan lidah kelu tak terkata..ijazz terus peluk qistina kerana tinggikan suaranya tadi..qistina tidak pernah tahu tentang arissa yang pernah berkahwin dengan ijazz..qistina meminta ijazz membawanya berjumpa dengan arissa..
Share this novel