BAB 27

Romance Completed 10600

arissa sampai di rumah dan mengeluarkan semua hadiah daripada kereta..farisya melihat adiknya yang sedang mengangkut hadiah itu semua masuk kedalam bilik dan menyusunnya..semasa arissa menyusun hadiah,farisya masuk ke bilik arissa..

"amboi banyak hadiah"

"banyak lah,daripada staf"

"hadiah tunang ker"

"yer lah"

"banyak betul..bila nak bukak"

"nanti lepas kahwin,bukak sekali"

farisya keluar dari bilik arissa dan menuju ruang tamu..arissa duduk di meja kerjanya dan membuka laptop untuk menyiapkan kertas kerja akhir projek Port Dickson..arissa membuka laci paling bawah dan mengambil buku kulit berwarna hitam..arissa membaca isi buku tersebut..

1 OGOS,UNITED KINGDOM
hati ini masih sakit lagi dan tak mampu lagi untuk melupakan apa yang terjadi antara aku dan dia..cukup dalam rasa sakit ini sehingga aku larikan diri ke sini..kenapa bergitu berat ujian yang engkau berikan kepada ku,sesungguhnya aku sangat lemah untuk mengharungi segalanya..

5 OGOS,CAMBRIGE UNIVERCITY
pengalaman yang membuatkan aku dewasa dan membuatkan aku terus kuat..aku dapat tawaran untuk sambung Master dan PHD di sini dengn short semester..biarpun aku di sini tetapi merindui keluarga ku di sana..semoga aku terus cekal dan kuat untuk meneruskan pelajaran aku di sini..

ijazz menghubungi arissa sebagai tunang..

"assalamulaikum"

"walaikumsalam..siapa nie" tanya arissa

"saya tunang awak" jawab ijazz

"okey..ada apa awak call saya"tanya arissa

"cuma nak berkenalan sahaja dengan awak dan awak tahu kan yang kita tak akan jumpa selama kita bertunang nie"jelas ijazz

"saya tahu semua tu,habis macam mana nak beli baju nanti"tanya arissa

"awak akan pilih lah mana awak suka,nanti saya akan tengok melalui ibu..boleh sayang"jawab ijazz

"boleh ..tak ada masalah" balas arissa

"tapi ada syarat" ucap ijazz

"apa syaratnya..tapi jangan pelik-pelik pulak" jawab arissa

"awak kena panggil saya dengan panggilan abang dan saya akan panggil awak sayang..lepas tu abang nak baju warna biru..boleh tak sayangku" jelas ijazz

"amboi banyak betul syaratnya..boleh tak ada masalah" jawab arissa

ijazz dan arissa bersembang sehingga tak sedar dah nak masuk waktu maghrib..terlalu khusuk sangat berbual sampai masa pun tak sedar berjalan dengan cepat..farisya memanggil arissa untuk turun mkan malam bersama..arissa turun menuju meja makan dengan senyuman sampai ke telinga yang membuatkan semua terkejut dengan sikap arissa..

"amboi senyum sampai telinga nie..ada apa-apa ker" usik haziq

"tak ada apa-apa lah" jawab arissa sambil senyum-senyum

"kenapa nie dik" tanya ayah

"dah jom makan" balas arissa

ayah arissa pelik dengan sikap arissa yang asyik tersenyum-senyum sambil makan..farisya dan haziq hanya memandang antara satu sama lain melihat gelagat arissa seperti dilamun cinta..

danish dan damia pelik dengan maksu nya yang tersenyum-senyum sambil makan..selesai makan,arissa terus masuk bilik dan membuat kertas kerja..

ijazz memberitahu ibu-nya tentang memilih baju nikah tetapi hanya arissa yang akan pergi..ijazz sudah memberitahu ibunya tentang perkara yang patut dirahsiakan sehingga hari pernikahan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience