empat belas

Romance Series 4901

"Dia tahu problem kau. About your personalities."

Bulat mata gadis itu. "Mac- macam mana... dia..." bibirnya terketar-ketar bertanya.

Zen angkat bahu. "Maybe incident ni yang buat rahsia kau terbuka."

"Aku rasa kau kena take some time, go somewhere. Bagi dia masa untuk terima semua ni. Obviously it's a shocking news."

Mata Reen berkaca. Tangannya menggenggam erat selimut hospital itu.

"Don't be sad. Aku ada." tutur Zen lembut. Dan disebalik kelembutan suara itu, tersungging senyum sinis.

**********

Selepas hampir dua minggu Reen menjadi penghuni hospital, akhirnya dia dibenarkan pulang. Kes Fahmi ditutup. Reen dibebaskan dari sebarang tuduhan. Bagaimana kes itu selesai, hanya Jazz yang tahu.

Yang Reen tahu, Fahmi dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh lima gadis dan menyimpan mayat mereka. Mayat gadis-gadis tersebut diawet lalu disalutkan dengan wax lilin. Jadi benarlah sangkaan Reen. Patung-patung itu memang manusia.

Petang itu seperti hari-hari sebelumnya, Jazz datang dengan sekuntum lily. Jazz senyum manis melihat isterinya.

Sedangkan Reen masih galau dengan omongan Zen. 'Betul ke Jazz boleh terima? Ikhlas ke dia layan aku ni? Kenapa dia tak pernah bagitahu yang dia tahu pasal penyakit aku? Senyum tu apa maksudnya? Mesti dia fikir aku ni pelik.'

"Jauh menung tu. Tak suka ke boleh discharge?" soal Puan Asyikin. Tangannya lincah mengemas barangan Reen untuk dibawa pulang.

Reen tayang gigi. "Suka. Reen rindu masak lomak cili api ibu."

"Ok. Malam ni ibu masak special punya untuk Reen."

"Tak rindu saya?" soal Jazz selamba. Reen tertunduk malu.

"Apa tanya macam tu depan ibu." rungutnya perlahan.

**********

Reen menolak lembut lengan Jazz yang melingkari pinggangnya. Sejak bila lelaki itu tidur disebelahnya, dia sendiri tak pasti. Telefon bimbit dicapai. Mesej dibuka.

Lagi 20 mins aku sampai - Zen

Reen melihat jam. Sudah pukul 11.37 malam. Lagi 15 minit Zen akan tiba. Reen melangkah turun dari katil perlahan-lahan. Wajah lesu Jazz direnung lama. 'Kesian awak. Mesti letih nak pura-pura depan semua orang. Mesti letih nak pura-pura okay dengan masalah saya.'

Satu ciuman singgah di dahi lelaki itu. "I'm sorry." bisiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience