dua

Romance Series 4901

"Amboi, Reen. Lately asyik berkepit je dengan Mak Ngah saya tu." tegur Sufian. Bosnya. Sudah hampir 5 tahun dia bekerja dengan lelaki itu.

Sebaik tamat latihan industri, Reen terus ditawarkan kerja di situ. Dan kerana baiknya layanan yang diterima, dia tidak mahu mencari kerja di tempat lain. Dia tak mahu keluar dari comfort zone itu.

Reen sengih. "Mak Ngah bos tu yang asyik nak berkepit dengan saya. Maybe sebab saya ni cute kot."

Xia mencebik. "Masuk lif tekan sendiri namanya tu."

"Kau masuk lif tak tekan sendiri ke?" bidas Reen.

"Tak. Ada orang tekankan."

Betul, sudah hampir sebulan dia mendampingi Puan Asyikin. Entah apa yang dilihat wanita itu pada dirinya sehingga sekecil-kecil perkara pun dia sanggup call minta pendapat. Keluar makan dan shopping sudah tak terkira berapa kali.

Reen gembira bersama Puan Asyikin. Terasa seperti memiliki seorang ibu. Ahh... Pasti indah jika dia punyai seorang ibu!

Dia membesar di rumah anak yatim. Siapa ibu bapanya, dia sendiri tak tahu. Khabarnya mereka meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalanraya ketika dia baru berusia 2 tahun. Dia sendirian di dunia ini.

Tiada saudara, tiada sesiapa. Cuma rakan-rakan senasib dengannya di rumah jagaan itu.

"Reen, pick up your phone! Berdering macam nak pecah speaker!" Tegur Xia. 'Habis maximum ke volume tu?' gumamnya.

Reen tersentak. Cepat-cepat panggilan itu dijawab. "Assalamualaikum, puan." disebut, terus muncul!

"Wa'alaikumsalam. Reen halfday kan hari ni?" Reen angguk. "Jangan lupa datang rumah lepas kerja nanti." Angguk lagi.

"Reen? Hello?"

"Eh, ya puan! Lepas kerja saya datang!" baru dia sedar yang Puan Asyikin tak nampak dia angguk-angguk tadi.

"Tolong bagitau Sufian sekali ya?"

"Ok, puan."

**********

Reen mengekori kereta Sufian hingga tiba di sebuah rumah banglo. Skuternya diparkir bersebelahan Triton Sufian.

'Woo... Lawo rumah diaaa...' bisik hati Reen.

"Assalamualaikum," laung Sufian sambil membuka kasut dan terus masuk ke dalam rumah.

"Eh, bos!"

Sufian menoleh. "Apa?"

"Tuan rumah belum jawab pun salam. Takpe ke main masuk je?"

Sufian sengih. "Ni rumah siapa?"

"Mak Ngah bos."

"So? Awak nak masuk, masuk. Tak nak masuk, ha pergi lepak sembang-sembang dengan ikan koi tu." balasnya sambil memuncungkan bibir ke arah kolam ikan di sebelah Reen.

'Ish, aku tanya baik-baik. Nasib baiklah kau bos.' Reen mencebik sambil mengekori langkah Sufian.

"Sampai pun. Mak Ngah baru siap hidang makanan. Jom!"

Mata Reen melilau. Cantik sungguh dekorasi rumah itu. Minimalist.

"Mak Ngah sorang je ke? Mana Jazz? Jade?"

"Jazzrin belum balik lagi. Banyak kerja la tu. Jade ada kat atas. Solat agaknya."

'Kemain nama kau. Jade! Hijau macam batu jade tak?' Reen mengekor langkah Puan Asyikin ke dapur, mengambil dulang berisi jug dan cawan dari tangan wanita itu.

"Eh, tetamu tak payahlah sibuk nak tolong."

"It's okay, puan. Bagilah chance saya nak tunjuk rajin sikit."

Puan Asyikin ketawa kecil mendengar jawapannya.

"Bro! Lama tak singgah!" satu suara menyapa Sufian. "Apa macam bisnes?"

"Bolehlah setakat nak buat makan chicken chop hujung bulan," balas Sufian.

'Tu mesti Jade,' getus hati kecil Reen. Penuh berhati-hati Reen melangkah bersama dulang di tangan.

"Oh, who's this? Awek kau ke, Yan?" soal Jade. Matanya mengerling gadis bertudung bawal warna merah hati itu.

"Hoi, bukan! Ni staff aku. Reen. Mak kau berkenan sangat dengan dia ni. Asyik-asyik cari dia je. Aku ni di-anak-buah-tirikan."

"Hai," tegur Jade saat pandangan mereka bertaut. Reen terkesima. Terasa laju jantung mengepam darah.

"Aku rasa mak kau nak jodohkan dia dengan kau la. Kalau bukan kau, dengan si Jazz." kata Sufian sambil menyentuh dagu.

Merah wajah Reen menahan malu dengan usikan itu.

Jade ketawa. "You look familiar la."

Reen sengih kekok. "Yeke? Ramai orang cakap macam tu. Mungkin sebab saya ni cute kot." Reen rasa nak cili mulut sendiri. 'Apa benda aku cakap ni, Ya Allah...Malunya!'

Jade senyum.

'Halah halahhh... crush akuuu depan mataaa... nak buat macam mana niii... Tudung aku ok ke tak? Bibir aku pucat ke?'

"Eh, makanlah. Sejuk lauk tu nanti," kata Puan Asyikin yang tiba-tiba muncul membawa sepinggan buah.

Reen curi-curi pandang wajah Jade. Itulah wajah senior yang selalu dicari sewaktu di universiti dulu. Walaupun berlainan course, namun masih di bawah satu fakulti. Teringat sewaktu orientasi. Jade lah yang merawat kakinya yang terseliuh.

'Fasi perempuan tak boleh harap. Aku cedera, depa mai tengok ja!'

Dan sejak itu, dia selalu ternanti-nanti kehadiran Jade. Dapat tengok bayang pun jadilah! Selepas Jade tamat belajar, Reen kembali normal. Tapi first love kan. Mesti kadang akan teringat.

'Tapi nama dia Zaid kan? Kenapa jadi Jade pulak?'

"Reen, this is my mom's special dish. Masak lemak daging salai. Cubalah." Jade hulur mangkuk. Cepat-cepat Reen sambut.

"Sedap?" soal Puan Asyikin sebaik saja Reen menyuap daging salai itu ke dalam mulut.

"Sedap, mak..." laju Sufian menoleh melihat Reen.

"...cik. Sedap, mak cik!" Allahu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience