lapan

Romance Series 4901

Reen menjeling tajam ke arah Jazz yang bersahaja mengekorinya. Tenang lelaki itu melangkah menghampirinya yang baru turun dari skuter.

"Kenapa ikut?"

"Kenapa tak boleh ikut?"

"Kan awak dah izinkan saya keluar."

"Not without me."

Reen mendengus geram. Terpaksa dia membiarkan Jazz mengekor. Kalau suruh balik pun, sia-sia.

Reen melangkah laju menuju ke arah sekumpulan remaja yang sedang berbual di skatepark itu. Menyedari kehadiran Reen, masing-masing menyambut dengan senyuman.

"Azreen!" jerit Zen. "Bapak ah! Lama kau tak datang sini!"

"Reen!!" Hanni bangkit memeluk Reen. "Rinduuu!!" Reen senyum syahdu.

"Ok, ok. Sebak dah aku rasa ni." balas Reen.

"Mana kau pergi? Ajak lepak memanjang je busy." soal Kimi.

Reen garu kepala. "Panjang ceritanya ni."

"Pendekkanlah." balas Firas.

Hanni memuncungkan bibir ke arah Jazz. "Tu siapa? Abang kau ke?"

Reen sengih. "Suami aku."

"What?!" membuntang mata kawan-kawannya.

Zen terdiam. Hilang riak ceria di wajahnya. Semua orang tahu dia menyukai Reen. Dah bermacam cara dia guna untuk memenangi hati Reen namun gadis itu terlalu sukar dimiliki.

"Sejak bila?" Kimi bertanya perlahan.

"Baru je." Reen sengih lagi. Langsung tidak menyedari perubahan pada wajah Zen.

Jazz menghulur salam pada Kimi, Firas dan Zen. Zen menyahut kelat.

"Lama tak main skate." ucap Reen tiba-tiba, cuba melenyapkan kejanggalan. Skateboard Firas dicapai. "Pinjam." Reen kenyit mata sebelum berlari anak menuju ke skate ramp.

Jazz jatuh rahang.

**********

Jazz merenung gadis di hadapannya. "Awak tahu main skateboard?"

"Bolehlah sikit-sikit." Reen tak angkat muka. Ralit menyiapkan miniature rumah.

"Kenapa kawan dengan orang-orang macam tu?"

"Orang-orang macam mana?" masih tak angkat muka.

"Macam kawan-kawan awak tu la."

"Why not?"

"Yang lelaki seluar koyak-koyak kat lutut kat peha. Yang perempuan selamba baju tak cukup kain."

"Hati diorang baik."

"Mesti diorang sangat sosial kan?"

"Very."

Jazz telan liur. "Awak pun?"

"Setakat ni saya tak pernah lagi join pergi clubbing cucuk-cucuk langit. Jangan risau, i'm clean." Reen selak helaian rambut yang jatuh ke dahi. "Diorang tak keluar lagi dari fasa rebel. Dah tua sikit nanti ok la tu."

"Maksud awak?"

"Zen tu, daddy dia ada bisnes kapal. Kaya la. Tapi sebab terlalu sibuk, anak-anak terabai. Zen rebel teruk. Saya rasa dia cuma nak perhatian je."

"Hanni, mak ayah penagih. Hari- hari balik rumah tengok mak ayah tengah lalok. Tapi dia takdelah ikut ambik benda tu. Dia kata bazir duit je."

Reen angkat muka melihat Jazz yang mendengar penuh minat. "Firas pulak budak pandai. Dapat offer sambung belajar oversea. Mak tiri tak bagi. Masa kecik selalu kena tibai. Dah besar panjang ni tak kena pukul dah. Cuma kena maki hari-hari."

"Kimi...dari kecik atok dia bela. Ayah dia bunuh diri sebab mak dia lari ikut lelaki lain. Atok dia bekas banduan. Dipenjara sebab mencuri, pukul orang, tikam orang. Basically, atok dia ni kasar la orangnya. So, Kimi pun lebih kurang macam Firas. Terdera mental dan fizikal."

Reen capai mug berisi milo. "Aik? Apesal kosong?"

Jazz sengih.

Reen menjeling sambil bangun dari duduknya. "Diorang tu tak dilahirkan jahat pun. Tapi surrounding diorang buat diorang jadi macam tu. Awak sangat bertuah ada ibu yang sangat-sangat baik. Family yang baik. Penuh kasih sayang. Kitorang takde semua tu."

Reen betulkan ikatan rambut lalu menyarung tudung, mahu turun ke dapur. "Saya sendiri tak ingat mak ayah saya. Membesar kat rumah anak yatim. Selalu cemburu tengok kawan-kawan yang ada parents. Hujung minggu balik kampung jumpa parents. Konvo parents datang bawak bunga." Reen senyum kelat lalu membuka pintu bilik.

"Awak nak ke mana pulak ni? Siap bertudung bagai." Jazz ikut berdiri.

"Nak bancuh milo la. Mug ni bocor agaknya. Tau-tau dah kering."

"Kenapa perlu bertudung pulak?"

Reen hembus nafas. 'Eyy banyak pulak soalan dia!' "Of course la pakai tudung kot terserempak dengan Jade awak nak saya tutup kepala dengan apa? Tudung saji?"

Jazz gigit bibir. Lupa adiknya ada di rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience