tujuh belas

Romance Series 4901

Reen memulas tombol pintu bilik Jazz. Perlahan-lahan daun pintunya ditolak.

Gelap.

Reen menangkap kelibat Jazz berselubung di bawah selimut. Lantas suis lampu dihidupkan. Reen beristighfar perlahan melihat keadaan bilik yang bersepah teruk.

'Ni bilik ke apa?' soal hati kecilnya. Reen menapak mendekati Jazz yang sedang lena dibuai mimpi. Lama dia merenung wajah lelaki yang dirinduinya itu.

Rambutnya sudah panjang. Wajahnya dipenuhi jambang. Dia kelihatan tidak terurus. Serta merta Reen disapa rasa sebak. Jarinya menyentuh pipi Jazz.

Jazz buka mata sebentar sebelum kembali pejam. Dia sudah lali dengan bayangan gadis itu. Di mana-mana ada saja bayangan Reen menghantui. Realiti dan mimpi.

Rimas disentuh, Jazz merentap kasar lengan Reen hingga gadis itu tersembam ke dadanya.

"Feels real." ucapnya perlahan.

Reen gosok hidung yang pedih terkena dada Jazz. "The pain is real." kata Reen.

"Can even talk now..." Jazz mengemaskan pelukan dengan mata yang masih terpejam. Bibirnya singgah ke leher Reen membuat gadis itu menggeliat kegelian. Tubuh Jazz ditolak agar menjauh.

Jazz mendengus. Tolakan Reen dibalas dengan tolakan yang lebih kuat. "Get lost!" jerkahnya sambil memusingkan tubuh dan kembali berselubung di bawah selimut.

Reen duduk bersila di sebelahnya. "Kurang asam betul. Ditolaknya kita balik." rungutnya perlahan.

"LIPAS!! LIPASSS!!!!" Reen menjerit sekuat hati. Menggelupur Jazz bangun dek kerana terkejut dan kerana gelinya dia terhadap serangga itu.

"Mana?!" teriaknya kembali.

Reen melopong. Tak pasti nak ketawa atau menangis. Jazz turut sama melopong. Tak pasti nak mencarut atau bersyukur.

"B- boleh.. berdiri?"

Jazz kaget dengan soalan dari bibir gadis itu. Dia meluru ke arah Reen lalu menarik-narik pipi Reen.

"Saaaakiiitttlah!"

Jazz mengetuk dahi beberapa kali. 'Lain macam halusinasinya kali ni. Real sangat dah ni.' Jazz menoleh ke kiri. Terkejut sekali lagi melihat wajah Reen yang begitu hampir dengannya.

"Shit. Aku betul-betul dah gila."

"Mulut tu kalau tak sebut benda-benda tak elok tak boleh ke?"

Jazz buat tak hirau dengan kewujudan Reen dengan harapan 'bayangan' itu akan hilang nanti.

Reen masih bersila di atas katil, memerhati tingkahlaku suaminya. Sesekali Jazz akan melihat ke arahnya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat kursi.

'Wahh... dia ingat aku hantu.'

"Bersepah sangat bilik ni sampai berhantu jadinya," Jazz mengomel perlahan. Dikutipnya baju-baju yang bersepah di lantai.

'Helokkk je kaki tu. Apa yang accident sampai kena terapi bagainya? Ke... aku dah kena game dengan Jade?'

Matanya tak lepas memandang Jazz yang sedang leka mengutip pakaian.

'Sah! Sohih! Aku kena game!'

Jazz buka baju tiba-tiba. Bulat mata Reen. Telan liur dia melihat tubuh lelaki itu.

"Astaghfirullahalazim..." Reen cepat-cepat pejam mata.

Mendengarkan itu, Jazz lantas menoleh ke arah katil. 'So... this ghost can istighfar also...?'

Teragak-agak Jazz mencapai tuala sambil sesekali menjeling ke arah 'si hantu' yang sedang memejam mata serapat mungkin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience