sepuluh

Romance Series 4901

Reen tersedar. Perlahan-lahan dia buka mata. Matanya meliar melihat sekeliling. Rumah tinggal. 'Ahh sudah! Kat mana pulak ni!'

Dia cuba bangun sebelum mendapati tangan dan kakinya diikat kemas. Reen panik. Kepalanya terasa berdenyut. Dia cuba mengingat kembali apa yang terjadi.

Ketika dia sedang dalam perjalanan pulang dari kafe, motornya dilanggar dari belakang. Dia terbabas dan dunianya kelam serta-merta.

'Okayyy...persoalannya apa hal pulak aku berikat macam ni?'

Cepat-cepat Reen angkat muka bila terdengar bunyi orang berjalan ke arahnya. Dia mengecilkan mata cuba melihat lembaga yang berdiri tegak dengan kedua tangan di dalam poket seluar.

Darah yang mengalir masuk ke mata mengaburi pandangan Reen namun dia tetap cuba melihat wajah lelaki yang sedang memerhatikannya itu.

"Insurance boy!" Reen sedikit menjerit. 'Fahmi!'

Fahmi sengih tayang gigi. Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan Reen.

"Why are you doing this?"

Fahmi sengih lagi. "Kan i dah cakap i berminat dengan you. Tapi tu lah... you dah kahwin." Fahmi buat muka sedih.

"Tapi i peduli apa!" Sambungnya sambil ketawa perlahan. Tangannya menyentuh pipi Reen yang dibasahi darah. Cedera kerana kemalangan tadi.

"Sakit ke?" soalnya.

Reen diam, tidak mahu memberi respon.

Fahmi mencengkam pipinya. "Bila i tanya, you jawab!"

"Sakitlah, gila!" hamburnya.

Fahmi ketawa. "Macam tu lah, sayang. Bila i tanya, you jawab." Fahmi bangun. "I'll go get some medicine. Tunggu i, okay?"

Reen diam. Otaknya ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri. Tiba-tiba terasa getaran di poket belakang seluarnya. 'Yes! Phone ada lagi!"

Meledak tawa Reen cuba mengaburi bunyi getaran itu. Fahmi berpaling.

"What's so funny, dear?"

Reen terus-menerus ketawa sambil cuba mengeluarkan telefon bimbitnya. 'Kau ingat kau sorang je gila? Aku pun gila jugak. Boleh ketawa tiba-tiba!'

Fahmi buat tak endah dan terus keluar dari rumah itu, menuju ke keretanya. Saat Reen berjaya mengeluarkan telefon bimbitnya, getaran itu mati.

'Ahh... sudah! Please call lagi! Someone please call! Allah ya Allah...' dan handphonenya bergetar kembali. Reen agak-agak saja di mana 'green button' untuk jawab panggilan itu.

"Helo! Tolong! Tolong saya! Saya diculik!" Reen berharap si pemanggil dapat mendengar butir bicaranya. "Saya tak tahu saya kat mana! Tapi saya dalam rumah tinggal! Please... someone... please save me!" rayunya.

Tidak berapa lama kemudian Fahmi kembali dengan first aid mini ditangannya. Reen mengengsot ke belakang rapat ke dinding, cuba menyembunyikan telefonnya.

Fahmi duduk bertinggung di hadapan Reen. "Kesiannya. Sakit ya?" pipi Reen disentuh lagi.

Gadis itu mengelak. "Apa sentuh-sentuh ni!"

Fahmi senyum. "Garang. I suka."

Meremang Reen dibuatnya. Geli. Rasa nak sertu pipi kat pasir.

"Come, i sapukan ubat." Fahmi hulur tangan lagi ingin menyentuh wajah Reen. Reen mengelak, enggan.

Lelaki itu mendengus. "Fine. As you wish." aid kit mini itu dicampak ke peha Reen.

"Kau nak buat apa simpan aku kat sini?"

"Don't worry. Kejap lagi i bawa you ke tempat lagi best." Fahmi memasukkan sesuatu ke dalam botol air mineral. "To a place where i can see you everyday."

Dia mencengkam kuat pipi gadis itu, memaksanya minum hingga akhirnya Reen lemah, tak mampu melawan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience