tiga

Romance Series 4901

Jam menunjukkan hampir pukul 5 petang sewaktu Jazz tiba di rumah. Ketika itu, Puan Asyikin, Jade dan Sufian sedang minum petang di laman. Reen pula di dalam rumah, solat Asar. Jazz kluar dari kereta dan melangkah ke arah mereka.

"Hey, brotherrr!" Sufian sengih lebar melihat Jazz. "Apa kes kerja sampai petang? Hari Sabtu kot."

Jazz senyum. "Doakan aku cepat jadi bos besar macam kau."

Mereka berbual seketika sebelum Jazz meminta diri untuk masuk membersihkan diri. Begitu ralit Puan Asyikin melayan bebelan Sufian hingga dia terlupa Reen ada di dalam rumah.

Jazz melangkah perlahan melintasi bilik ibunya. Langkahnya terhenti saat terdengar suara seseorang menyanyi kecil dari dalam bilik itu.

'Ahh sudah. Awal betul hantu sekarang keluar. Belum maghrib pun!' getus hatinya.

Tombol pintu dicapai lalu pintu ditolak perlahan. "Makk!!" Terjerit dia melihat gadis berambut panjang berdiri di hadapan meja solek.

Reen terkejut. Spontan tangannya membaling telekung ke arah Jazz. Masing-masing berdiri kaku sebelum Reen tersedar dan cepat-cepat menyarung tudung.

"Kau siapa?" soal Jazz tegas. Matanya tidak lepas melihat Reen yang sedang kalut membetulkan tudung.

"Tak reti ketuk pintu ke?" soal Reen kembali.

Jazz jengkel. "This is my mom's room. Who are you and what are you doing in here?" suaranya ditekan.

"Jazz?" Puan Asyikin menyapa dari belakang. "Kenapa?" hairan dia melihat Jazz berdiri kaku di hadapan biliknya.

"Ada pencuri, ibu." Matanya masih tidak lepas merenung tajam ke arah Reen.

"Pencuri?" Melopong mulut Reen dituduh begitu.

"Eh, ni Reen. Ibu yang invite dia datang. Dia tumpang solat je. Bukan pencuri!" tegas Puan Asyikin. "Apologize."

Jazz ketap bibir. "Sorry."

Reen jungkit bahu sambil senyum senget tanda kemenangan.

**********

"So, itu dia Reen yang ibu selalu cerita tu?" soal Jade sambil mencapai remote tv.

"Yup. Pretty isn't it?"

Patutlah sejak kebelakangan ini ibunya kelihatan lebih gembira berbanding biasa. Ada yang melayan kerenahnya rupanya.

"Baik pulak tu." Puan Asyikin mengerling sekilas ke arah Jazz yang sedang berbaring di sofa sambil membaca majalah.

"What do you think, young man?" soalnya kepada Jazz. Jazz angkat kepala.

"Biasa je."

"Calon wife Jazz ke, ibu?" bulat mata Jade. Laju ibunya mengangguk. Puan Asyikin melihat wajah Jazz yang tidak beriak. Kelihatan tenang sahaja.

"Ok tak?" Berhati-hati Puan Asyikin bertanya. "Kalau tak nak, tak apa. Takde paksaan pun."

Jazz bangun lalu duduk di sebelah ibunya. "Kalau dia jadi menantu ibu, will you be happy?"

Laju Puan Asyikin mengangguk.

"Jade, take her as your second wife," Jazz sengih mengusik.

"Hotak kau!" balas Jade. Spontan Puan Asyikin mencubit lengan kekar Jazz.

"Hadoi, ibu! Lagi berbisa dari lipan!" Jazz gosok lengan yang sudah kelihatan merah akibat cubitan ibunya.

"Kalau ibu happy dia jadi menantu ibu, and dia sudi jadi isteri Jazz, ibu pinanglah dia."

Wajah Puan Asyikin bertukar ceria. "Betul ni?" soalnya lagi meminta kepastian. Jazz angguk sambil senyum.

Kegembiraan ibunya mendahului semua perkara. Cukuplah dia lihat ibunya menangis kehilangan suami tercinta. Cukuplah dia lihat ibunya bersedih kerana kecurangan tunang si anak. Dia tak mahu lihat lagi air mata wanita itu.

Lagipun Jazz sudah malas mahu fikir soal jodoh. Baik bagi si ibu, baik jugalah pada dirinya.

"Jazz serah semuanya kat ibu. Do what you want." katanya sambil tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience