empat

Romance Series 4901

Reen termenung memikirkan kata-kata Puan Asyikin siang tadi.

"Ibu nak sangat ada anak perempuan. Reen nak tak jadi anak perempuan ibu?"

Reen senyum manis. "Siapa yang tak nak ada ibu best macam ni."

Tangan Reen dicapai. "Reen nak tak kahwin dengan... anak ibu?"

Reen sengih lagi. "Siapa yang tak nak kahwi..." wait! "Ap... apa dia tadi?" salah dengar ke?

"Reen nak tak kahwin dengan anak ibu?"

Jaw drop.

**********

"Reen, cantiknya kau!" Atirah menjerit kecil melihat sahabatnya yang lengkap berbaju kurung berwarna cream.

"Aku yang cantik atau baju ni yang cantik?"

"Dua dua." Atirah sengih tayang gigi. "Kau ni... tak pernah pun bagitahu aku kau ada boyfriend. Tup tup cakap nak kahwin." tangan Reen digapai. "Lepas ni takdelah orang nak temankan aku makan roti canai malam-malam." Atirah mencebik sedih.

"Alah... kau call je aku. Berdesup aku sampai dengan skuter aku tu."

Pecah ketawa mereka.

Reen tenung wajahnya di cermin. 'Wow! Aku bakal jadi isteri orang. Isteri kepada abang crush uni aku!'

Reen gusar sendiri. 'Betul ke apa aku buat ni?

Reen berpaling ke arah pintu. "Sempat lagi kalau nak lari, kan?"

"Hah?" Atirah terkedu. "Cakap apa ni?"

Reen melangkah ke arah pintu. Baru saja tangannya hendak mencapai tombol, pintu terbuka. Jazz yang kelihatan segak berbaju melayu tertegak di hadapan pintu.

"Tak reti ketuk pintu?" setepek dia bagi dek kerana terkejut dan nak cover malu.

Seketika Jazz hilang fokus. Mungkin terpegun dengan kecantikan bakal isterinya itu.

"Awak?" Reen melambai-lambai tangan di hadapan wajah Jazz. "System down ke ni?" guraunya.

Jazz tersedar. "Err... saya nak cakap sikit. Keluar kejap boleh?"

Reen menurut lalu melangkah keluar dari bilik hotel tersebut. Mereka berdiri bertentangan antara satu sama lain.

"You know, masih sempat kalau nak lari."

Reen sengih. 'Itulah yang aku nak buat tadi.'

"Kenapa terima lamaran ibu?" Soal Jazz.

Reen tunduk merenung kaki. "Sebab saya dijanjikan dengan kasih sayang seorang ibu."

Jazz terpempan dengan jawapan itu. Dia tahu kisah hidup Reen yang membesar tanpa ibu dan ayah di rumah kebajikan. Puan Asyikin sudah menceritakan semuanya. Sehingga penyakit takut lipasnya pun Jazz tahu!

"Kenapa awak terima cadangan ibu?" soal Reen kembali.

"Whatever makes her happy, saya sanggup."

Reen terharu mendengar jawapan itu. Demi kebahagiaan ibunya. 'Harap anak-anak aku nanti pun macam ni. Sayangkan ibu. Wait! Anak-anak? Seriously, Reen?'

"Saya tak jamin apa akan jadi pada perkahwinan ni in future. We might fall in love, we might end up divorce. Whatever it is, let's just follow the flow for few months, ok?"

Reen angguk perlahan.

"Saya takkan sentuh awak, don't worry about that. Tapi depan orang, especially ibu, kita kena put on an act la. Biar dia nampak kita happy dan boleh get along."

Angguk lagi. 'Tapi kalau saya yang sentuh awak boleh tak? Aumm!' Reen senyum sendiri melayan fikirannya.

"Laa... kat sini awak, Jazz! Cepat turun! Tok kadi dah sampai. You too, Reen!" tegur Puan Asyikin. Nafas lega dihela. Risau juga bila Jazz hilang dari pandangan. Ingatkan dah lari.

Bukan dia yang nak lari. Bakal menantu awak yang nak lari tadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience