enam

Romance Series 4901

Tekun Jazz memerhati Reen yang sedang leka membuat design untuk pelanggannya sebelum berhenti kerja hujung bulan nanti kerana memenuhi permintaan Puan Asyikin yang mahukannya menguruskan kafe.

"Buat apa?"

Reen tak angkat muka. "Siapkan kerja sikit."

"Kerja apa?"

"Uli tepung." Reen membalas, sarkastik.

"Mana tepungnya?"

Reen buat muka. "Nak apa?"

"Buatkan horlicks."

"Buat sendiri boleh mati ke?"

"Buat sendiri tak sedap."

Reen mendengus geram tapi masih tetap bangun menuju ke dapur. Cuti honeymoon masih berbaki lagi 9 hari dan mereka hanya 'mereput' di rumah sahaja. Puas Puan Asyikin menyuruh mereka pergi bercuti tapi masing-masing memberi alasan.

Jazz turun dari sofa, menghampiri laptop Reen. Terdetik rasa kagum di hatinya melihat design logo yang tepampang di skrin.

"Horlicks haaabisss!" Laung Reen dari dapur. Hanya mereka berdua yang berada di rumah jadi mereka tidak perlu berlakon acah-acah sweet.

Puan Asyikin sudah keluar ke kafe manakala Jade pula berada di Langkawi selama seminggu.

Reen meletakkan kembali bekas kosong itu ke dalam kabinet. Sewaktu memusingkan tubuh, dia terlanggar Jazz yang entah bila munculnya. Tangannya melekap di dada lelaki itu.

"Awak tengah test jantung saya ke?" soal Reen.

"Why? Saya terlalu handsome sampai jantung awak nak tercabut?"

"Tak. Awak macam serial killer dalam movie. Tiba-tiba muncul."

Jazz kerut muka. 'Serial killer katanya!' "Siap-siap sekarang. Kita pergi pasaraya."

"Seeeriiiuuus?" bulat bersinar mata gadis itu merenung Jazz. Seronok rasanya dapat keluar setelah berhari-hari menghabiskan masa di rumah.

**********

Jazz merenung troli di hadapannya. "Do we really need that?" muncungnya ditala ke arah pelbagai jenis chips, coklat dan biskut.

"I need them." balas Reen selamba. "Awak tahu, orang kata marriage is like a workshop."

Jazz angkat kening.

"Husband works, and wife shops!" sengih comel. "So, awak pergilah bayar."

Jazz tergelak kecil. 'Terkena aku.'

"Lunch nanti awak nak saya masak apa?"

"Let's just eat outside today."

Reen sengih comel lagi. Lengan Jazz dipaut. "Ayuh! Manhattan Fishmarket!"

**********

"That's it!" Reen campak selimut ke lantai. Jazz yang baru hendak melelapkan mata terkejut sedikit.

"Dah kenapa?" soalnya dengan dahi berkerut.

"Saya tak nak tidur atas lantai lagi!"

Jazz senyum senget. "Saya tak pernah suruh awak tidur atas lantai. Awak yang nak." Jazz mengesot ke tepi memberi ruang untuk Reen baring di atas katil. "Come to papa..." tangannya didepakan. Sengaja tayang senyum jahat.

Reen teragak-agak. "Takpelah saya tidur atas lantai ni je."

Jazz gelak kecil. "Tutup lampu please."

Muncung Reen panjang sedepa. Sewaktu dia hendak mematikan suis lampu, matanya menangkap pergerakan sesuatu sedang terbang.

Reen menjerit sekuat hati. "MAAAAKKKK!!!" cepat-cepat dia melompat ke atas katil. Sekali lagi Jazz terkejut. "Apa lagi ni?"

"Lipas!!" jeritnya sambil cuba bersembunyi di belakang Jazz.

Jazz ikut sama menjerit. "BABI! EEEE!!" ditolak pula tubuh Reen agar pergi ke depan. Masing-masing menjerit ketakutan. Anehnya makin galak lipas tu terbang ke sana sini.

"Pergilah halau dia!"

"Tak nampak dia terbang-terbang tu?! Kalau hinggap kat muka macam mana?!" balas Jazz. Hilang machonya.

Tiba-tiba pintu ditolak kasar dari luar. Tersembul wajah Puan Asyikin yang bertempek dengan masker hijau. "Kenapa jerit-jerit?"

"Lip... lipas, bu!"

Puan Asyikin mencapai sebuah majalah lalu digulung dan... pap! Lipas itu jatuh ke lantai cuma dengan sekali pukulan. Cepat-cepat Puan Asyikin mengutip lipas tersebut menggunakan helaian majalah yang dikoyakkan.

Sebelum melangkah keluar, Puan Asyikin sempat menjeling ke arah anaknya. "Harap badan je tough. Lipas pun takut. Macam perempuan."

Dan Reen ketawa mengekek tak ingat dunia lepas tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience