dua belas

Romance Series 4901

"Dapat tak, Jazz?" Puan Asyikin mundar-mandir gelisah dengan kehilangan Reen.

"Tak ada orang kat rumah tu. Tapi Jazz jumpa phone Reen." Jazz masuk ke dalam kereta, diikuti Jade. Enjin dihidupkan. Wajahnya diraup beberapa kali. 'Mana awak, Reen...'

Terasa mahu luruh jantungnya saat Reen menjawab panggilan dan mengatakan bahawa dia diculik. Jazz mengesan lokasi telefon bimbit Reen dan menemuinya di sebuah perumahan kosong tidak berpenghuni.

Mahu cari di mana? Dia benar-benar buntu.

"Kita call polis! Kita buat report!"

"Belum 24 jam lagi, ibu." bergetar suara Jazz menahan perasaan yang bercampur-baur.

**********

Reen terjaga dari lenanya. Dia terkejut melihat Fahmi yang sudah terikat di sudut bilik. Kelam-kabut Reen berdiri. Kakinya menggigil lemah.

'Ya Allah... apa dah jadi ni?' Reen benar-benar tidak tahu apa yang berlaku. Yang dia ingat dia berada di sebuah rumah kosong sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri. Reen pandang sekeliling. Meremang romanya melihat patung-patung lilin di situ.

'Siapa yang ikat Fahmi?' Reen tertanya-tanya sendiri. Reen meluru ke pintu namun berpatah kembali ke arah Fahmi yang berlumuran darah. Tangannya menyeluk saku seluar Fahmi, cuba mencari telefon.

"Jumpa!" Reen menjerit kecil.

Ketika itu juga Fahmi tiba-tiba merintih. Reen terkejut lalu terduduk. Cepat-cepat dia berundur menjauhi lelaki itu.

Fahmi memandang Reen, lemah. Dia sedang kehilangan banyak darah dek kerana pisau pengukir yang masih terbenam di lehernya itu. Mulutnya berkata sesuatu namun tidak jelas.

Reen segera mendail nombor telefon Jazz.

Sedetik.

Dua detik.

"Hello?" suara Jazz sayu di hujung talian.

"Ja-- Jazz! T-- tolong saya!" Reen sudah teresak-esak menangis.

"Reen? Reen! Where are you?!"

"Saya ta-- tak tau! Please save me!"

Jazz tarik nafas, cuba bertenang. "Okay, sana ada tingkap? Can you tell me what you see outside the window?"

Reen angkat wajah. Tingkap ditutupi langsir dan Fahmi tersandar di situ. Dia tidak mahu ambil risiko menghampiri syaitan itu lagi. Reen kumpulkan sepenuh tenaganya berjalan ke pintu. Mujur pintu bilik itu tidak berkunci.

"Reen? Are you there?" Jazz hanya mendengar esakan kecil.

"Y-- yes, yes." Reen melangkah ke balkoni. "Kat luar ada mall. I think i'm in a condo. Tinggi. Tak tahu tingkat berapa."

"Mall apa?"

"The one yang awak bawa saya beli phone hari tu. Please datang cepat!" Reen menangis.

"I will. Jangan letak phone!"

Jade pijak pedal minyak hingga mencecah lantai, memecut laju ke destinasi.

Reen menapak ke arah pintu utama. Berkunci. Dia menyelongkar semua laci yang ada untuk mencari kunci, namun sia-sia.

"Saya tak jumpa kunci... saya takut.." Reen terduduk dan menangis.

"Saya on the way. Jade dah call police. Please bertahan, sayang."

Reen bersembunyi di belakang sofa. Tubuhnya menggigil menahan sakit dan takut. Sesekali dia mengintai dari balik sofa, bimbang Fahmi tiba-tiba muncul.

"It's the insurance guy. Saya rasa dia langgar motor saya dari belakang and bawa saya ke rumah kosong. Dia letak something dalam air... dia paksa saya minum."

"Did he hurt you?" Jazz genggam penumbuk. Rahangnya diketap kuat.

Reen hanya mampu mengangguk dan menangis. "Sakit..." rengeknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience