sembilan

Romance Series 4901

Bunyi mesej yang bertalu-talu masuk di handphone Reen menarik perhatian Jazz. Seketika kemudian handphone itu berdering pula. Tertera nama Zen di skrin.

Reen yang sedang solat dipandang sekilas. Kemudian dia mencapai handphone itu lalu menjawab panggilan.

"Hel--"

"Reennnnn..." sapa Zen. "Reeeenn... how could you do this to me!" Zen ketawa.

Berkerut dahi Jazz. 'Mabuk ke dia ni?'

Ya, Zen mabuk.

"You know i like youuu.. i love you! Kenapa kau kahwin dengan orang lain, Reennnn..."

Jazz ketap rahang.

"Apa kurang aku, Reen? Susah sangat kau nak jawab call aku. Aku mesej pun kau jarang nak reply. Which part of me yang kau tak suka?"

"Jawablah!" Zen menengking. "Kau ingat aku takde perasaan ke hah?!"

"Aku suka kaaauuu, Reennnn..." rengeknya. "Apa kau nak aku boleh bagi! Kalau kau tak nak tinggalkan suami kau, kita boleh date secretly kan sayang?"

Jazz ketap rahang menahan marah... daaaannn handphone itu melayang menghentam dinding. Reen yang baru tanggalkan telekung, terkejut. Cepat-cepat dia menoleh.

"Awak kenapa?" soal Reen. Matanya kemudian terpandang handphone yang sudah berkecai di lantai. "Is that my phone?"

Reen berlari mengutip handphone nya. "Awak dah kenapa baling phone saya?" Reen berteriak kecil. Bergenang air matanya. "Saya baru beli natang ni! Tak sampai sebulan pun!"

Lengannya ditarik kasar. Reen tergamam melihat kemarahan suaminya itu. 'Ahhh sudah! Apa pulak salah aku kali ni?'

"Do you like Zen?"

'Zen?' otaknya bekerja keras cuba mentafsir pertanyaan Jazz.

"Answer me!" digoncang tubuh kecil itu.

Reen menyeringai sakit. "What is wrong with you?!" Reen tumitkan kaki Jazz sekuat hati. Giliran lelaki itu menyeringai kesakitan hingga pegangannya terlepas. Pantas Reen menjauhkan diri.

"Kalau ada benda tak puas hati, cakap straight to the point! Bukan buat benda childish macam ni!" Mengalir air mata Reen tanpa dapat ditahan. Sedih diperlakukan begitu. "Ingat saya ni psikik ke boleh baca fikiran awak?!" jeritnya.

Jazz meraup wajah, cuba menenangkan diri. Rasa bersalah tiba-tiba kerana membiarkan cemburu menguasai akal. Dia melangkah mendekati Reen.

"Don't you dare come near me!" Reen baling majalah ke arahnya.

Jazz terus mendekat.

"Don't you dare!" dia baling apa sahaja yang dia dapat capai. Jazz tetap menghampiri. Ditarik lengan gadis itu lalu dipeluk erat. Reen meronta-ronta hingga keletihan.

"I'm sorry..." Jazz pegang muka Reen yang dah basah dengan air mata. Reen merenungnya kaku.

"Sorry sorry. Tu je la ayat awak lepas cari pasal. Awak ingat saya ni apa? Suka-suka nak marah saya tak tentu arah. Tu handphone tu. Sesedap rasa nak baling. Saya baru beli tu." Reen kesat air mata.

"Jom kita pergi beli. Saya ganti yang baru."

Reen mencebik.

"Sorry... janganlah marah lagi. Macam kena rasuk. Baling-baling barang."

"Seram tak?"

"Agak ahh.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience